Isnin, 11 November 2013

Kucing Baru Lagi.

Salam,

His name is P R I N S. Beautiful isn't it? Haha. Nama tu kakak saya yang bagi. Ejaan pula saya yang pilih. Tapi, itu dulu. haha. Selepas panggil nama Prins ni balik balik, macam terbelit pula lidah ni so... saya namakan dia M A R U. kes gambar tu pula sebab saya sudah delete original picture. *hampehh. Tidak dapat edit yang baru. Ahaha. Bulu dia cantik. Warna putih melepak. Kakak saya cakap mungkin ni kucing yang berpenyakit Albino. Ada ka patut =.=". Kalau albino mesti warna mata dia cantik. PINK. Comelnya. Tapi mata dia warna entah lah. Hijau cair kot. By the way akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk menjadi tuan kepada kucing ni. Kucing ni terbiar di kawasan perumahan kami yang dulu, di flat guru. *harap harap bukan kucing orang yang saya ambil. kalau betullah.. sorry... tiada niat. ehe. Sekarang ni keadaan dia kurang sihat. Harap-harap sembuh sepenuhnya nanti. Mungkin sebab dibuli kucing-kucing yang lain dulu. Banyak sangat kesan gigitan di kulit. Perangai dia pula agak pendiam. Belum pernah saya jumpa kucing pendiam macam ni. Sedang trauma kot. hha. Umur dia rasanya satu umur dengan kucing betina saya, si Putih. So kalau ada jodoh...... ehem ehem, anak-anak kucing mesti comel-comel belaka... Ehh, ke situ pula... *ignore*

Agak mencabar sebab saya jaga kucing ni masa bulan SPM. Bulan ni la. Well, i hope everything went well. Maksud saya harap kucing ni tidak buat hal. Kencing merata, semakkan rumah ataupun gaduh dengan kucing yang lain. no no no. NOOOO !! hhu. peace ^^

Bubye.
Wasalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 10 November 2013

Download Blogger Apps Untuk Android

Salam,




Syukur alhamdulillah. Tadi baru saja selesai muat turun blogger application untuk android. Malas mau buat entry dari laptop tiba-tiba terlintas mau download blogger apps. Senang jak. Buka playstore dan taip blogger. Lepas tu memang banyak keluar blog apps. Memang pening kepala mana satu mau pilih. Terpaksa saya tengok satu-satu penerangan dorang. Akhirnya, saya pilih Blogger by Google Inc. Sangat mudah untuk buat entry baru. Tidak perlu lagi buka laptop tekan satu-satu untuk buat post. Sebab apps ni khas untuk buat entry, buat draf atau edit post yang dulu-dulu. Kalau kamu mau cuba boleh la install ya. Kalau tidak berkenan di hati boleh uninstall. Senang. Mudah. So, you should try it. Sekarang ni pun saya buat entry dari apps tu. Ok juga kan. Haha. Good luck downloading it.




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 1 November 2013

My Biggest Exam

Salam.

" Wish Me Luck. Good Luck "



Sangat tidak sedar. SPM tinggal beberapa hari lagi. kadang-kadang bila termenung sorang sorang, terdengar pula suara kecil di telinga "SPM sudah? wa.. tidak sedar pula... cepatnya masa berlalu" 

Takut, berdebar, curiga memang tidak ke mana bagi setiap pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Tipulah kalau ada orang cakap sebaliknya. hhu. Apasal skema sangat ayat ni? mungkin sebab paper pertama bahasa melayu kot. tu la pasal mau praktis sedia ni. haha. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik semampu saya. Bukan saya saja yang berjuang, kawan-kawan sekolah dan sekelas saya pun sama juga. saya harap dorang pun dapat buat yang terbaik. Sama-sama buat yang terbaik, sama-sama dapat result yang baik. hhe. Insya-Allah. Sentiasa berDoa + berUsaha + berTawakkal Insya-Allah akan ok kan. To my cousins, friends, best friends and you, good luck. Tiada yang mustahil. FIGHTING !!

Bubye !
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

It's November la

salam.


Hello. Hari ni bulan November sudah. sedar bha kan? . SPM gonna be 6-27 Nov. Tak lama lagi la. Tapi tidak bermaksud tiada masa lagi untuk study. Be cool guys. Tapi jangan telampau cool, nanti ter freeze betul-betul baru tau. huhu. Well, once again it's 1 November. Kebetulan hari ni hari jadi kawan saya. Exzreena atau lebih popular dengan nama Ezee, Sweet 7teen. Happy birtday yaww. Enjoy ur day. Alang-alang sudah buat entry ni, apa salahnya wish kawan. hehe. 
Wah, dekat betul dengan tarikh SPM. Nasib baik jauh sikit kalau tidak, tidak celebrate birthday la agaknya.. huhu. Btw, bulan ni merupakan bulan yang sangat penting bagi calon-calon SPM. Di sekolah tadi pun kami baru jak susun meja. Agak memenatkan dan gementar gila! huu~ Harap semua berjalan dengan lancar.


Dear November,
please please please please please please please please please please please please please please please please please be nice..


Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥