Khamis, 28 Ogos 2014

BERAPA UMUR KUCING ANDA?

HishamMarmin.com: BERAPA UMUR KUCING ANDA?: Penentuan atau anggaran umur kucing adalah melalui kadar atau tahap pertumbuhan giginya. Pertama sekali, kena kenal gigi tu gigi apa....
Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 8 Ogos 2014

Boikot Barang Israel (Repost)

Assalamualaikum.





BOIKOT !!




"eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee" <-- Kucing yang taip. Kucing pun naik geram pasal ni tau. Wow Hebat.

Saya repost balik entry ni sebab masih ramai lagi yang belum tau pasal barang Israel. Lakukan perlahan-lahan, cuba elakkan dari membeli barang-barang buatan Israel. Kalau terus boikot semua memang agak sukar pada permulaannya. Terutama bagi pembeli setia McD, Coca Cola, pengguna setia produk kosmetik seperti L'Oreal dan sebagainya. Boleh disamakan sedikit macam perokok juga. Mana boleh terus berhenti merokok. Ia memerlukan masa untuk berhenti sepenuhnya daripada menghisap rokok. So, do it step by step, stage by stage. Yang penting niat tu kena betul. Dan kesungguhan tu kena ada ^^ InsyaAllah boleh.

Demi agama kita dan saudara sesama MANUSIA, elakkan lah daripada membeli barang-barang keluaran Israel. *Kenapa pula? Baca lah dibawah tu. Tidak rugi baca. Dapat juga pengetahuan sikit. *kan bagus tuu..


Kezaliman tentera Israel telah membunuh puluhan ribu nyawa kanak-kanak dan kaum muslimin yang tidak berdosa. Israel bersama sekutu kuatnya Amerika Syarikat sepatutnya 'diajar'. Mari kita boikot barang keluaran mereka..semoga sumbangan kita yang kecil ini memberi kesan ke atas ekonomi mereka. Kenapa jenama di bawah ini perlu diboikot? Sila rujuk Boycott Israel Compaign atau klik setiap trade mark di bawah untuk lihat hubung kait syarikat-syarikat ini dengan Israel dan zionis.


click untuk lebih lanjut



 Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produkbuatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam diseluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjataorang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, BurgerKing dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepadaorang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka
melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada andasemua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru,
dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.




Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam. Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

 - Syeikh Yusuf al-Qaradhawi


Thats all. Salah dan silap mohon dimaafkan.



Bubyee.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat Hari Rayaa !

Assalamualaikum semuaa.


saya suka bunga api :)


Raya raya raya! Saya suka raya. Sebab family dapat kumpul ramai-ramai. Kita dapat jenguk saudara mara yang jauh di sana tu. Maklum la, rumah sudah jauh sangat dari pekan. Tapi banyak besh juga laa. Tinggal di sini suasananya agak lain sikit. Kampung gitu. Hari-hari ada budak kampung datang beraya. Dulu, tinggal di flat. Lebih kepada "berkurung" di rumah. Jiran pun semua balik kampung. Hidang kuih raya untuk bagi kenyang perut sendiri saja. Lonely la juga. Haha :V

Entry pasal Ramadhan tidak sempat buat. *Tidak sempat buat atau malas ?? huahua. Apa boleh buat la. Jadi, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA  MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada bapa, mama, abang, kakak-kakak dan adik-adik serta kawan-kawan, kazen-kazen kesayangan saya dan sesiapa yang mengenali diri ini. Tolong maaf kan kesalahan saya sebelum ni. Manatau ada yang tersinggung atau tersandung, saya meminta maaf sangat sangat. Semua tu tidak di sengajakan. Sorry. Raya tahun ni mesti happy ok ? Semoga rezeki kita dimurahkan lagi dan moga raya tahun ni diberkati Allah S.W.T. Amin...


Takda ampau ke ? :3 *muka kiut




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥