Memaparkan catatan dengan label holiday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label holiday. Papar semua catatan

Ahad, 12 Jun 2016

My Journey For Now

Salam.
travel, boy, and mountains image
The more far you go the many things you could see.


Make it fast make it fast. i'll make it simple sebab saya tiada mood mau menulis sekarang ni. Sekarang ni saya study di Perak Darul Ridzuan. Yaa, pindah  lagi. Travel lagi. Nasib baik lah saya ni jenis kaki travel juga. Dari sekolah menengah selalu pindah-pindah tidak sangka pula sampai ke alam kolej. So dah terbiasa lah katakan. Sudah biasa meninggalkan orang-orang di sekeliling, be remembered or not was their decision. Sokey i'm used to it so i don't really cares. But i hope this place is different. Stay with me till the end of my study.. Ok opps. Merepek sudah. 

Back to the track. Dulu saya belajar di unisel. Kos Information Technology (IT). Beberapa minggu berada di semester 3, saya ditakdirkan untuk merantau ke tempat baru. Alhamdulillah. Saya lulus SPA. Ambil kos apa ? FARMASI. Lebih detail, saya bakal menjadi Pembantu Pegawai Farmasi (PPF) in shaa Allah. Alaaa senang cerita pasal ubat-ubat. HAHA. Dan kos ini hanya ada di perak sahaja.. Nak tak nak, engko kena pegi Perak juga k. I'm a travellers so no biggie for me. Orang Sabah bilang, KASI OK SYAK. HAHA. Tapi jangan risau, i will not forget where i came from so, my last destination gonna be Sabah. In shaa Allah. ^^

So tadaaaaaaaa here i am. Study for three years. Now, two more years to go. Saya harap saya akan menamatkan pengajian dengan jayanya. In shaa Allah, Amin Amin Amin.. Kuatkan semangat sebab kehidupan saya sebagai budak kolej dulu berubah 360 darjah. Cuz wow man, this place is AWESOME killing me. HAHA. Nampak senang ja kan, sini kau try kasut ni ketat tak ketat. huahua. But i bet this place gonna give me the most wonderful memories to remembered in future. Yah. i can feel it. 





Here some quotes that i like to share. Inspiring one.

quote and life image
quote, poem, and sayings image

quote, future, and life image

quote, people, and stay image 

life, bitch, and quote imagequote, love, and marc jacobs image


happy, quote, and soul imagequote, life, and stay image


quote, great, and things image


It's okay. You can do this. Trust your ability :)




Dedaa.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 22 Februari 2014

Flash Back Zaman Perskolahan Saya.

Assalamualaikum.

Hi. I'm Archie Flay. Nice to meet you.


Sedar tidak sedar SPM sudah lama berlalu. Uwa.. jadi lepasan SPM sudah ni. Ahaha. Jangan jeles ya adik adik. Kalau di fikir balik, saya ni pemalas juga dulu. haha. Setiap minggu mau tunggu pengumuman cuti sekolah saja. Malam ahad automatik badan jadi berat. Malas buat tu, malas buat ni. Sebab terfikir yang esok hari isnin! Sebut pasal tu, i hate M O N D A Y. Kesian pula. Tidak pasal pasal kena benci.

Haha. Jujur. Apa sebenarnya yang menyebabkan kadang-kadang saya tidak suka sekolah ? Bangun awal pagi terutama sekali bila tidak cukup tidur dan iron baju sekolah yang susah mau halus. Adehh. Macam la susah sangat buat semua tu. Tapi sebenarnya, awal pagi saja rasa macam tu. Bila sudah sampai sekolah, terjumpa kawan... na.. begila sudah. Segala kemalasan pun terus hilang bha. Haha.

F R I D A Y merupakan hari yang paling menggembirakan saya dan juga bagi semua pelajar. Banyak sebab untuk gembira. Pertama sebab ia merupakan hari berakhirnya minggu persekolahan. Tapi kalau sabtu sekolah, itu kes lain la. Haha. Kedua pula pelajar boleh balik awal. Memang jadi kesukaan pelajar la katakan. Tapi bagi saya isnin atau jumaat memang tiada beza sebab memang hari-hari lambat sampai rumah. First, bapa ambil lambat sebab jem sana sini. Second, lepas kena ambil, di bawa pula pusing kedai sana sini. Alasannya, mau beli barang-barang kedai runcit. Habis muka jadi hangus. Fed up la kalau begini. Harapan mau cerahkan muka memang amat tipis.

Lepas sekolah selalunya saya menunggu di bawah Pokok Tayar dengan kawan-kawan. Lisa, Sartika, Nana. Ini lah orang tetap yang selalu menunggu di sana. Pokok itu lah yang menjadi saksi persahabatan kami *cewahh dan daun-daun itu lah yang menjadi saksi siapa di antara kami yang paling banyak dosa dengan pokok tu sebab selalu pegi cabut-cabut, conteng-conteng tu daun-daun pokok. haha.  Sebut pasal pokok tayar pula, pokok ni bukannya bentuk tayar atau tayar tu bentuk pokok. Sebenarnya, pokok tu ditanam di dalam tayar yang besar.. Dari mana saya dapat nama ni? Sebab saya sendiri yang namakan tempat tu. huahuahuaa. Ada bantahan ? Anyone ? Peduli la nama apa, yang penting saya dapat ingat tempat tu dengan baik. Noktah.


Sebenarnya, saya rindu sekolah. Hmmm. Ehh..Apa?!! Biar betul saya cakap saya rindu sekolah tadi ? Omaigad. Saya tidak sangka la. haha. Please take a note; saya cakap saya rindu sekolah. Bukannya rindu mau sekolah balik. No way. Please, baca balik ayat tu.

Saya rindu mau pakai baju sekolah. Mungkin hari terakhir saya akan pakai baju sekolah adalah pada hari keluarnya result SPM 2013 di sekolah.

Saya rindu kawan-kawan sekolah rendah saya dan kawan-kawan sekolah menengah saya di tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima. Sekolah rendah satu buah sekolah saja. Sekolah menengah ada empat buah sekolah saya pernah merantau. Kalau mau taip nama dorang memang tidak akan habis punya, kalau ada yang tidak tertaip nanti jadi lain pula. Lebih baik jangan..

Saya rindu dengan cikgu-cikgu sekolah rendah dan cikgu-cikgu sekolah menengah saya. Dorang baik, dorang garang, dorang pernah marah saya, dorang pernah rotan saya, dorang pernah bagi hadiah dengan saya, dorang pernah puji saya, dorang pernah patahkan hati saya sampai hancur berkecai *cewahh. Apa pun, dorang tetap cikgu-cikgu saya dan saya rindu + sayang dorang.

Walaupun awal entry saya cakap saya tidak suka sekolah, tapi sebenarnya dari sekolah la saya belajar banyak perkara sebenarnya. Sekolah lah tempat saya bertemu dengan pelbagai jenis ragam orang. Ada yang jadi kawan, ada yang jadi lawan. Saya juga dapat bezakan mana kawan yang sentiasa ada dengan saya masa senang dan dalam keperitan berbanding dengan kawan yang hanya berkawan sementara dan bertujuan saja. *Uisehh, ini boleh jadikan nilai-nilai murni sudah ni. haha. Masa kita di atas dia bukan main dekat lagi, tapi bila kita sudah jatuh, jangan kata batang hidung saja tidak nampak tapi nampak lubang hidung pun tiada.. Itulah orang cakap, lumrah kehidupan. Terima kasih juga buat orang-orang macam ni, sebab nasib orang-orang macam saya ni dapat belajar untuk jadi kawan yang lebih baik. haha. Macam skema saja.

Okey, terima kasih baca sampai habis. Entry lain jangan buat buat lupa pula. haha. Maaf kalau ada yang terasa. Saya ni hamba Allah juga. Tidak pernah terlepas dari buat silap. Kalau saya pun pernah buat salah yang sama, tegur lah saya supaya saya dapat jadi teman yang lebih baik. Terima kasih :)
Dari tadi membebel saja. Puas sangat! haha ^^




Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 24 Februari 2013

Pertunangan Kakak Sepupu

Salam, 


Hai hai. Hari ni mau share sikit pasal pertunangan kakak sepupu saya. sebenarnya lama sudah. masa cuti tahun baru cina lagi, tapi sekarang baru ada masa untuk bersama dengan blogger. sorry la, lambat pula buat entry. hhe. saya dan kakak saya kena minta jadi orang yang memegang hantaran so, saya  berpeluang mengambil beberapa gambar dari jarak dekat. i like it. tidak juga banyak saya dapat ambil sebab... malu bha. ramai orang lagi tue. saya pula sibuk mengambil gambar itu dan ini. pelik pula. kesian handphone bapa jadi mangsa. lain kali beli lagi handphone canggih kioo. Ok, cerita pasal kakak sepupu saya. sama padan sama cantik, dua-dua secocok. cehh, tambah-tambah peribahasa pula. kakak saya pun cakap macam tu. padan. muka dorang ada iras-iras sebab tu memang jodoh kali, katanya. orang cakap, kalau muka ada iras berkemungkinan orang tu jodoh kita. tapi ada juga yang tidak. well, jodoh tu Allah saja yang tahu kan.. Apapun, congratulations !! Everyone were happy for you :)) tidak sabar mau tunggu bulan lima nanti. hhe.

Marry Someone Who Will Make 
You Fall In ♡ With Allah
Every Single Day



curi gambar dari facebook abang. hhe








♡




sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 15 Oktober 2012

Cuti buat apa ?

salam,



ouke, sekarang masih cuti PMR. lambat pula saya buat entry sebab saya pulang kampung. sebut pasal kampung, mestilah tiada internet =,= . boring sangat. tapi tidaklah boring yang sangat sangat sebab nasib baik ada juga kerja yang saya perlu buat sepanjang cuti nie. contohnya, kasi bersih halaman rumah yang terbiar berapa kurun lamanya tue. potong ini, potong itu, tarik sana tarik situ. nasib baik tidak kena sengat " penyangat anting-anting" huu. keesokannya sakit badan. [ besta ! ] bila sudah beres, warna and lukis balik lukisan kawan saya. permintaan dari kawan saya untuk mewarnakan lukisan dorang [ bukan curi ouke ] . thanks to them, makin banyak koleksi art saya. heh. tapi sangat memenatkan. sehari depan laptop. apa ndak sakit badan. kadang- kadang dua hari pun ada untuk siapkan satu lukisan sahaja. macam mau terkeluar saja tu mata bha. punyalah. biasa la, saya nie belum pro lagi melukis and mewarna-warna nie. ;p
by the way, saya rasa enjoy sepanjang cuti nie. walaupun berapa hari seja cuti, masa tidak berlalu begitu sahaja tanpa membuat apa-apa. sekurang-kurangnya ada juga yang saya dapat buat. Alhamdulillah. :) 
sudilah tengok art yang baru buat nie. akhirnya siap juga [ sebenarnya dua hari lepas lagi sudah siap ] . ^^


 
draw by G.anjel.                    draw by Eyja Farizul.


sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 5 Oktober 2012

Piano and Beach

salam,


Yey. hohoho. hujung minggu kami jalan pegi kota kinabalu. kami pegi kk sebab kakak ada pertandingan piano. kalau saya tidak silap di Hotel Meridean kali. saya lupa nama tu hotel. XD. cantik tu tempat bha. lepas habis buat persembahan, tengok orang buat persembahan lagi lah. hhu. dalam tiga puluh minit gitu, habis. sekejap seja bha. kakak saya kena kasi masuk di bahagian lower romantic piano.  so, di bilik tu budak-budak lebih banyak berbanding orang besar-besar. heh. hairan saya, lagu itu budak-budak pendek-pendek and not my test of song lahh. ada yang dua minit habis sudah. ada satu orang perempuan [ dewasa ] bawa satu lagu yang saya suka "The Swan". syok gila tu lagu. memang romantic bunyi dia tapi sayang. nda dapat nombor. atau boleh saya katakan orang dewasa di bilik LR memang satu pun tiada nombor. XD . tapi kalau bilik lain saya tidak pasti la pula. kakak saya and abang saya pernah main tu lagu di rumah so, saya memang pernah dengar tu lagu sebelum nie. kesimpulannya, budak-budak menang. tahniah . <3

Yup. there she is. with her medal on her hand. congrates sis.

lepas habis semua tu, kami jalan ikut driver pegi singgah kedai jap and tempat lain lain lagi. driver ada mau cari. then, persinggahan terakhir kami di pantai :) kalau sanggup silakan lah tengok gambar yang tidak berapa cantik kami ni. tiba-tiba datang gila mau bergambar. kuikui~






Syukur Alhamdulillah. It was a great moment. i enjoy it. tapi keesokan dia saya sakit la pula. so, tidak dapat  ambil paper fizik. hha.[ sorry teacher Dina, menyusahkan teacher jak. teacher, kalau saya tidak ambil boleh kah tu arr? tapi nanti tolong kasi full mark. buleh bha kan =p] adios.

sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 3 Jun 2012

Spend some time with you

salam,

well, sekarang jarang sangat update blog. so, dengan kesempatan internet ada, apa salahnya saya blogging. masa untuk jalan-jalan di blog orang dan follow. sudah lama pula tidak follow blog lain. =,=' . terus terang, sebenarnya saya jeles tengok blog orang yang cantik. sudah cantik, kemas pula tue. teringin mau ada blog macam tu. weeeee!. [ nah, datang sudah ] hari demi hari saya akan cuba perbaiki blog saya macam kawan-kawan yang lain. sebanarnya kalau datang mood blogging, tiga hari depan laptop pun tidak apa-apa. huu~ . buat header, tukar background, cari cursor baru and macam-macam lah. seronok. paling suka buat header. adalah juga bakat siiiikit bab-bab header and coding nie. hhe. sudah tolong blog kakak hari tue. rasa best pula. saya rasa macam ringan tulang pula, lagi-lagi sekarang. so, kalau ada yang mau minta tolong, sangatlah boleh =] . ngee ~

bubye.
Wassalam

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 8 April 2012

Hari Ketiga cuti sekolah

salam,


Eiiee. Bencinya tapi entah kenapa tidak dapat kawal diri sendiri. hari nie, hari ketiga cuti sudah tapi kerja rumah belum siap lagi. bagus! padan muka. I hate this . kenapa bha begini nie. berubah lah. exam bulan lima bha. tiga minggu lebih lagi tue. . i'll make change soon. 

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 13 Jun 2011

sekolah sudah.....

hey~salam

hari nie sekolah sudah bha.macam  biasa tiada apa-apa yang lain.rasa sekejap betul masa cuti 2 minggu kemarin.x rasa pon..masa pergi kelas tadi semua mata panda.haha.x cukup tidur dan tidak percaya hari nie sekolah sudah.urmm apa lagi mau tulis nie..i have no idea.lama betul sudah x buat entry baru tapi sempat juga la update blog.huhu.blog saya yang dulu banyak masalah. tidak boleh letak code. kadang-kadang tidak boleh buka langsung.biasa lai tu.saya rasa ada juga orang yang senasib macam saya nie~cuti..tiada apa-apa juga.kami tidak pergi mana-mana.tapi ada juga la satu, kami pergi tengok pembukaan sukan saga.hasrat saya untuk tengok c stacy menyanyi, tapi tidak kesampaian.nie kaki nie begegar sudah.penat berdiri.haha.nie lai nie kalau  mau P-ree kurang bersenam.huhu~tahniah untuk keningau sebab dapat nombor dua. ok la tue. top-3.usaha lagi ye. chayo0 !! ok. that's all. ^^ muah! *saya curi-curi buka laptop bha nie..sambil dengar lagu david archuleta..hehe ^^

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 17 April 2011

stori kami


salam.,
p/s: cantikkan tu bulan.love moon so much..sesungguhnya
Nabi Muhammad S.A.W ,lebih indah daripada bulan..subhanallah♥ 

♥ woaa..lama saya x buka blog sbb ada masalah ckit..mw buat entry baru tp x tau apa mau tulis...aigoo..susah btul tiada crita baru..oh ya,yg masa cuti dulu tu..yang mau pergi tawau tu..haha memang banyak halangan-halangan yang tidak dijemput menimpa kami.kereta rosak lah...terpaksa menunggu anty kami tolong.nasib baik masa tu belum jauh lagi..last-last petang baru jalan pinjam kereta abang sepupu yang baik hati...huhu. sampai kk malam...ngantuk.pegi kedai jap beli makanan untuk mengisi perut yang mengiau-ngiau*x dlm b.melayu...haha.dan lepas tu dot dot dot..panjang crita nye..malas mau tulis.yang penting lucu la...esok nya kami pegi tawau..mama yang paling lucu dlm prjalanan tu..maklum la ....haha.mama sangkakan beg tetinggal,rupa-rupanya...hahaha...sampai tawau abang lambat jemput sebab..sebab..lambat bangun tidur..huahua.ketara sangat muka dia.menipu lagi tu..huhu.lpas tu dia bawa kami jalan-jalan pegi maktab dia.best dapat masuk bilik dia lagi.mama n bapa sempat tidur sekejap.kami?apalagi..bercerita la..gambar-gambar lagi..main fb..buka blog..lepas suda puas..baru kami jalan-jalan pegi bandar tawau..woaa..besar pula tawau nie..kami pegi pasar gantung*favourite..sbb murah-murah.apa lagi ya..ntah.lupa sda yang penting banyak la..jadi....datanglah Tawau..best tau.,makanan seafood semuanya murah-murah..jadi..datanglah Tawau..iklan...haha.that's all..tangan saya penat suda..byebye..♥ 



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 14 Mac 2011

Enjoy ur Holiday ~


salam.,

exam sudah habis untuk bulan march.Alhamdulillah dapat jawab juga tapi, bukan semua.hihi :p.minggu nie,cuti seminggu.takkan duduk diam-diam di rumah jak...hari nie kami mau jalan pergi enjoy !!di mana?di Tawau jak pun..huhu~selama 4 hari(lebih kurang la..)tidak sabar ouhh..kami pergi one family.sampai Tawau nanti boleh jumpa abang..biar dia yang bawa kami jalan-jalan,haha.dia kan tau jalan di sana..harap-harap perjalanan kami semua berjalan dengan lancar..Amin..
Mari kita Enjoyy !! huahuahua.,bai bai~.^
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~➹

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 18 Disember 2010

Mandi-manda


[ Please click me tender ]

Gembiranya hari ini.Lepas pergi majlis kawin terus kami pergi mandi sungai..hoho.Sepatutnya pergi sungai waktu pagi,tapi semua orang xde mood..kira malas la tu..sebab cuaca masa pagi tadi agak mendung.Takut-takut mau hujan.lepas tu mama pergi libry..mana best pergi sungai kita-kita jer..mau pergi ramai-ramai,sekeluarga...baru best ! seronok ! hihi.Lagi pun cuti sekolah mau habis sudah kan...So,discuss punya discuss akhirnya kami akan pergi petang lepas kahwin jiran kami yang baru untuk tidak lama lagi..hehe.Tapi masa pergi sungai tadi, x dapat ambil gambar untuk kenagan..sebabnya camera kami dulu ada tapi haritu perasan sudah kena curi..lepas tu terpaksalah guna handfon..handfon bapa n mama pula habis bateri...huu.,sayang betullah..
Saya x dapat mandi sungai..hehe..jelesnya tengok kakak-kakak n adik saya mandi.,apa bule buat.Lain kali saya x akan lepaskan peluang !! wahahahah.,.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 12 Disember 2010

Melawat ke Tagal Sungai Moroli, Ranau Sabah / Sungai Luanti


Mari main ikan !! huahuahua.,
sakit mata mw tengok camera..huhu

Sebenarnya kami x rancang pun mo pgi tmpat ni..tapi...alang-alang sudah sampai di Ranau,singgah je la.Tapi kami pegi bukan one family.,.Best tau.sesuai untuk pelancongan.kalau mau tau,sungai ni dipenuhi banyak ikan.Yang menarik lagi,ikan tu tidak akan pergi kemana-mana walau musim banjir.Mereka setia di situ.,ikan-ikan tu semuanya besar-besar.bukan setakat besar jak tapi manja...Jangan risau atau takut.kamu akan rasa geli dan ia x menggigit sebab tiada gigi..huhu..Jangan lupa beli makanan ikan. Banyak makanan yang kamu bawa,banyaklah ikan mendekati kamu..yeah!!. bayaran untuk masuk di sini ialah RM5 seorang.Kalau kira dewasa atau kanak-kanak saya x tau pula.,
pakai simple jak kalau datang sini...x orang kesah pon.,.
tempat ni pernah dikunjungi oleh ketua menteri,angkasawan malaysia yg ke-2 dan lain-lain lagi.Betapa istimewanya tempat ni.Tambahan lagi tempat ni mempunyai cerita yang tersendiri..mau tau?sebanarnya saya mau bagitau tapi sya x pndai bercerita la...hehe.Kamu datang jak la di sini..terutama orang sabah la sebab dekat jak kan..kalau datang sini,jangan lupa tanya penduduk kampung tentang cerita di sebalik dari mana ikan-ikan ni datang dan sebab-sebab ikan ni datang...hehe..That's all.Thanks 4 reading.,


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥