Rabu, 26 Februari 2014

Sambutan Raya Sekolah 2013

Assalamualaikum.




Gambar atas tu berkaitan dengan sambutan raya di sekolah tahun lepas. Saya lambat buat entry ni. Truly sorry for myself sebab lambat ! Lazy me ! haha. Sambutan ni sepenuhnya bertempat di sekolah saya, SMK Keningau. Buat pengetahuan anda, sekolah ni merupakan sekolah keempat saya menimba ilmu dan sekolah terakhir saya menamatkan zaman persekolahn saya. Saya belum pernah mention pula pasal sekolah ni dalam mana mana entry. Sorry. Tidak perasan pula. Mungkin sebab sudah terbiasa sangat pindah sekolah kot. haha. Kalau macam tu, saya cerita dulu la pasal sekolah ni. 

Saya sekolah di sini waktu tingkatan tiga. Orang orang pertama yang saya kenal adalah pelajar 3 Sufwah. Kelas ni ambil subjek Bahasa Arab dan KKQ ( Kelas Kemahiran Quran ) . Jumpa lagi bha subjek arab. Dari form 1 sampai form 3 saya ambil sebjek ni. Setiap sekolah yang saya pindah memang ada. Tidak sangka betul. haha. Tapi, Alhamdulillah.. orang cakap, ilmu jangan ditolak. Lepas tu form 4 ambil aliran science. 4 cemerlang nama kelas tu dan sampailah form 5. Ambil SPM dan habis sekolah di sana. Tamat. Noktah.


Okay, back to the track. Where was I ? Hmm.. Sehari sebelum sambutan ni. Saya bercadang tidak mau pergi. Tapi kawan-kawan rapat memaksa saya untuk datang. Banyak la kunun alasan durang.. Ada yang mau bergambar sama-sama la..untuk kenangan katanya. Ada yang cakap "Satu kali saja bha ni. Last sudah kita. Tahun depan mana kau jumpa lagi. Pergi la Cil.. rugi kau" Kata Lisa, bestfriend saya. Dia memang selalu cakap macam ni. Sebab dia memang tau sangat perangai saya. Lebih-lebih lagi sambutan tu hari sabtu. Masa cuti saya bha tu ! Lepas tu, isnin mau trial SPM pula. Macam mana ni? A K U  D I L E M A. Malas lagi mau pilih-pilih baju *macam banyak sangat saja tu baju konon :P Akhirnya, saya pergi juga la. haha. Terpaksa kot. Buat-buat rajin saja. Tapi, saya tidak menyesal. Sebab memang best ! Apa yang seronok? SEMUA ! haha. Jumpa kawan, makan, gambar sama-sama, cabutan bertuah *tapi saya tidak bertuah. kesian. kawan seorang tu dapat. Tahniah. sterusnya dengar guru-guru dan kawan-kawan menyanyi. Memang berbakat. Bagus esok masuk saja AF ramai-ramai. Saya pun mau join juga. haha. So, itu saja la. Terima kasih sudi baca :)


If i don't talk to you, it doesn't mean i hate you. Really, i love you guys :'D




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 22 Februari 2014

Flash Back Zaman Perskolahan Saya.

Assalamualaikum.

Hi. I'm Archie Flay. Nice to meet you.


Sedar tidak sedar SPM sudah lama berlalu. Uwa.. jadi lepasan SPM sudah ni. Ahaha. Jangan jeles ya adik adik. Kalau di fikir balik, saya ni pemalas juga dulu. haha. Setiap minggu mau tunggu pengumuman cuti sekolah saja. Malam ahad automatik badan jadi berat. Malas buat tu, malas buat ni. Sebab terfikir yang esok hari isnin! Sebut pasal tu, i hate M O N D A Y. Kesian pula. Tidak pasal pasal kena benci.

Haha. Jujur. Apa sebenarnya yang menyebabkan kadang-kadang saya tidak suka sekolah ? Bangun awal pagi terutama sekali bila tidak cukup tidur dan iron baju sekolah yang susah mau halus. Adehh. Macam la susah sangat buat semua tu. Tapi sebenarnya, awal pagi saja rasa macam tu. Bila sudah sampai sekolah, terjumpa kawan... na.. begila sudah. Segala kemalasan pun terus hilang bha. Haha.

F R I D A Y merupakan hari yang paling menggembirakan saya dan juga bagi semua pelajar. Banyak sebab untuk gembira. Pertama sebab ia merupakan hari berakhirnya minggu persekolahan. Tapi kalau sabtu sekolah, itu kes lain la. Haha. Kedua pula pelajar boleh balik awal. Memang jadi kesukaan pelajar la katakan. Tapi bagi saya isnin atau jumaat memang tiada beza sebab memang hari-hari lambat sampai rumah. First, bapa ambil lambat sebab jem sana sini. Second, lepas kena ambil, di bawa pula pusing kedai sana sini. Alasannya, mau beli barang-barang kedai runcit. Habis muka jadi hangus. Fed up la kalau begini. Harapan mau cerahkan muka memang amat tipis.

Lepas sekolah selalunya saya menunggu di bawah Pokok Tayar dengan kawan-kawan. Lisa, Sartika, Nana. Ini lah orang tetap yang selalu menunggu di sana. Pokok itu lah yang menjadi saksi persahabatan kami *cewahh dan daun-daun itu lah yang menjadi saksi siapa di antara kami yang paling banyak dosa dengan pokok tu sebab selalu pegi cabut-cabut, conteng-conteng tu daun-daun pokok. haha.  Sebut pasal pokok tayar pula, pokok ni bukannya bentuk tayar atau tayar tu bentuk pokok. Sebenarnya, pokok tu ditanam di dalam tayar yang besar.. Dari mana saya dapat nama ni? Sebab saya sendiri yang namakan tempat tu. huahuahuaa. Ada bantahan ? Anyone ? Peduli la nama apa, yang penting saya dapat ingat tempat tu dengan baik. Noktah.


Sebenarnya, saya rindu sekolah. Hmmm. Ehh..Apa?!! Biar betul saya cakap saya rindu sekolah tadi ? Omaigad. Saya tidak sangka la. haha. Please take a note; saya cakap saya rindu sekolah. Bukannya rindu mau sekolah balik. No way. Please, baca balik ayat tu.

Saya rindu mau pakai baju sekolah. Mungkin hari terakhir saya akan pakai baju sekolah adalah pada hari keluarnya result SPM 2013 di sekolah.

Saya rindu kawan-kawan sekolah rendah saya dan kawan-kawan sekolah menengah saya di tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima. Sekolah rendah satu buah sekolah saja. Sekolah menengah ada empat buah sekolah saya pernah merantau. Kalau mau taip nama dorang memang tidak akan habis punya, kalau ada yang tidak tertaip nanti jadi lain pula. Lebih baik jangan..

Saya rindu dengan cikgu-cikgu sekolah rendah dan cikgu-cikgu sekolah menengah saya. Dorang baik, dorang garang, dorang pernah marah saya, dorang pernah rotan saya, dorang pernah bagi hadiah dengan saya, dorang pernah puji saya, dorang pernah patahkan hati saya sampai hancur berkecai *cewahh. Apa pun, dorang tetap cikgu-cikgu saya dan saya rindu + sayang dorang.

Walaupun awal entry saya cakap saya tidak suka sekolah, tapi sebenarnya dari sekolah la saya belajar banyak perkara sebenarnya. Sekolah lah tempat saya bertemu dengan pelbagai jenis ragam orang. Ada yang jadi kawan, ada yang jadi lawan. Saya juga dapat bezakan mana kawan yang sentiasa ada dengan saya masa senang dan dalam keperitan berbanding dengan kawan yang hanya berkawan sementara dan bertujuan saja. *Uisehh, ini boleh jadikan nilai-nilai murni sudah ni. haha. Masa kita di atas dia bukan main dekat lagi, tapi bila kita sudah jatuh, jangan kata batang hidung saja tidak nampak tapi nampak lubang hidung pun tiada.. Itulah orang cakap, lumrah kehidupan. Terima kasih juga buat orang-orang macam ni, sebab nasib orang-orang macam saya ni dapat belajar untuk jadi kawan yang lebih baik. haha. Macam skema saja.

Okey, terima kasih baca sampai habis. Entry lain jangan buat buat lupa pula. haha. Maaf kalau ada yang terasa. Saya ni hamba Allah juga. Tidak pernah terlepas dari buat silap. Kalau saya pun pernah buat salah yang sama, tegur lah saya supaya saya dapat jadi teman yang lebih baik. Terima kasih :)
Dari tadi membebel saja. Puas sangat! haha ^^




Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 18 Februari 2014

Yes! Saya Lulus.

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulillah. Saya lulus! Ujian komputer untuk memandu. Haha. Yeay. Markah lulus adalah 42/50. Alhamdulillah. Haha. Soalan dia boleh tahan juga susahnya. Yang susah tu bahagian C. Ada seorang lelaki tu gagal. Terpaksa datang balik lagi nanti. Sebenarnya kalau hari tu pun boleh juga tapi kena bayar lima puluh ringgit lagi. Lepas tu mau study balik lagi semua.. kau sanggup? Tu la sebab saya takut gagal. Tidak sanggup mau ulang balik semua tu. Siap buat semakan balik lagi. Hhu. And thanks to my big brother sebab tolong download soalan soalan JPJ dari Encik Google. Soalan soalan tu memang POWER LA !! Thumbs up banyak-banyak. Ia merupakan penyumbang markah saya. Boleh la 90% hampir sama. Dari aspek bentuk soalan, cara menjawab dan ada lagi lah. Sekurang-kurangnya tidak la heart attack bila di sana nanti. Haha. Saya akan kongsi file tu di entry yang baru nanti. So, keep in touch.
Thank you Allah.





Bubye.
Wassalam.





Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 1 Februari 2014

Lapan Belas Tahun

Assalamualaikum.


happy birthday to me
Happy Birthday to me :)

1 Februari 1996 merupakan tarikh kelahiran saya. Kali ni buat yang ke 18 kali saya bertemu lagi dengan 1 Februari. Alhamdulillah. Genap la umur saya menjadi 18 tahun. Huhu. Cepat betul saya dapat umur. Haha. So what's happen today? Hmm. Nothing I guess. It was just like an usual day. Saya masih dengan rutin harian saya. Dapat wish dari kawan-kawan dan family. Family ada belikan KFC. Haha. Thank you thank you. Makanan memang segalanya. Yum yum. Dorang mau belikan kek tapi oleh kerana saya ni bukan peminat kek ''kecuali'' kek coklat. So, dorang beli saja ayam banyak banyak. Haha. Makan banyak pun tidak apa sebab, saya tidak akan gemuk. Percayalahh. Cuma, kebarangkalian dapat darah tinggi tu yang merisaukan saya. Oh ya, hampir terlupa. Kawan saya pun birthday hari ni juga. Happy Birthday Fatin Syazwani. May Allah Bless You and Me :)



Bubye.
Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥