Memaparkan catatan dengan label fun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fun. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat Hari Rayaa !

Assalamualaikum semuaa.


saya suka bunga api :)


Raya raya raya! Saya suka raya. Sebab family dapat kumpul ramai-ramai. Kita dapat jenguk saudara mara yang jauh di sana tu. Maklum la, rumah sudah jauh sangat dari pekan. Tapi banyak besh juga laa. Tinggal di sini suasananya agak lain sikit. Kampung gitu. Hari-hari ada budak kampung datang beraya. Dulu, tinggal di flat. Lebih kepada "berkurung" di rumah. Jiran pun semua balik kampung. Hidang kuih raya untuk bagi kenyang perut sendiri saja. Lonely la juga. Haha :V

Entry pasal Ramadhan tidak sempat buat. *Tidak sempat buat atau malas ?? huahua. Apa boleh buat la. Jadi, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada bapa, mama, abang, kakak-kakak dan adik-adik serta kawan-kawan, kazen-kazen kesayangan saya dan sesiapa yang mengenali diri ini. Tolong maaf kan kesalahan saya sebelum ni. Manatau ada yang tersinggung atau tersandung, saya meminta maaf sangat sangat. Semua tu tidak di sengajakan. Sorry. Raya tahun ni mesti happy ok ? Semoga rezeki kita dimurahkan lagi dan moga raya tahun ni diberkati Allah S.W.T. Amin...


Takda ampau ke ? :3 *muka kiut




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 17 Julai 2014

Aku Budak Februari alias Aquarius

Assalamulaikum.


really ? Alhamdulillah. haha. Sometimes this thing make me think positive :D


Long time no talk. Selamat kembali untuk diri ini. yeaaah. Masalah internet memang sering melanda kampung ni. Kadang-kadang rasa mau hantuk kepala di laptop pun ada juga. Maksudnya tersangat lah geram. Tambah pula buat masa sekarang ni. Sepenuh masa di rumah. Kadang bosan mestilah mau melayari internet. Mau tengok perkembangan dunia la katakan.*atau stalk orang ? haha. Don't worry. I'm not a stalker. Kalau iya pun, saya tergolong dalam kalangan pen "stalker" yang baik-baik belaka. PERCAYALAH :')

Okay. Bukan pasal tu entry ni. Saya mau share pasal perwatakan kami-kami yang lahir bulan februari ni. Bedasarkan kajian Dr. Fadzillah Kamsah. Kenal doktor ni? Femes tuuu.. Balik-balik keluar TV. Kalau masih tidak kenal bagus terjun bangunan la. ha ha *gurau. So, saya boleh katakan kajian tu 75% betul, yang baki lagi tu not so sure dan masih ada yang tidak tersenarai. Ok la tu. Bukan semua harus diberitahu kan? hehe. Kalau kamu pun si Februari juga, maksudnya kita samaaaa. hahaa. Bukan lah semua tapi ada sedikit persamaan. Nice :) 


STATISTIK BETUL BERDASARKAN SMILES :

:D > BETUL LAH !
:)  > bOLEH LAH....
:/  > NOT SO SURE OR MAYBE NOT.

:)  # BERFIKIRAN ABSTRAK
:)  # SUKAKAN BENDA YANG REALITY DAN ABSTRAK 
:/  # INTELIGENT, BIJAK DAN GENIUS 
:)  # BERPESONALITY YG MUDAH BERUBAH 
:/  # MUDAH MENAWAN ORG LAIN
:D # AGAK PENDIAM. PEMALU DAN RENDAH DIRI
:)  # JUJUR DAN SETIA PD SEGALANYA
:d # KERAS HATI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT
:D # TIDAK SUKA DIKONGKONG
:)  # MUDAH MEMBERONTAK APABILA DIKONGKONG
:d # SUKA KEGIATAN YG LASAK
:D # EMOSINYA MUDAH TERLUKA DAN SGT SENSITIF
:d # MUDAH MEMPAMIRKAN MARAHNYA
:)  # TIDAK SUKA BENDA YG REMEH-TEMEH
:D # SUKA BERKAWAN TAPI KURANG MEMPAMERKANNYA
:)  # SANGAT BERANI DAN SUKA MEMBERONTAK
:d # BERCITA-CITA TINGGI DAN SUKE BERANGAN-ANGAN DAN ADA HARAPAN UTK
       MEREALISASIKAN IMPIANNYA
:/  # PEMERHATIAN YG TAJAM
:D # SUKA HIBURAN DAN SUKAN
:d # SUKA BENDA YG BERSIFAT SENI
:/  # SANGAT ROMANTIK PADA DALAMAN TETAPI TIDAK PADA LUARAN
:/  # BERKECENDERUNGAN PD BENDA YG TAHYUL
;)  # AMAT MUDAH DAN BOLEH MENJADI TERLALU BOROS
:/  # BELAJAR UNTUK MEMPAMIRKAN EMOSI

Semua manusia mempunyai perwatakan yang tersendiri. Tiada yang sama. Even pasangan kembar seiras pun mempunyai perwatakan yang tersendiri. Hebatnya ciptaan Allah. Sangat teliti. Bahasa mudah, "Limited Edition".

Tapi saya amat pasti *kot ciri-ciri  di atas tu ada pada si Februari. Betul juga la kajian Dr. Fadzillah Kamsah ni.  wuuu.. Tidak percaya? Boleh jenguk "Who's Affiana" haaa. Di sana saya ada tulis serba sedikit*sikit la sangat. tentang perwatakan diri ini. Original punya. Tiada ubah-ubah tau. Dari dulu punya info. haha. Memang ada yang sangkut dengan kajian Dr Fadzillah Kamsah. Thumbs Up !

Oh ya! Satu lagi ciri-ciri orang yang lahir pada 1 FEBRUARI ni, badan dorang semua kurus-kurus belaka. Bahasa lembut, ramping. ha ha. Sebab sudah dua orang yang saya jumpa lahir pada tarikh ni. Memang badan dorang ramping gila macam model. wah. Termasuk saya, jadi tiga orang model la. ha ha. *gurau ba. Ini cuma pemerhatian saya saja. Kalau betul, please let me know ^^


Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 26 Februari 2014

Sambutan Raya Sekolah 2013

Assalamualaikum.




Gambar atas tu berkaitan dengan sambutan raya di sekolah tahun lepas. Saya lambat buat entry ni. Truly sorry for myself sebab lambat ! Lazy me ! haha. Sambutan ni sepenuhnya bertempat di sekolah saya, SMK Keningau. Buat pengetahuan anda, sekolah ni merupakan sekolah keempat saya menimba ilmu dan sekolah terakhir saya menamatkan zaman persekolahn saya. Saya belum pernah mention pula pasal sekolah ni dalam mana mana entry. Sorry. Tidak perasan pula. Mungkin sebab sudah terbiasa sangat pindah sekolah kot. haha. Kalau macam tu, saya cerita dulu la pasal sekolah ni. 

Saya sekolah di sini waktu tingkatan tiga. Orang orang pertama yang saya kenal adalah pelajar 3 Sufwah. Kelas ni ambil subjek Bahasa Arab dan KKQ ( Kelas Kemahiran Quran ) . Jumpa lagi bha subjek arab. Dari form 1 sampai form 3 saya ambil sebjek ni. Setiap sekolah yang saya pindah memang ada. Tidak sangka betul. haha. Tapi, Alhamdulillah.. orang cakap, ilmu jangan ditolak. Lepas tu form 4 ambil aliran science. 4 cemerlang nama kelas tu dan sampailah form 5. Ambil SPM dan habis sekolah di sana. Tamat. Noktah.


Okay, back to the track. Where was I ? Hmm.. Sehari sebelum sambutan ni. Saya bercadang tidak mau pergi. Tapi kawan-kawan rapat memaksa saya untuk datang. Banyak la kunun alasan durang.. Ada yang mau bergambar sama-sama la..untuk kenangan katanya. Ada yang cakap "Satu kali saja bha ni. Last sudah kita. Tahun depan mana kau jumpa lagi. Pergi la Cil.. rugi kau" Kata Lisa, bestfriend saya. Dia memang selalu cakap macam ni. Sebab dia memang tau sangat perangai saya. Lebih-lebih lagi sambutan tu hari sabtu. Masa cuti saya bha tu ! Lepas tu, isnin mau trial SPM pula. Macam mana ni? A K U  D I L E M A. Malas lagi mau pilih-pilih baju *macam banyak sangat saja tu baju konon :P Akhirnya, saya pergi juga la. haha. Terpaksa kot. Buat-buat rajin saja. Tapi, saya tidak menyesal. Sebab memang best ! Apa yang seronok? SEMUA ! haha. Jumpa kawan, makan, gambar sama-sama, cabutan bertuah *tapi saya tidak bertuah. kesian. kawan seorang tu dapat. Tahniah. sterusnya dengar guru-guru dan kawan-kawan menyanyi. Memang berbakat. Bagus esok masuk saja AF ramai-ramai. Saya pun mau join juga. haha. So, itu saja la. Terima kasih sudi baca :)


If i don't talk to you, it doesn't mean i hate you. Really, i love you guys :'D




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 22 Februari 2014

Flash Back Zaman Perskolahan Saya.

Assalamualaikum.

Hi. I'm Archie Flay. Nice to meet you.


Sedar tidak sedar SPM sudah lama berlalu. Uwa.. jadi lepasan SPM sudah ni. Ahaha. Jangan jeles ya adik adik. Kalau di fikir balik, saya ni pemalas juga dulu. haha. Setiap minggu mau tunggu pengumuman cuti sekolah saja. Malam ahad automatik badan jadi berat. Malas buat tu, malas buat ni. Sebab terfikir yang esok hari isnin! Sebut pasal tu, i hate M O N D A Y. Kesian pula. Tidak pasal pasal kena benci.

Haha. Jujur. Apa sebenarnya yang menyebabkan kadang-kadang saya tidak suka sekolah ? Bangun awal pagi terutama sekali bila tidak cukup tidur dan iron baju sekolah yang susah mau halus. Adehh. Macam la susah sangat buat semua tu. Tapi sebenarnya, awal pagi saja rasa macam tu. Bila sudah sampai sekolah, terjumpa kawan... na.. begila sudah. Segala kemalasan pun terus hilang bha. Haha.

F R I D A Y merupakan hari yang paling menggembirakan saya dan juga bagi semua pelajar. Banyak sebab untuk gembira. Pertama sebab ia merupakan hari berakhirnya minggu persekolahan. Tapi kalau sabtu sekolah, itu kes lain la. Haha. Kedua pula pelajar boleh balik awal. Memang jadi kesukaan pelajar la katakan. Tapi bagi saya isnin atau jumaat memang tiada beza sebab memang hari-hari lambat sampai rumah. First, bapa ambil lambat sebab jem sana sini. Second, lepas kena ambil, di bawa pula pusing kedai sana sini. Alasannya, mau beli barang-barang kedai runcit. Habis muka jadi hangus. Fed up la kalau begini. Harapan mau cerahkan muka memang amat tipis.

Lepas sekolah selalunya saya menunggu di bawah Pokok Tayar dengan kawan-kawan. Lisa, Sartika, Nana. Ini lah orang tetap yang selalu menunggu di sana. Pokok itu lah yang menjadi saksi persahabatan kami *cewahh dan daun-daun itu lah yang menjadi saksi siapa di antara kami yang paling banyak dosa dengan pokok tu sebab selalu pegi cabut-cabut, conteng-conteng tu daun-daun pokok. haha.  Sebut pasal pokok tayar pula, pokok ni bukannya bentuk tayar atau tayar tu bentuk pokok. Sebenarnya, pokok tu ditanam di dalam tayar yang besar.. Dari mana saya dapat nama ni? Sebab saya sendiri yang namakan tempat tu. huahuahuaa. Ada bantahan ? Anyone ? Peduli la nama apa, yang penting saya dapat ingat tempat tu dengan baik. Noktah.


Sebenarnya, saya rindu sekolah. Hmmm. Ehh..Apa?!! Biar betul saya cakap saya rindu sekolah tadi ? Omaigad. Saya tidak sangka la. haha. Please take a note; saya cakap saya rindu sekolah. Bukannya rindu mau sekolah balik. No way. Please, baca balik ayat tu.

Saya rindu mau pakai baju sekolah. Mungkin hari terakhir saya akan pakai baju sekolah adalah pada hari keluarnya result SPM 2013 di sekolah.

Saya rindu kawan-kawan sekolah rendah saya dan kawan-kawan sekolah menengah saya di tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima. Sekolah rendah satu buah sekolah saja. Sekolah menengah ada empat buah sekolah saya pernah merantau. Kalau mau taip nama dorang memang tidak akan habis punya, kalau ada yang tidak tertaip nanti jadi lain pula. Lebih baik jangan..

Saya rindu dengan cikgu-cikgu sekolah rendah dan cikgu-cikgu sekolah menengah saya. Dorang baik, dorang garang, dorang pernah marah saya, dorang pernah rotan saya, dorang pernah bagi hadiah dengan saya, dorang pernah puji saya, dorang pernah patahkan hati saya sampai hancur berkecai *cewahh. Apa pun, dorang tetap cikgu-cikgu saya dan saya rindu + sayang dorang.

Walaupun awal entry saya cakap saya tidak suka sekolah, tapi sebenarnya dari sekolah la saya belajar banyak perkara sebenarnya. Sekolah lah tempat saya bertemu dengan pelbagai jenis ragam orang. Ada yang jadi kawan, ada yang jadi lawan. Saya juga dapat bezakan mana kawan yang sentiasa ada dengan saya masa senang dan dalam keperitan berbanding dengan kawan yang hanya berkawan sementara dan bertujuan saja. *Uisehh, ini boleh jadikan nilai-nilai murni sudah ni. haha. Masa kita di atas dia bukan main dekat lagi, tapi bila kita sudah jatuh, jangan kata batang hidung saja tidak nampak tapi nampak lubang hidung pun tiada.. Itulah orang cakap, lumrah kehidupan. Terima kasih juga buat orang-orang macam ni, sebab nasib orang-orang macam saya ni dapat belajar untuk jadi kawan yang lebih baik. haha. Macam skema saja.

Okey, terima kasih baca sampai habis. Entry lain jangan buat buat lupa pula. haha. Maaf kalau ada yang terasa. Saya ni hamba Allah juga. Tidak pernah terlepas dari buat silap. Kalau saya pun pernah buat salah yang sama, tegur lah saya supaya saya dapat jadi teman yang lebih baik. Terima kasih :)
Dari tadi membebel saja. Puas sangat! haha ^^




Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 18 Februari 2014

Yes! Saya Lulus.

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulillah. Saya lulus! Ujian komputer untuk memandu. Haha. Yeay. Markah lulus adalah 42/50. Alhamdulillah. Haha. Soalan dia boleh tahan juga susahnya. Yang susah tu bahagian C. Ada seorang lelaki tu gagal. Terpaksa datang balik lagi nanti. Sebenarnya kalau hari tu pun boleh juga tapi kena bayar lima puluh ringgit lagi. Lepas tu mau study balik lagi semua.. kau sanggup? Tu la sebab saya takut gagal. Tidak sanggup mau ulang balik semua tu. Siap buat semakan balik lagi. Hhu. And thanks to my big brother sebab tolong download soalan soalan JPJ dari Encik Google. Soalan soalan tu memang POWER LA !! Thumbs up banyak-banyak. Ia merupakan penyumbang markah saya. Boleh la 90% hampir sama. Dari aspek bentuk soalan, cara menjawab dan ada lagi lah. Sekurang-kurangnya tidak la heart attack bila di sana nanti. Haha. Saya akan kongsi file tu di entry yang baru nanti. So, keep in touch.
Thank you Allah.





Bubye.
Wassalam.





Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 22 Mei 2013

Exam 1 . Done

Salam.

Rise Of The Guardian. Best cerita nie.

Gambar tiada kaitan dengan entry ni ok. Sorry. i've just fall in love to Jack Frost after watch the movie. Ok. At last. Our first exam was finally finish . It's kinda tiring because everyday i have an appointment with my beloved books. yey ! Well, hope it worth . Apapun yang terjadi, saya berserah pada Allah. Insya-Allah lulus dengan baik. TAWAKKAL . Jangan terlalu yakin nanti kecewa. Yang penting, saya happy ! Exam dah habis. oh yeah. Ini merupakan saat-saat yang sangat manis bagi setiap pelajar. Tapi yang spoilnya... esok ada gotong-royong di sekolah dan kokum. Saya malas sangat tapi tidak apa lah. Apa salahnya luangkan sehari di sekolah, cuti dua minggu menanti di depan. OMGucci. tak sabar rasanya. huhu. Sebenarnya saya pergi sekolah esok sebab ada taklimat pasal add-maths . Ada kerja kursus yang perlu di buat sepanjang cuti sekolah ni. Tidak dapat saya bayangkan. Harap-haraplah boleh buat dengan baik. Selain tu, saya mau meluangkan masa saya dengan kawan-kawan di sekolah. Walaupun dorang tu gila-gila, saya tetap suka kawan dengan dorang. hehe. Oppsss.. That's all. Happy Holiday. Kami tidak pergi mana-mana. " yeeey! " [ suara mendatar ] But it's okay, as long my family always there by my side. PEACE !


" Every Moment was so Precious " - Jack Frost ♥


Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 24 Februari 2013

Pertunangan Kakak Sepupu

Salam, 


Hai hai. Hari ni mau share sikit pasal pertunangan kakak sepupu saya. sebenarnya lama sudah. masa cuti tahun baru cina lagi, tapi sekarang baru ada masa untuk bersama dengan blogger. sorry la, lambat pula buat entry. hhe. saya dan kakak saya kena minta jadi orang yang memegang hantaran so, saya  berpeluang mengambil beberapa gambar dari jarak dekat. i like it. tidak juga banyak saya dapat ambil sebab... malu bha. ramai orang lagi tue. saya pula sibuk mengambil gambar itu dan ini. pelik pula. kesian handphone bapa jadi mangsa. lain kali beli lagi handphone canggih kioo. Ok, cerita pasal kakak sepupu saya. sama padan sama cantik, dua-dua secocok. cehh, tambah-tambah peribahasa pula. kakak saya pun cakap macam tu. padan. muka dorang ada iras-iras sebab tu memang jodoh kali, katanya. orang cakap, kalau muka ada iras berkemungkinan orang tu jodoh kita. tapi ada juga yang tidak. well, jodoh tu Allah saja yang tahu kan.. Apapun, congratulations !! Everyone were happy for you :)) tidak sabar mau tunggu bulan lima nanti. hhe.

Marry Someone Who Will Make 
You Fall In ♡ With Allah
Every Single Day



curi gambar dari facebook abang. hhe








♡




sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 10 November 2012

My Childhood Game

salam,

" Hi. i'm Mr. Bomberman. Nice to meet you "

Dear Bomberman, i miss you a lot. hhe. sebenarnya, bomberman ni adalah sejenis game budak-budak. waktu saya kecil-kecil dulu, saya selalu main ni game dan ada beberapa game yang lain juga. game lama punya. but this one was the best ever. ngee. oleh kerana saya telampau rindu dengan ni game. saya cuba cari di internet. cari punya cari tiada pula yang original bomberman yang saya pernah main waktu kecil. saya tidak puas hati!. memang ada ni. dan akhirnya usaha saya tidak sia-sia. i found it. i found it! 
Alhamdulillah! berjaya download. lepas tu, apa lagi. terus main lah. punya saya happy. masa main tu. senyum-senyum satu orang nie. macam orang gila saja. whatever. nothing can stop you when you finally found what you really want most. hha. segala kenangan saya waktu kecil kembali lagi. saya rindu masa lalu. sangat rindu. if only i can go back to the past, i'll meet myself and say " Hi there, i'm you in future. please  don't waste your great moment. do the best, enjoy and please don't forget. coz you really gonna miss it :) " argh! rindunya. hhu. nanti saya buat entry cara download game lama kami [ family ] .

sayonara.
wassalan.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 4 November 2012

Hello Lovember.

salam.


Hello november, please be nice to me :)
wah, ndak sangka ouh. masuk bulan november sudah. cepatnya masa nie. right? . final exam pun sudah habis. jadi sekarang ni akhir tahun sudah. di sekolah hari tu kami ada buat jamuan. jamuan akhir tahun lah. kami ada main permainan. macam- macam lah. tapi saya tiada peluang mau menang. dorang semua hebat-hebat bha. uhuhu. sebelum kami jamuan tue, saya bosan sangat sangat =.= . kebetulan kawan saya minta saya temankan dorang jumpa cikgu. saya pun ikut saja. bosan kan. saya pun tidak tau apa yang dorang mau buat. saya pun satu, [ memang satu pon] main ikut jak dorang. sekalinya.. rupa-rupanya.. tiba-tiba saya pun terjoin dorang untuk bagi box pencil titipan restu form 5. hebatkan. hha. tapi tiada ruginya saya pegi sana. sebab dapat dengar ucapan akhir cikgu-cikgu untuk form 5. yang paling sedih masa sesi bersalaman tu. sampai ada yang nangis bha. cikgu kami ada suruh kawan saya ambil gambar. so, sempat la saya menyisip mengambil gambar. kebetulan ada bawa kamera juga masa tu. hhe. seronok sangat. I enjoyed it very much and touched. lastly, tidak sangka pula kami pun kena bagi box pencil yang lebih tu. thanks teacher.

sayonara.
wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 15 Oktober 2012

Cuti buat apa ?

salam,



ouke, sekarang masih cuti PMR. lambat pula saya buat entry sebab saya pulang kampung. sebut pasal kampung, mestilah tiada internet =,= . boring sangat. tapi tidaklah boring yang sangat sangat sebab nasib baik ada juga kerja yang saya perlu buat sepanjang cuti nie. contohnya, kasi bersih halaman rumah yang terbiar berapa kurun lamanya tue. potong ini, potong itu, tarik sana tarik situ. nasib baik tidak kena sengat " penyangat anting-anting" huu. keesokannya sakit badan. [ besta ! ] bila sudah beres, warna and lukis balik lukisan kawan saya. permintaan dari kawan saya untuk mewarnakan lukisan dorang [ bukan curi ouke ] . thanks to them, makin banyak koleksi art saya. heh. tapi sangat memenatkan. sehari depan laptop. apa ndak sakit badan. kadang- kadang dua hari pun ada untuk siapkan satu lukisan sahaja. macam mau terkeluar saja tu mata bha. punyalah. biasa la, saya nie belum pro lagi melukis and mewarna-warna nie. ;p
by the way, saya rasa enjoy sepanjang cuti nie. walaupun berapa hari seja cuti, masa tidak berlalu begitu sahaja tanpa membuat apa-apa. sekurang-kurangnya ada juga yang saya dapat buat. Alhamdulillah. :) 
sudilah tengok art yang baru buat nie. akhirnya siap juga [ sebenarnya dua hari lepas lagi sudah siap ] . ^^


 
draw by G.anjel.                    draw by Eyja Farizul.


sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 5 Oktober 2012

Piano and Beach

salam,


Yey. hohoho. hujung minggu kami jalan pegi kota kinabalu. kami pegi kk sebab kakak ada pertandingan piano. kalau saya tidak silap di Hotel Meridean kali. saya lupa nama tu hotel. XD. cantik tu tempat bha. lepas habis buat persembahan, tengok orang buat persembahan lagi lah. hhu. dalam tiga puluh minit gitu, habis. sekejap seja bha. kakak saya kena kasi masuk di bahagian lower romantic piano.  so, di bilik tu budak-budak lebih banyak berbanding orang besar-besar. heh. hairan saya, lagu itu budak-budak pendek-pendek and not my test of song lahh. ada yang dua minit habis sudah. ada satu orang perempuan [ dewasa ] bawa satu lagu yang saya suka "The Swan". syok gila tu lagu. memang romantic bunyi dia tapi sayang. nda dapat nombor. atau boleh saya katakan orang dewasa di bilik LR memang satu pun tiada nombor. XD . tapi kalau bilik lain saya tidak pasti la pula. kakak saya and abang saya pernah main tu lagu di rumah so, saya memang pernah dengar tu lagu sebelum nie. kesimpulannya, budak-budak menang. tahniah . <3

Yup. there she is. with her medal on her hand. congrates sis.

lepas habis semua tu, kami jalan ikut driver pegi singgah kedai jap and tempat lain lain lagi. driver ada mau cari. then, persinggahan terakhir kami di pantai :) kalau sanggup silakan lah tengok gambar yang tidak berapa cantik kami ni. tiba-tiba datang gila mau bergambar. kuikui~






Syukur Alhamdulillah. It was a great moment. i enjoy it. tapi keesokan dia saya sakit la pula. so, tidak dapat  ambil paper fizik. hha.[ sorry teacher Dina, menyusahkan teacher jak. teacher, kalau saya tidak ambil boleh kah tu arr? tapi nanti tolong kasi full mark. buleh bha kan =p] adios.

sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥