Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat Hari Rayaa !

Assalamualaikum semuaa.


saya suka bunga api :)


Raya raya raya! Saya suka raya. Sebab family dapat kumpul ramai-ramai. Kita dapat jenguk saudara mara yang jauh di sana tu. Maklum la, rumah sudah jauh sangat dari pekan. Tapi banyak besh juga laa. Tinggal di sini suasananya agak lain sikit. Kampung gitu. Hari-hari ada budak kampung datang beraya. Dulu, tinggal di flat. Lebih kepada "berkurung" di rumah. Jiran pun semua balik kampung. Hidang kuih raya untuk bagi kenyang perut sendiri saja. Lonely la juga. Haha :V

Entry pasal Ramadhan tidak sempat buat. *Tidak sempat buat atau malas ?? huahua. Apa boleh buat la. Jadi, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada bapa, mama, abang, kakak-kakak dan adik-adik serta kawan-kawan, kazen-kazen kesayangan saya dan sesiapa yang mengenali diri ini. Tolong maaf kan kesalahan saya sebelum ni. Manatau ada yang tersinggung atau tersandung, saya meminta maaf sangat sangat. Semua tu tidak di sengajakan. Sorry. Raya tahun ni mesti happy ok ? Semoga rezeki kita dimurahkan lagi dan moga raya tahun ni diberkati Allah S.W.T. Amin...


Takda ampau ke ? :3 *muka kiut




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan mengingatkan seribu kenangan

salam,.

selamat berpuasa semua! uhuhu. akhirnya setelah menanti tiba juga ramadhan. yeah! alhamdulillah. semoga Ramadhan kali nie lebih bermakna daripada yang dulu dan semoga kita diberi hidayah daripada Allah S.W.T.

Hati saya selalu terusik apabila Ramadhan. yelah... kan mau puasa. teringat pula saya waktu kecil-kecil dulu. budak kecil memang susah sikit pasal puasa nie. hehe. kalau saya dulu, susah betul mau bangun sahur. terpaksa bapa saya bangunkan saya banyak kali. lepas tu kalau bangun bukannya ok jak tapi bad mood terus. haha. siapa yang tidak marah kalau tidurnya diganggu?. muka tu bukan main mekong murung berabis. kesian pula bapa saya. hehe. melayan kerenah budak taun tiga. saya dengan adik saya sama jak. awal pagi lagi sudah macam muka bulldog murung. ehe.  tapi saya hairan, kalau adik saya yang bad mood, saya tidak, stress pula saya tengok adik saya tu. entah... Sekarang ni alhamdulillah, semua sudah besar-besar. dapat bangun sendiri sudah. uhuhu~
ouke itu jak la. kongsi sikit cerita gulu-gulu [dulu-dulu]. haha. bha.. bubye. selamat berpuasa kepada semua umat islam. banyakkan amalan di bulan yang mulia ini.Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥