Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat Hari Rayaa !

Assalamualaikum semuaa.


saya suka bunga api :)


Raya raya raya! Saya suka raya. Sebab family dapat kumpul ramai-ramai. Kita dapat jenguk saudara mara yang jauh di sana tu. Maklum la, rumah sudah jauh sangat dari pekan. Tapi banyak besh juga laa. Tinggal di sini suasananya agak lain sikit. Kampung gitu. Hari-hari ada budak kampung datang beraya. Dulu, tinggal di flat. Lebih kepada "berkurung" di rumah. Jiran pun semua balik kampung. Hidang kuih raya untuk bagi kenyang perut sendiri saja. Lonely la juga. Haha :V

Entry pasal Ramadhan tidak sempat buat. *Tidak sempat buat atau malas ?? huahua. Apa boleh buat la. Jadi, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada bapa, mama, abang, kakak-kakak dan adik-adik serta kawan-kawan, kazen-kazen kesayangan saya dan sesiapa yang mengenali diri ini. Tolong maaf kan kesalahan saya sebelum ni. Manatau ada yang tersinggung atau tersandung, saya meminta maaf sangat sangat. Semua tu tidak di sengajakan. Sorry. Raya tahun ni mesti happy ok ? Semoga rezeki kita dimurahkan lagi dan moga raya tahun ni diberkati Allah S.W.T. Amin...


Takda ampau ke ? :3 *muka kiut




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 26 Februari 2014

Sambutan Raya Sekolah 2013

Assalamualaikum.




Gambar atas tu berkaitan dengan sambutan raya di sekolah tahun lepas. Saya lambat buat entry ni. Truly sorry for myself sebab lambat ! Lazy me ! haha. Sambutan ni sepenuhnya bertempat di sekolah saya, SMK Keningau. Buat pengetahuan anda, sekolah ni merupakan sekolah keempat saya menimba ilmu dan sekolah terakhir saya menamatkan zaman persekolahn saya. Saya belum pernah mention pula pasal sekolah ni dalam mana mana entry. Sorry. Tidak perasan pula. Mungkin sebab sudah terbiasa sangat pindah sekolah kot. haha. Kalau macam tu, saya cerita dulu la pasal sekolah ni. 

Saya sekolah di sini waktu tingkatan tiga. Orang orang pertama yang saya kenal adalah pelajar 3 Sufwah. Kelas ni ambil subjek Bahasa Arab dan KKQ ( Kelas Kemahiran Quran ) . Jumpa lagi bha subjek arab. Dari form 1 sampai form 3 saya ambil sebjek ni. Setiap sekolah yang saya pindah memang ada. Tidak sangka betul. haha. Tapi, Alhamdulillah.. orang cakap, ilmu jangan ditolak. Lepas tu form 4 ambil aliran science. 4 cemerlang nama kelas tu dan sampailah form 5. Ambil SPM dan habis sekolah di sana. Tamat. Noktah.


Okay, back to the track. Where was I ? Hmm.. Sehari sebelum sambutan ni. Saya bercadang tidak mau pergi. Tapi kawan-kawan rapat memaksa saya untuk datang. Banyak la kunun alasan durang.. Ada yang mau bergambar sama-sama la..untuk kenangan katanya. Ada yang cakap "Satu kali saja bha ni. Last sudah kita. Tahun depan mana kau jumpa lagi. Pergi la Cil.. rugi kau" Kata Lisa, bestfriend saya. Dia memang selalu cakap macam ni. Sebab dia memang tau sangat perangai saya. Lebih-lebih lagi sambutan tu hari sabtu. Masa cuti saya bha tu ! Lepas tu, isnin mau trial SPM pula. Macam mana ni? A K U  D I L E M A. Malas lagi mau pilih-pilih baju *macam banyak sangat saja tu baju konon :P Akhirnya, saya pergi juga la. haha. Terpaksa kot. Buat-buat rajin saja. Tapi, saya tidak menyesal. Sebab memang best ! Apa yang seronok? SEMUA ! haha. Jumpa kawan, makan, gambar sama-sama, cabutan bertuah *tapi saya tidak bertuah. kesian. kawan seorang tu dapat. Tahniah. sterusnya dengar guru-guru dan kawan-kawan menyanyi. Memang berbakat. Bagus esok masuk saja AF ramai-ramai. Saya pun mau join juga. haha. So, itu saja la. Terima kasih sudi baca :)


If i don't talk to you, it doesn't mean i hate you. Really, i love you guys :'D




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 9 November 2011

Salam Aidiladha

Salam. ,


sebelum hari semakin melarat jauh, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam. minta maaf lambat ucap. semoga para-para jemaah di Mekah berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga selalu [hoho] begitu juga kita yang berada di Malaysia ini. [jangan lupa.hihi]. harap saya tidak terlambat. biasa lah, internet macam selalu, ada masalah. line tidak berapa bagus kebelakangan nie. almaklumm. . huu. ~
apa pun, kuatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T dan semoga dengan keizinan-Nya, kita mendapat hidayah daripada-Nya. Insyaallah . . [Amin. . ya rabb . .]

itu saja. simple. ringkas . padat.

Wassalam. .

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 15 September 2011

Maaf zahir dan batin

salam.,

.Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.

sorry sebab tengah bulan sembilan baru mau ucap selamat hari raya. kebelakangan ni sibuk. hoho. maklumlah.. bukan guru jakyang banyak kerja, tapi pelajar pun juga. ala, saya tau.. cikgu bagi banyak homework sebab x mau bagi chance pelajar beraya. haishh~ supaya adil la kononya.. sebelum tu, saya mau minta maaf kepada orang yang mengenali saya.. mana tau saya pernah buat salah samaada sengaja tau x sengaja. mengutuk ka, terumpat ka, marah dan lain-lain. kena ingat, manusia bukannya sempurna.. kita sering melakukan kesilapan walaupun kita tidak rasa itu salah tapi lain orang pula, sebaliknya... maaf zahir dan batin. lepas ni jangan dendam-dendam. x baik. ^______ ^ [ big sMile f0r you.. ]
.Duit Raya.
cerita pasal duit raya untuk budak besar x payah tnya la.. mmm.. saya yakin tiada seorang pun budak besar dapat duit raya yang banyak dibandingkan masa dia kecil-kecil dulu. ada yang dapat puluh2 ringgit, dan yang paling banyak ratus-ratus. wah! [besa lah, zaman muda ] . kalau dikenang-kenang kembali, duit raya yang paling banyak saya dapat ratus lebih. bonus untuk upsr sekali.. kehkehkeh. kalau taun ni paling la rekod minimum yang saya pernah dapat.. ala.. empat ringgit bha. [ Alhamdulillah ] huu~ saya sudah agak juga pun. saya target tidak dapat duit raya.. tapi dapat la pula.. reZeki jangan ditolak. huahuahua~ kpd adik2 yang masih cute biut lagi tue, jangan susah hati. mak cik pak cik yang baik hati mesti bagi punya.. tapi kena pandai ambil hati dorang la.. =] bubye.

wassalam.,

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 4 September 2010

Raya 2010 tiba!!


Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin....

*sy sengaja tulis awal psal raya sbb raya nnt mesti xda masa utk tulis kat blog nie..
*Harap raya taun nie dapat enjoy2 keluarkan stress yg ada pada diri
*Harap orang yang mengenali saya dapat memaafkan segala kesilapan yg telah saya lakukan
*RaYA kali nie hrap dapat main mercun dan bunga api kat kampong..rindu sangat...

selalunya kalau raya nak tiba,,satu jak yg saya paling suka iaitu melihat pelita yang dipasang di halaman rumah mereka terutamanya di kampung.kalau tengok pemandangan nie....gerenti sangat happy mcm nak nangis...pemandangan tu cantik sangat apatah lagi kalau ada budak-budak main bunga api ramai-ramai...rindunya zaman kanak-kanak dulu..

*selamat menyambut hari raya
*selamat beraya
*jaga keselamatn dan ingat orang yang tersayang dan orang yang menyayangi korang...
*main mercun hati-hati!!

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥