Memaparkan catatan dengan label sad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sad. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Ogos 2014

Boikot Barang Israel (Repost)

Assalamualaikum.





BOIKOT !!




"eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" <-- Kucing yang taip. Kucing pun naik geram pasal ni tau. Wow Hebat.

Saya repost balik entry ni sebab masih ramai lagi yang belum tau pasal barang Israel. Lakukan perlahan-lahan, cuba elakkan dari membeli barang-barang buatan Israel. Kalau terus boikot semua memang agak sukar pada permulaannya. Terutama bagi pembeli setia McD, Coca Cola, pengguna setia produk kosmetik seperti L'Oreal dan sebagainya. Boleh disamakan sedikit macam perokok juga. Mana boleh terus berhenti merokok. Ia memerlukan masa untuk berhenti sepenuhnya daripada menghisap rokok. So, do it step by step, stage by stage. Yang penting niat tu kena betul. Dan kesungguhan tu kena ada ^^ InsyaAllah boleh.

Demi agama kita dan saudara sesama MANUSIA, elakkan lah daripada membeli barang-barang keluaran Israel. *Kenapa pula? Baca lah dibawah tu. Tidak rugi baca. Dapat juga pengetahuan sikit. *kan bagus tuu..


Kezaliman tentera Israel telah membunuh puluhan ribu nyawa kanak-kanak dan kaum muslimin yang tidak berdosa. Israel bersama sekutu kuatnya Amerika Syarikat sepatutnya 'diajar'. Mari kita boikot barang keluaran mereka..semoga sumbangan kita yang kecil ini memberi kesan ke atas ekonomi mereka. Kenapa jenama di bawah ini perlu diboikot? Sila rujuk Boycott Israel Compaign atau klik setiap trade mark di bawah untuk lihat hubung kait syarikat-syarikat ini dengan Israel dan zionis.


click untuk lebih lanjut



 Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produkbuatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam diseluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjataorang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, BurgerKing dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepadaorang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka
melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada andasemua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru,
dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.




Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam. Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

 - Syeikh Yusuf al-Qaradhawi


Thats all. Salah dan silap mohon dimaafkan.



Bubyee.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 4 Jun 2012

There's No Place Like Home


Sejauh mana pun kita pegi, pasti ingat rumah kan. tidak dapat dinafikan rumahlah tempat yang paling terbaik. kalau orang yang langsung tidak ingat rumah, itu namanya lupa diri sudah tue. nauzubillah. harap-harap tiada lah orang macam tue. budak asrama lah yang selalu ingat rumah nun jauuuh disana. home sick gitu. saya pernah tinggal asrama juga. form 1. asrama penuh tue~. memang home sick gilerr. hha. setiap petang mesti teringatkan rumah. mungkin sebab suasana petang tue sama macam rumah kot. pepatah mengatakan makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. macam tu lah saya. tapi kalau makan tue, saya memang kenyang. apa ndak kenyang, makanan asrama sodap-sodap bha. hhe. saya masih ingat lagi bun yang dijual di kantin. sedapnyaaa. bun susu. tapun~ tiga tahun saya tidak dapat rasa bun yang dibuat oleh mak cik kantin. sebabnya saya pindah sekolah waktu form 2. sedihh. terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang sekepala dengan saya. hha. tapi happy juga sebab dapat balik rumah. bila difikirkan, hebatnya kawan saya, empat tahun sudah di sekolah tue. tahniah. hha. tahun depan genaplah lima tahun di sekolah agama. sekejapnya masa berlalu. lepas tue, dapatlah duduk rumah puas-puas sementara tunggu result spm. itu pun, kalau tidak dapat plkn. kalau dapat, lagi seronok. tapi, kalau difikirkan, suatu hari nanti kita akan tinggalkan rumah juga. ada hidup sendiri la katakan. k, etu jaklah.
Home sweet home.

bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 8 Mei 2012

I Love Them Very Much

salam,



hai-hai y'all. lama pula saya tidak buat entry baru. oleh kerana line internet susah mau dapat saya pun susah juga mau buat entry baru. huu. kalau dapat line pun bukannya terus dapat. pandai putus-putus bhe. sabbarr. selama tidak dapat buat entry baru nie, banyak perkara yang saya mau share. satu-satu dulu lah. saya dapat anak kucing. 3 ekor semuanya. dua betina satu jak jantan. kesian. tapi yang lebih menyedihkan seekor betina mati. sakit. so, sekarang satu betina and satu jantan. saya pun silap juga sebab tidak bawa anak kucing tu jumpa doktor haiwan. sob sob. arghh ! semua ini salah saya. kalaulah saya pandai pandu kereta, huu memang saya bawa sudah tu kucing pegi hospital. macam selalu. sebelum nie kucing dengan hamster pun saya pernah bawa. hhu. minta temankan bapa atau abang. baru saya tau yang hamster, diorang tidak rawat pula. bikin malu jak hari tue. tapi bagus juga sebab bayaran free. hohoho. well, sekarang anak kucing saya besar sudah.  umur dorang baru tiga bulan lebih. semuanya montok-montok dan nakal. tau kasi semak rumah jak. ishh-ishh. penat mau kasi kemas rumah disebabkan dorang. herann sebab kucing yang semakkan rumah bukannya budak kecik. hhu. by the way, i love them very much.that's all.

bubye.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 8 April 2012

Hari Ketiga cuti sekolah

salam,


Eiiee. Bencinya tapi entah kenapa tidak dapat kawal diri sendiri. hari nie, hari ketiga cuti sudah tapi kerja rumah belum siap lagi. bagus! padan muka. I hate this . kenapa bha begini nie. berubah lah. exam bulan lima bha. tiga minggu lebih lagi tue. . i'll make change soon. 

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 25 Mac 2012

Budak form four first exam result =(

salam,

Aloha. hhu. mau cerita pasal first exam di tingkatan empat nie. wah! sangat memeranjatkan saya dan agak mengecewakan saya. kali pertama saya dapat tiga gagal dalam seumur hidup saya. selalunya saya gagal satu jak. matematik. kali ni saya gagal matematik, add math, biologi. matematik yang keluar baru-baru nie, memang bujang senang betul. tapi saya sendiri tidak dapat menyangkakan yang saya boleh gagal maths. saya rasa memang saya dapat jawab begitu juga dengan add maths. kakak saya berabis ajar saya add maths sebelum exam. memang semua saya ingat apa yang dia ajar. tapi, boleh-boleh juga nie kan saya gagal. saya sangat hampeh.  saya betul- betul berusaha jawab kertas soalan tapi bukan rezeki untuk lulus. tujuh orang jak yang lulus add maths di kelas kami. =,=' . sungguh menyedihkan.  adik yang form 3 and ke bawah, nikmatilah soalan yang senang-senang sebelum masuk menengah atas. soalan menengah bawah memang senang. itu jak yang saya dapat cakap. kalau mau terangkan lagi mari join saya masuk tingkatan empat. saya jamin jerawat tetiba secara sukarelanya keluar. . macam saya. hahha  =p . saya akan berusaha buat betul-betul untuk exam yang akan datang. insya-Allah. Chayoo ! >3<


Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 24 Disember 2011

Result PMR

salam,



hello. mau share sikit pasal result saya. hmm. . malas mau cakap panjang la. tiada mood sangat. pendek cerita, saya dapat keputusan yang tidak cemerlang. sedih dan mengecewakan. lepas nie, x mau lagi ingat-ingat pasal nie. sebak dada kalau di ingat balik. Apapun syukur Alhamdulillah sebab lulus. lagipun keputusan rasanya, bukan lah buruk sangat. ada A dan B. family cakap nasib baik tiada C. kalau tidak. . . mampuslah saya. well, i'm going to sixteen now. . mungkin kalau pasal buat entry lepas nie, tidak seaktif dulu. tapi semestinya, masih rajin jenguk-jenguk blog ni.
that's all.bubye!thanks for reading.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 11 November 2011

Minuman Vico dan Lalat

salam. ,


sebut jak lalat memang kotor. ishh. sebut minuman Vico memang sedaap. sampai menjilat jari. hoho. bukan saja mau cerita pasal lalat ni, tapi untuk pengajaran la.. dikatakan. 

Tadi petang, mama ada buat minuman vico. automatik saya pun ada minum juga. sedap-sedap minum vico di gelas saya tu.. [kusyuk lagi tue]. tiba-tiba saya rasa tidak sedap hati. jadi  mata ni melarat tengok di air la. dengan mulut saya yang masih melekat di gelas . . tebeliak mata saya. rupa-rupanya ada lalat baru lemas dalam sana tue. eissh! tanpa membuang masa, apa lagi terus saya belari pegi dapur[ berabis kasi keluar itu air yang sudah di teguk] . apa boleh buat. mau kasi keluar pun tidak mau keluar-keluar lagi. emm. telan saja la.. huu~ ee geli saya.
first-first itu minuman memang ok. tiada apa-apa. sedap lagi tu. masa di gelas saya tu. . besa la, ada lalat cuba tackle tu gelas tapi tidak berjaya. [ saya halau. hho ] . tapi masa saya tengok tv, saya tidak ingat pasal tu minuman lagi. tidak sampai lima minit terus saya tengok lagi tu minuman sambil mau minum. [ saya tidak nampak apa-apa] . rupa-rupanya itu lalat telindung di belakang sikit. . nasib baik saya minum sikit-sikit. ee.. geli saya.
Harap-harap tidak bagi effect apa-apa. [kesihatan] . paling-paling pun mimpi ngeri pasal lalat. . tambah lagi saya benci lalat ouh. haishh. pengajarannya, sebelum buat apa-apa. . tengok, perhatikan dan.. dengar kata hati.. hha.

ouh.. lupa bagi tau. rasa minuman tu macam biasa jak. tapi tertanya-tanya  "ada lalat ka nie arr?". jawapannya memang betul ada. sebab tu la saya cakap, dengarlah kata hati..  "Listen To Your Heart"




Wassalam. ,

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 2 November 2011

Kempen membaca 1 Malaysia

salam. ,


Hello. . sekolah kami tadi adakan kempen membaca 1 Malaysia. seluruh negeri di malaysia adakan kempen nie. serentak . kami membaca start jam 9.30 pagi. masa nie pelajar masing-masing baca buku yang dorang bawa. tajuk buku cerita saya " The Elephant Man "  cerita nie berdasarkan cerita betul. [ada movie dia lagi.] siok cerita dia. best dan menyedihkan. nama dia Joseph Merrick. dia dilahirkan cacat. anggota badan sebelah kanan semuanya cacat [ diumpamakan macam gajah ] tapi anggota badan sebelah kiri dia pula ok. tiada orang yang suka dia. lepas mama dia melahirkan dia, dia kena jaga oleh orang lain pula [lelaki.penjahat. orang mata duitan] Masa si Merrick besar sudah, dia digunakan untuk dapat duit oleh si mata duitan.[ adalah cerita dia tu, sy x tau macam mana mau cerita ]. Lepastu suatu hari, ada doktor terjumpa dia. doktor nie bawa dia pegi hospital dan menjaga dia. Lama kelamaan kecacatan Merrick makin pulih. Si merrick makin happy sebab dia mempunyai banyak kawan buat kali pertama. Ending dia, dia mati sebab dia teringin mau tidur cara manusia. [baring ]. selama nie dia tidur duduk. so, malam tu dia mati dalam keadaan yang terbaring la..  hha. sorry lah. saya tidak pandai cerita, hhu~

sempat juga habis baca. tempoh membaca dia pula 33 minit 33 saat. habis jak tempoh masa tu.. terus ada bunyi jam loceng. lepas jak bunyi jam loceng, semua murid berhenti membaca. Lepas tu kami semua automatik tepuk tangan. . kenapa kami tepuk tangan saya pun tidak tau. tapi yang penting best betul masa tue. hhe. .

Lepas habis program tadi, kami semua masuk dewan balik. . kami tengok cerita "Tangled" cartoon. hhe. sebenarnya saya sudah tengok tue cerita di laptop abang. tapi bila tengok balik dengan kawan-kawan, memang bes. lucu lagi tue cerita dia.. hahahaha. sampai sekarang saya masih ingat. Sayangnya... cerita dia tergantung.sebab... 12.30 sudah [ waktu habis P&P ]. sayang betul ouh. tapi x apalah. nanti saya mau tengok lagi tue cerita. Keseluruhannya, tadi di sekolah memang best ! hha ! [ kan bagus kalau hari-hari begitu . . ]

ouke. that's all. see you in the next entry !

Wassalam . .

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥