Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label food. Papar semua catatan

Rabu, 26 Februari 2014

Sambutan Raya Sekolah 2013

Assalamualaikum.




Gambar atas tu berkaitan dengan sambutan raya di sekolah tahun lepas. Saya lambat buat entry ni. Truly sorry for myself sebab lambat ! Lazy me ! haha. Sambutan ni sepenuhnya bertempat di sekolah saya, SMK Keningau. Buat pengetahuan anda, sekolah ni merupakan sekolah keempat saya menimba ilmu dan sekolah terakhir saya menamatkan zaman persekolahn saya. Saya belum pernah mention pula pasal sekolah ni dalam mana mana entry. Sorry. Tidak perasan pula. Mungkin sebab sudah terbiasa sangat pindah sekolah kot. haha. Kalau macam tu, saya cerita dulu la pasal sekolah ni. 

Saya sekolah di sini waktu tingkatan tiga. Orang orang pertama yang saya kenal adalah pelajar 3 Sufwah. Kelas ni ambil subjek Bahasa Arab dan KKQ ( Kelas Kemahiran Quran ) . Jumpa lagi bha subjek arab. Dari form 1 sampai form 3 saya ambil sebjek ni. Setiap sekolah yang saya pindah memang ada. Tidak sangka betul. haha. Tapi, Alhamdulillah.. orang cakap, ilmu jangan ditolak. Lepas tu form 4 ambil aliran science. 4 cemerlang nama kelas tu dan sampailah form 5. Ambil SPM dan habis sekolah di sana. Tamat. Noktah.


Okay, back to the track. Where was I ? Hmm.. Sehari sebelum sambutan ni. Saya bercadang tidak mau pergi. Tapi kawan-kawan rapat memaksa saya untuk datang. Banyak la kunun alasan durang.. Ada yang mau bergambar sama-sama la..untuk kenangan katanya. Ada yang cakap "Satu kali saja bha ni. Last sudah kita. Tahun depan mana kau jumpa lagi. Pergi la Cil.. rugi kau" Kata Lisa, bestfriend saya. Dia memang selalu cakap macam ni. Sebab dia memang tau sangat perangai saya. Lebih-lebih lagi sambutan tu hari sabtu. Masa cuti saya bha tu ! Lepas tu, isnin mau trial SPM pula. Macam mana ni? A K U  D I L E M A. Malas lagi mau pilih-pilih baju *macam banyak sangat saja tu baju konon :P Akhirnya, saya pergi juga la. haha. Terpaksa kot. Buat-buat rajin saja. Tapi, saya tidak menyesal. Sebab memang best ! Apa yang seronok? SEMUA ! haha. Jumpa kawan, makan, gambar sama-sama, cabutan bertuah *tapi saya tidak bertuah. kesian. kawan seorang tu dapat. Tahniah. sterusnya dengar guru-guru dan kawan-kawan menyanyi. Memang berbakat. Bagus esok masuk saja AF ramai-ramai. Saya pun mau join juga. haha. So, itu saja la. Terima kasih sudi baca :)


If i don't talk to you, it doesn't mean i hate you. Really, i love you guys :'D




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 1 Februari 2014

Lapan Belas Tahun

Assalamualaikum.


happy birthday to me
Happy Birthday to me :)

1 Februari 1996 merupakan tarikh kelahiran saya. Kali ni buat yang ke 18 kali saya bertemu lagi dengan 1 Februari. Alhamdulillah. Genap la umur saya menjadi 18 tahun. Huhu. Cepat betul saya dapat umur. Haha. So what's happen today? Hmm. Nothing I guess. It was just like an usual day. Saya masih dengan rutin harian saya. Dapat wish dari kawan-kawan dan family. Family ada belikan KFC. Haha. Thank you thank you. Makanan memang segalanya. Yum yum. Dorang mau belikan kek tapi oleh kerana saya ni bukan peminat kek ''kecuali'' kek coklat. So, dorang beli saja ayam banyak banyak. Haha. Makan banyak pun tidak apa sebab, saya tidak akan gemuk. Percayalahh. Cuma, kebarangkalian dapat darah tinggi tu yang merisaukan saya. Oh ya, hampir terlupa. Kawan saya pun birthday hari ni juga. Happy Birthday Fatin Syazwani. May Allah Bless You and Me :)



Bubye.
Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 13 Jun 2013

Le Mille e una Torta di Dany e Lory ♥ : TORTA RAFFAELLO




Le Mille e una Torta di Dany e Lory ♥ : TORTA RAFFAELLO: RICETTA DI:  Francesca Borgogni Pan di spagna Ingredienti: 6 uova 180 gr di zucchero 75 gr di farina  75 gr di fecola un pizzico di sa...

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 20 Mac 2012

Durian sebesar kepala mu

salam,

wah! bulan tiga sudah. punya main lama saya tidak post apa-apa. nda ada internet bha. sebenarnya buah durian nie mula membesar dari bulan december 2011 sampailah bulan februari tahun nie. Punya main besar. Badan sudah besar mestilah isi dia pun besar-besar kan.. hha. sekian lama saya tunggu dia jatuh, akhirnya tidak sia-sia juga. sebenarnya dia bukan jatuh sendiri, tapi bapa saya yang pegi potong tangkai dia. Kononya takut orang lain ambil. sebab wangi sudah. ehe~ sampai di rumah tu durian kami perap lagi sehari. Lepas tu mama telampau tidak sabar mau buka. [tergoda dengan bau durian.] lagipun mama memang suka makan durian. kalau tidak buka, naa pandai merajuk sudah etu.


Durian Pertama Kami [ Bikin malu saja]

cover durian dengan baju-baju supaya tidak ketara =p [ idea bapa ]



ada bau sudah.
Besar punya !

that's all. Bubye !
Wassalam..

p/s- sorry kualiti gambar tidak berapa bagus.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥