Selasa, 6 November 2018

Kehidupan Baru Di City Of Nature Sandakan




Selamat Pagi kota baru ku, Sandakan. Ini lah pemandangan setiap kali bangun dari tidur. Kebetulan tingkap bilik tidur menghala bandar-bandar kecil. Kalau gelap nampak cantik ja lampu-lampu bangunan dan pergerakan kereta kesana dan kemari. Memang a good start orang bilang. Alhamdulillah. Waktu sini pun berbeza juga. Siang agak awal dan matahari cepat turun. Sebelum pukul 6 sudah gelap, habis kerja pula pukul 5 jadi, jom cepat-cepat balik rumah.

Al kisah kenapa tiba-tiba terhumban dekat sini panjang cerita nya. Jadi saya singkatkan, yang saya telah melapor diri buat kali yang pertama untuk berkerja di Hospital Duchess Of Kent Sandakan (HDOK Sandakan). Nama Hospital pun sudah wow semestinya tempat kerja pun wow. Besar, ramai pesakit, ramai staff, banyak unit dan yang penting staff yang peramah dan baik hati. Sejujurnya saya tidak menyangka akan bertugas di tempat seperti ini. Hati saya lebih mahukan klinik sebenarnya. Mungkin sebab organisasi klinik yang kecil boleh membuatkan saya cepat selesa, kurang tekanan dan mudah untuk mengenali staff-staff yang ada dengan cepat. Senang kata, saya mahu bertugas di tempat-tempat yang kecil sahaja.

Tapi saya percaya dengan ketentuan takdir. Saya percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya percaya buat masa ini, ini yang terbaik untuk saya. Mungkin ada sesuatu yang perlu saya belajar dari sini. Tabah kan hati selalu lah. Redha dengan ketentuan-Nya selepas satu-satu yang diinginkan tidak dapat berjalan seperti yang dirancang. Jauh dari keluarga, jauh dari si dia. Sokey. Bukan kita sorang ja yang berkorban. Jadi kena kuat.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Gigih la juga menaip walaupun malas. Kita sambung next time. Terima kasih you, sudi baca. Hehe. Cerita ni simpan disini saja jangan membawang dekat luar. Saya kasi lada mulut tu nanti. Muahhahah.




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥