Memaparkan catatan dengan label funny. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label funny. Papar semua catatan

Ahad, 11 November 2012

Terperanjat sampai komputer pecah

salam.



Nampak gambar di atas kan.. wahahaha. alahai. saya yakin kamu pun mesti pernah merasai keadaan seperti diatas. uwah, orang tue betul-betul terperanjat sampai komputer pun di hantam saja. sayangnya tu kom. nasib baik jenis nipis punya. cuba bayangkan kalau kom yang besar tu. entah-entah tangan dia pun tembus sampai pegi belakang sekali. dan semestinya dapat kecederaan yang serius. kesiann. . memang betul lah kata orang, bila kita dalam keadaan yang terdesak, manusia akan mengeluarkan satu tenaga yang hebat. powerful power!!. contoh macam orang kena kejar anjing, dinding setinggi manapun kalau otak kita set mau lompat memang dapat lompat tue. atlet lompat tinggi pun kali kalah. hha. contoh paling dekat macam gambar diatas tu. cute lagi tu dia terkejut. kawai ! cute tapi tiba-tiba tukar pegi ganass. hhu.
saya pun pernah juga keadaan macam ni. hha. lucu pula ingat balik. tapi rasanya saya lagi okey. [ aduina...]. tapi saya bukan teperanjat dari permainan maze tu. saya tengok youtube dan tetarik dengan satu video yang bertajuk " bayi mengucapkan kata kiamat " . memang saya sangat tidak sangka tiba-tiba............... tengoklah sendiri. hha. saya terperanjat betul. tapi saya hairan saya tidak menjerit, tidak berkarate cuma saya toleh kiri jak. jantung saya masa tu memang laju betul berdegup. rasanya itu kali pertama saya rasa macam tu. boleh sakit jiwa. nasib baik tiada sakit jantung. itu jak. siapa yang mau tengok, good luck arh. video tu tidak menakutkan pun. :)


sayonara.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 5 Oktober 2012

Piano and Beach

salam,


Yey. hohoho. hujung minggu kami jalan pegi kota kinabalu. kami pegi kk sebab kakak ada pertandingan piano. kalau saya tidak silap di Hotel Meridean kali. saya lupa nama tu hotel. XD. cantik tu tempat bha. lepas habis buat persembahan, tengok orang buat persembahan lagi lah. hhu. dalam tiga puluh minit gitu, habis. sekejap seja bha. kakak saya kena kasi masuk di bahagian lower romantic piano.  so, di bilik tu budak-budak lebih banyak berbanding orang besar-besar. heh. hairan saya, lagu itu budak-budak pendek-pendek and not my test of song lahh. ada yang dua minit habis sudah. ada satu orang perempuan [ dewasa ] bawa satu lagu yang saya suka "The Swan". syok gila tu lagu. memang romantic bunyi dia tapi sayang. nda dapat nombor. atau boleh saya katakan orang dewasa di bilik LR memang satu pun tiada nombor. XD . tapi kalau bilik lain saya tidak pasti la pula. kakak saya and abang saya pernah main tu lagu di rumah so, saya memang pernah dengar tu lagu sebelum nie. kesimpulannya, budak-budak menang. tahniah . <3

Yup. there she is. with her medal on her hand. congrates sis.

lepas habis semua tu, kami jalan ikut driver pegi singgah kedai jap and tempat lain lain lagi. driver ada mau cari. then, persinggahan terakhir kami di pantai :) kalau sanggup silakan lah tengok gambar yang tidak berapa cantik kami ni. tiba-tiba datang gila mau bergambar. kuikui~






Syukur Alhamdulillah. It was a great moment. i enjoy it. tapi keesokan dia saya sakit la pula. so, tidak dapat  ambil paper fizik. hha.[ sorry teacher Dina, menyusahkan teacher jak. teacher, kalau saya tidak ambil boleh kah tu arr? tapi nanti tolong kasi full mark. buleh bha kan =p] adios.

sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 7 Januari 2012

Tukar Number fon baru =]

salam,



hello. number fon expired sendiri sebab 3 bulan tidak isi kredit. hhu. terpaksalah tukar number fon baru. kalau di fikir-fikir, lama juga tiga bulan tu. macam mana remaja sekarang mau hidup kalau tidak dapat bersms dengan kawan dengan sebegitu lamanya. tapi alau korang jenis saya nie, handphone is not my bestfriend. saya tidak ambil kesah sangat kalau tidak bersms.kalau saya tidak silap, kredit dalam handphone lama saya tu pernah sampai enam puluh ringgit lebih. hhu. belum kira sen lagi. . kalau beli makanan mesti banyak. mau buat macam mana juga. bila diisi kredit tiada sms yang datang tapi bila kredit tu expired, bukan main banyak pula sms yang datang. hadooii. ape nasib badan. mungkin ada juga orang di luar sana tu macam begini kan. kesian.who knows. .[mengasihani diri sendiri. -,-]
bubye.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 11 November 2011

Minuman Vico dan Lalat

salam. ,


sebut jak lalat memang kotor. ishh. sebut minuman Vico memang sedaap. sampai menjilat jari. hoho. bukan saja mau cerita pasal lalat ni, tapi untuk pengajaran la.. dikatakan. 

Tadi petang, mama ada buat minuman vico. automatik saya pun ada minum juga. sedap-sedap minum vico di gelas saya tu.. [kusyuk lagi tue]. tiba-tiba saya rasa tidak sedap hati. jadi  mata ni melarat tengok di air la. dengan mulut saya yang masih melekat di gelas . . tebeliak mata saya. rupa-rupanya ada lalat baru lemas dalam sana tue. eissh! tanpa membuang masa, apa lagi terus saya belari pegi dapur[ berabis kasi keluar itu air yang sudah di teguk] . apa boleh buat. mau kasi keluar pun tidak mau keluar-keluar lagi. emm. telan saja la.. huu~ ee geli saya.
first-first itu minuman memang ok. tiada apa-apa. sedap lagi tu. masa di gelas saya tu. . besa la, ada lalat cuba tackle tu gelas tapi tidak berjaya. [ saya halau. hho ] . tapi masa saya tengok tv, saya tidak ingat pasal tu minuman lagi. tidak sampai lima minit terus saya tengok lagi tu minuman sambil mau minum. [ saya tidak nampak apa-apa] . rupa-rupanya itu lalat telindung di belakang sikit. . nasib baik saya minum sikit-sikit. ee.. geli saya.
Harap-harap tidak bagi effect apa-apa. [kesihatan] . paling-paling pun mimpi ngeri pasal lalat. . tambah lagi saya benci lalat ouh. haishh. pengajarannya, sebelum buat apa-apa. . tengok, perhatikan dan.. dengar kata hati.. hha.

ouh.. lupa bagi tau. rasa minuman tu macam biasa jak. tapi tertanya-tanya  "ada lalat ka nie arr?". jawapannya memang betul ada. sebab tu la saya cakap, dengarlah kata hati..  "Listen To Your Heart"




Wassalam. ,

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 2 November 2011

Kempen membaca 1 Malaysia

salam. ,


Hello. . sekolah kami tadi adakan kempen membaca 1 Malaysia. seluruh negeri di malaysia adakan kempen nie. serentak . kami membaca start jam 9.30 pagi. masa nie pelajar masing-masing baca buku yang dorang bawa. tajuk buku cerita saya " The Elephant Man "  cerita nie berdasarkan cerita betul. [ada movie dia lagi.] siok cerita dia. best dan menyedihkan. nama dia Joseph Merrick. dia dilahirkan cacat. anggota badan sebelah kanan semuanya cacat [ diumpamakan macam gajah ] tapi anggota badan sebelah kiri dia pula ok. tiada orang yang suka dia. lepas mama dia melahirkan dia, dia kena jaga oleh orang lain pula [lelaki.penjahat. orang mata duitan] Masa si Merrick besar sudah, dia digunakan untuk dapat duit oleh si mata duitan.[ adalah cerita dia tu, sy x tau macam mana mau cerita ]. Lepastu suatu hari, ada doktor terjumpa dia. doktor nie bawa dia pegi hospital dan menjaga dia. Lama kelamaan kecacatan Merrick makin pulih. Si merrick makin happy sebab dia mempunyai banyak kawan buat kali pertama. Ending dia, dia mati sebab dia teringin mau tidur cara manusia. [baring ]. selama nie dia tidur duduk. so, malam tu dia mati dalam keadaan yang terbaring la..  hha. sorry lah. saya tidak pandai cerita, hhu~

sempat juga habis baca. tempoh membaca dia pula 33 minit 33 saat. habis jak tempoh masa tu.. terus ada bunyi jam loceng. lepas jak bunyi jam loceng, semua murid berhenti membaca. Lepas tu kami semua automatik tepuk tangan. . kenapa kami tepuk tangan saya pun tidak tau. tapi yang penting best betul masa tue. hhe. .

Lepas habis program tadi, kami semua masuk dewan balik. . kami tengok cerita "Tangled" cartoon. hhe. sebenarnya saya sudah tengok tue cerita di laptop abang. tapi bila tengok balik dengan kawan-kawan, memang bes. lucu lagi tue cerita dia.. hahahaha. sampai sekarang saya masih ingat. Sayangnya... cerita dia tergantung.sebab... 12.30 sudah [ waktu habis P&P ]. sayang betul ouh. tapi x apalah. nanti saya mau tengok lagi tue cerita. Keseluruhannya, tadi di sekolah memang best ! hha ! [ kan bagus kalau hari-hari begitu . . ]

ouke. that's all. see you in the next entry !

Wassalam . .

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 31 Oktober 2011

Don't Follow Me

Salam . ,



Yeahh. Hari nie tidak pegi sekolah. Punya lah... Jangan ikut saya ouke. budak pemalas nie. Tapi tadi saya tidak pegi sekolah ada sebab. sebabnya, mama mau bawa saya pegi kampung. Endingnya, kami tidak jadi pegi sebab bapa saya sudah deluan pegi sana. mama malas mau driving. huu~
Berani ouh saya nie. sekolah ada bagi amaran. barang siapa yang selalu tidak hadir pegi sekolah akan dikenakan hukuman iaitu tukar sekolah lain tahun depan . . waduhh ! Tapi saya tidak terasa. haha. saya bukan selalu tidak hadir. . kali nie jak. hhe. Lagipun di sekolah saya mengantuk. Aktiviti pun . .eh, entah ~ ^^ . bosan bha. Hari tu di sekolah lepas habis pertandingan koir, saya dengan kawan-kawan saya tengok movie. katun . tajuk cerita dia RIO . kami tengok di laptop yang saya bawa.[laptop mama] . hari tu kali ketiga saya tengok. dulu dengan kakak and adik. syok tengok movie dengan kawan-kawan. ketawa ramai-ramai sebab cerita dia banyak yang lucu. hehe. miss those memories . .
Ouke. Bubye !

Wassalam . .

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥