Ahad, 19 Julai 2020

Ciko The Stray Cat ( Part 1 )

Salam.



Setelah sekian lama dari tahun 2018 simpan cerita ni, semangat untuk cerita balik dan kongsi apa sebenarnya yang berlaku tentang Ciko si kucing terbiar kolej finally came up. Lama sangat simpan cerita ni dalam draft. I need time to find the strength back. Ramai orang yang terpaksa terlibat secara tidak langsung. I'm sorry and thank you. 

How should i start this story. Can't find the right words to tell. It's happy yet it was also a sad story.  It's a short story but yet there's so much things had happen in such a short period of time. So, i'm going to say that it's gonna be a long one. Take a deep breath, have some coffee and enjoy your reading... Bertempat di cafe kolej, saya dan teman lelaki saya (Amm) memang selalu makan dekat bawah ni. Kebetulan baru habis program Farmasi jadi saya pun temankan dia makan sebelum solat jumaat. 

Then i saw this cat. Mama meow. Kucing terbiar yang memang selalu ada di cafe ni. She's pregnant by the way. At first, i thought she's hungry because she's just came from no where looking at us and she was  like looking for something. Then Amm tell me that there's a box dan rupanya kucing ni baru keluar dari kotak. I was so excited. Hoping there's a new born kitten. But nope. Just an empty smelly small box. Ya, memang hampa. Then i was so shock, kucing tu jalan terkangkang-kangkang dan air ketuban dia sudah pecah. OH EYYMM JIEEE. BABY DIA MANA ???!! Kenapa belum keluar ? Bila lagi pecah ni. Nampak macam sudah lama sebab air ketuban sudah kering di kaki tu. ok. PANIC PANIC PANIC. I don't know what to do so i just grab the cat and put her inside the box. *mau angkat kucing ni pun takut masa ni. Sangat berhati-hati dan selemah lembut yang boleh.

Ok lepas tu teringat abang pernah cerita kucing rumah terberanak sebab abang urut-urut perut meow. So saya cuba kaedah tu. Nothing happened. Mungkin kena tunggu lagi. Lepas tu saya whatsapp roomate saya. Memandangkan dia pun peminat kucing. *syukur. I told her everything and i need her help. Maybe she knows what to do kan. But sama jak. Lepas tu tidak lama tu kawan-kawan datang dan kami berempat tolong urut-urut perut mama meow tunggu punya tunggu punya tunggu malas betul mama meow ni mau meneran. Dekat waktu solat jumaat tu baru kami naik. Tinggalkan kucing tu dekat cafe jak. *give up. Dengan harapan mama meow akan beranak lepas tu.

Naik bilik, i do some research about cat that wants to give birth and how to handle it. Then ada satu blog ni. Lupa nama website tu tapi sangat bermanfaat siap berserta dengan gambar lagi. There's a statement that say, kalau air ketuban kucing dah pecah dan dalam tempoh sejam anak kucing tak keluar lagi kemungkinan ada masalah yang dihadapi. So boleh segera hubungi doktor vet atau jumpa doktor veterinar terus. I tell my friends about this because it's more than an hour now. And i did a BIG MISTAKE here. *macam mau hantuk-hantuk ja ni kepala. Saya tidak cuba untuk hubungi doktor pun. Sebab terus mengharapkan yang kucing tu tidak akan apa-apa. But still, gelisah.

Petang tu macam biasa saya turun cafe dengan Amm untuk mengisi perut yang sentiasa lapar. Selalu dengan dua tujuan, makan dan beri kucing makan. Kali ni tiga tujuan, tengok keadaan mama meow. Sampai ja cafe petang tu lebih kurang 5 petang, mama meow tiada dalam kotak. So we just decided to eat and gave foods to other stray cats. Dalam pukul 6 lebih masa mau balik tu, we saw mama meow came from i don't know baring-baring atas rumput dekat asrama perempuan. *tengok keadaan macam ok. Kami dua pun pegi lah dekat mama meow ni sebelum naik bilik. Lepas tu tengok bontot mama meow. Kering. Lepas tu Amm nampak sesuatu. Dia cakap kaki anak kucing. WHAT ?!! Tajam betul mata dia astagaaa. Nampak macam bulu kucing yang berkumpul jak. Ok. Sekali lagi, PANIC PANIC PANIC. Anak dia songsang. (Kaki keluar dulu and it's not normal) Patut lah dia susah mau beranak. Lepas tu teman lelaki saya alihkan mama meow dekat tepi cafe. Mula tu dalam kotak tapi terus letak mama meow atas meja ja. 

I called my roomate, sebab dia ada pesan kalau kucing ni beranak songsang cuba ja keluarkan anak dia. It was not easy as you think. Tambahan lagi mama meow ni tidak mau meneran. Saya keluarkan tisu and Amm was the one who trying hard pulling out the kitten's leg. Serious, saya langsung tidak berani masa ni. I never done this before. I was scared. Kaki dia macam baru 1/3 yang keluar. Sikit ja. What you expect untuk tarik macam tu? Susahhhh. Mama meow menjerit-jerit kesakitan. Sambil on the phone dengan roomate, roomate bertegas suruh tarik tarik tarik jak. Ok sudah keluar semua tapak kaki. bahagian ankle jak, yang lain belum lagi. Teman lelaki saya kata boleh lagi tarik sebab tadi tu tarik perlahan ja cuma kalau tarik kuat-kuat takut mama meow ni teriak kuat tambahan lagi mau maghrib sudah. Mau bawa naik pegi bilik memang tidak boleh sebab dalam peraturan kami tidak boleh bawa haiwan dalam bilik. So we decided untuk solat dulu lepas tu turun cafe balik.

Selesai solat, kawan-kawan pun mau join turun juga tapi memandangkan saya siap dulu so saya turun dulu. Amm called me and said that he wanted to help too. Dia suruh letak kucing tu dalam cafe dan bukan tepi cafe so tidak lah jadi perhatian sangat. Sampai ja di bawah tu saya tukar fikiran. I want to take this cat in my room. A lot easier to help the cat. Lepas tu saya cuba nasib minta izin pengawal and told her everything. Pengawal tu izinkan bawa naik tapi kena bawa turun balik sebelum pukul 10 malam. Then i called Amm and told him that he doesn't have to came down. Lepas tu i took this cat with me. *sempat tunjuk dekat pengawal sebab dia mau tengok. Naik bilik tingkat 4. Terus panggil kawan-kawan pencinta kucing. All of them came to my room. Semua terkejut dan kesian dekat mama meow. We don't know what to do. Dua orang pegang kucing dan saya tidak percaya saya ambil alih untuk keluarkan anak kucing tu. I don't have a choice. Semua orang takut dan tidak sampai hati. Ikutkan hati saya pun tidak sampai hati tapi memandangkan si Amm tu boleh buat petang tadi, kenapa saya tidak boleh ? so saya beranikan diri untuk buat. There's no time to wait. 

Permulaan tu balut tangan pakai plastik, tapi nasib baik toiletmate ada glove so saya pakai glove. Lebih mudah and prevent any infection that might happen. Still saya tidak berani. Saya takut kaki anak kucing tu patah because tulang dia sangat lembut dan kecil. To be honest, it's not easy. But here's the tips i told myself, the kitten is dead and it's okay. Whenever i was about to pull out the leg, i closed my eyes and just pull pull pull, slowly. Fokus untuk selamatkan mama meow jak. Kucing menjerit banyak kali but we didn't force her. Kami bagi dia berehat sekejap and pull it again. My friends began to cry. Tipulah tidak sedih. But I don't have a choice. Cuma kentalkan hati dan pesan pada diri "jangan nangis". Kawan-kawan banyak cari tips mau keluarkan anak kucing yang songsang. Ada yang tanya kakak dorang, ada yang telefon mak *termasuk saya.  Tarik slow-slow. Urut perut kucing dan bila kucing mula meneran tarik slow-slow. Sikit-sikit keluar, dari kaki hinggalah ke paha, badan sampai lah kaki hadapan. *mengambil masa yang lama.


Minta maaf banyak-banyak kalau gambar ni agak mengerikan. This is only part of it and the only pictures i can show.

Ok part mau keluarkan kepala kucing memang susah. Something stuck. Susah sangat. Lepas tu saya masukkan jari telunjuk saya dan cuba rasa kepala anak kucing. Plan mau sangkutkan dekat jari dan terus tarik keluar. Tapi saya tidak jumpa pangkal dia. Strange dan susah hati. Takut pun ada juga. I close my eyes once again and i try to feel and confirm it. Ya Allah, tulang leher dia patah sudah di dalam tu. Cuma leher ja memanjang. Tapi belum terputus dengan kepala. The head was in another part. Susah mau terangkan. I also ask Amm memandangkan dia pun ada pengalaman pasal kucing beranak songsang long years ago.

Ramai orang kami hubungi, macam-macam cara juga kami sudah cuba. Ciko pun sudah penat meneran. Jam hampir pukul 12, kami pun putus asa dan membuat keputusan untuk bawa kucing ke klinik vet esok. Tengah malam tu saya dan roomate saya, Kak Yik letak Ciko dalam kotak. Masa tu bilik memang bau sangat. Dari luar bilik pun dapat hidu. Bau kucing yang melahirkan. Bau darah pun ada. Jadi malam tu kami bersihkan bilik lagi. Mop lantai, sterilekan balik lantai dengan alcohol swab. Settle bersihkan bilik, jenguk-jenguk juga Ciko. Bila Ciko tidur, kami pun tidur. Lampu meja pasang ja sepanjang malam tu. Lepas tu Setiap masa jaga jenguk Ciko. Sepanjang malam tu perasaan dia, Ya Allah..tuhan ja yang tahu. Macam jaga baby yang tengah sakit. Tiap masa pantau. Memang risau dekat Ciko dengan keadaan badan anak dia yang tersangkut separuh macam tu. Sakit. Memang sakit.

Tiba-tiba dalam pukul 5 pagi tu terjaga dan Ciko tiada dalam kotak. Punya lah risau. Rupanya ada bawah katil baring atas sejadah. Habis kotor darah sejadah tu. Lepas tu Ciko mau keluar. Saya dengan housemate bagi ja lah. Buka pintu, Lepas tu ada tenaga pula si Ciko merayau tengah malam. Jalan pun agak terkangkang-kangkang. Dari tingkat 4 sampai turun ground floor kami ikut. Both of us were so exhausted and sleepy, ikutkan hati mau biarkan ja Ciko jalan tapi tidak sampai hati. Rupanya Ciko mau berak jadi dia cari tanah. Dengan anak yang tergantung macam tu, lepas tu berak lagi. Meleleh-leleh taik Ciko terkena anak dia. Kesian Ciko tidak dapat berak puas, nampak sangat dia kesakitan. Sebabkan tidak sampai hati biarkan Ciko di situ, saya ambil dia balik. Terpaksa tabahkan diri basuh balik bangkai anak dia, sebab memang sangat bau terkena dengan taik tadi. 

Settle urus semua tu, kami naik balik tingkat 4. Ciko pun sudah tenang-tenang. Sampai ke subuh baru lah selesai semua. Dapat juga tidur kejap untuk tenaga pagi nanti pula.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

0 ulasan:

Catat Ulasan