Selasa, 20 Jun 2017

End Of 4th Semester

Salam.

Alamak mata hampir tidur. hahah.

Alhamdulillah. Genaplah dua tahun belajar di ILKKM Sultan Azlan Shah. *nama baru kunun. Yeayyyyyyy yeayy yeayyy ! Teruskan perjalanan teruskan teruskan ada halangan di hadapan sailang jak. Cepat nya masa berlalu. Tidak sedar hanya tinggal setahun sahaja lagi perjuangan disini. Tinggal setengah tahun praktikal dan setengah lagi belajar balik di semester akhir. Oemjieee what would it be. Curious la juga tapi jangan fikir dulu. Let things suprise you. Fikir sikit-sikit boleh lah. Rancang masa depan la katakan.  *tangan ke dagu dan mata pandang atas. HAHAH. In shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Sem seterusnya masih praktikal lagi. Last. Cuma tempat tu in shaa Allah akan berubah. 3 bulan Bertugas di Hospital (Unit Farmasi Pesakit Dalam) dan dengar khabar angin suasana akan sedikit tegang dan tertekan ughh warevaa dan 3 bulan lagi bertugas di Klinik area Perak Pula. Yeayyy balik Perak. Balik kolej tercinta. Saya merindui tilam dan bilik Five Star itu. Tambahan lagi buah hati ada di sana. aih aih aihhh. *mengada. So, yeah. Doakan saya dan semua rakan-rakan yang menjalani praktikal bertugas dengan baik. Doakan supaya kami semua berjaya. Amin amin. Mohon jaga diri masing-masing dan jangan buat hal. Alamak, tiba-tiba rasa macam pengarah kolej pula bagi ucapan. hahah.





Dedaaa.
Wassalam




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 19 Jun 2017

Cuti Semester

Salam

Back to hometown

Blog ni betul-betul berhabuk. Bukan setakat habuk, sawang tikus ular lipas pun ada mungkin. Kesian. kejap ada kejap di tinggalkan. Buat pembaca yang masih mengingati blog ini, terima kasih. Stay tune guys ! CEHH AHAHA. Sedihnya hidup cakap satu orang. Ok lah pendekkan cerita saya sudah habis semester 4 dan sekarang tengah cuti semester selama sebulan sahaja di bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa dan sambut Raya beberapa hari ja lagi. Ok tu jak. Tiada idea mau tulis apa, maklumlah sekian lama tidak berkata-kata. Byebyee ^^

Sekali lagi. Stay tune !







Dedaaa
Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 26 Februari 2017

February's Birthday Surprise

Salam.




Apa mau cakap. Speechless nya. So ini lah dia mangsa nya. Tiga ketul ni lah. Terima kasih sangat-sangat sebab bersusah payah buat suprise untuk jejaka-jejaka encem ni. Dah lah selekeh, tambah selekeh lagi bila jadi mangsa suprise ni. *malunyaaaa. Terima ja lah realiti hidup. Sejak dilahirkan memang selekeh pun kan. Syukur masih hidup nak. :")  Jarang sebenarnya dapat birthday suprise ni. Bukan jarang tapi tidak pernah pun seumur hidup. hahahahha. Buat party untuk raikan birthday sendiri pun tidak pernah. Sebab masa kecik-kecik dulu memang tidak mau buat jamuan hari jadi semua ni, sudah besar lagi lah tidak mau. Malu mungkin. hahhah. Tidak tau lah mau sedih ka atau bangga ni. *bercampur baur la katakan. Tapi buat mereka yang bertungkus lumus untuk menyambut hari jadi diri ini, terima kasih sangat sangt sangat. Saya terharu gila. Jangan susahkan diri kamu bah. 😭



Tadaaaa. Ada tiga orang yang merancang semua ni dan itulah mereka. Dua si pipi tembam satu si cilik api. Bukan cili api tapi cilik api. Bukan typo di situ haaa. Dorang dah plan lama dah dari 1 february hari tu lagi. Tapi sekali tunggu untuk dua kawan yang birthday february juga Mai dan Kak Nab so jimat lah bajet kan hahahah. Pandai kamuuu. Prasan juga nampak dorang bawa kek masa balik kerja tu. Tapi tidak terfikir apa pun sebab normal. Tengok pipi lah. Bulat. Kuat makan kot. hahah. Malam tu pula kena tipu pula. Konon ada warden mau datang bilik sebab dorang tu bawa benda haram. Kategori benda haram budak asrama lah. Benda masak-masak semua tu haa yang tu le. So konon mau ramai-ramai lah. "defend". Datang bilik tetiba gelap pula bilik tu. Lepas tu tadaaaa. Mereka berjaya "mempermainkan kami" emmm tahniahhh. Dan bergembira lah kami di situ makan kek dan berselfie. hahah. Apapun terima kasih Kak Syidah, Kak Yik dan Fina sebab sanggup buat semua ni untuk kami. Walaupun sibuk kerja penat semua tu..terima kasihhhh dari mommy, valentine dan baby februaries. Love you guys. Dan minta maaf andai tersalah kata. Gurau seja bah.







Dedaaa.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 1 Februari 2017

Happy Birthday To Me

Salam.


food, chocolate, and cupcake image


Sekali lagi, it's mother february's birthday ! That's me. Pembuka segala hari di bulan februari. yah. I'm turning 21. HAHA. Alhamdulillah. Sudah bernafas di dunia ini selama 21 tahun. A lot of things i've learned. Thank you Allah for giving me chance while i can. 

Cerita pasal birthday tahun ni. Saya sambut di Sungai Buloh. A lot busy. Dan saya langsung tiada hati untuk meraikan hari jadi sendiri. Mungkin sebab sibuk sedikit. *kahkah. Cukuplah hanya ucapan syukur alhamdulillah dan wish dari kawan-kawan. To be honest I don't remember about my birthday. today. Hahaa di kepala otak ni cuma fikir kerja ja. I mean practical. Really tiring and should i say no life ? Biasa la tu kan. Tiada kerja di dunia ni yang tidak penat. Sebab tu kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Who knows someone out there want life that you have right now so be grateful. Present? I have family who always supports me and that's enough. I have my beloved one that won't leave me and that's enough. I have my annoying friends who always know how to make me laugh and that's enough. I have Toro too and that's enough. As long i have my precious one in my life then i'm all good. I hope i can be better me and more good stuffs will come to me. 



"Happy 21st Birtday"





Dedaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 7 Januari 2017

Masa Untuk Posting !

Salam.

senyuman ikhlas.

Yeay. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga saya ke tahun praktikal. Syukur.. Tidak sangka sudah semester 4 rupanya yaa.. Setahun setengah lagi. Cayok. Lepas tu ke alam kerja sebenar dan kehidupan baru. In shaa Allah moga dipermudahkan perjalanan hidup ni. So saya akan praktikal di Selangor dan bertugas di Hospital Selayang selama setahun. Tapi menetap di asrama KSKB Sungai Buloh. Perjalanan dia pula 6.30 pagi dah bertolak dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 7 atau lebih macam tu la. Kita tengok keadaan trafik ya. Kalau pegi tu lebih kurang 30 minit balik tu pula sejam. Sekali lagi tengok keadaan trafik. Sempat juga lah tidur dalam bas. Macam-macam perangai ada. HAHHA. Apapun i'll do my best sepanjang belajar ni dan doakan saya supaya semua urusan baik-baik sahaja dan dipermudahkan. Don't worry, biarkan masa ini berlalu. Tidak lama pun. Just do your stuff and be good. *self note.


Selamat berpraktikal semua !! Let's do this !



Dedaa.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥