Jumaat, 11 November 2011

Minuman Vico dan Lalat

salam. ,


sebut jak lalat memang kotor. ishh. sebut minuman Vico memang sedaap. sampai menjilat jari. hoho. bukan saja mau cerita pasal lalat ni, tapi untuk pengajaran la.. dikatakan. 

Tadi petang, mama ada buat minuman vico. automatik saya pun ada minum juga. sedap-sedap minum vico di gelas saya tu.. [kusyuk lagi tue]. tiba-tiba saya rasa tidak sedap hati. jadi  mata ni melarat tengok di air la. dengan mulut saya yang masih melekat di gelas . . tebeliak mata saya. rupa-rupanya ada lalat baru lemas dalam sana tue. eissh! tanpa membuang masa, apa lagi terus saya belari pegi dapur[ berabis kasi keluar itu air yang sudah di teguk] . apa boleh buat. mau kasi keluar pun tidak mau keluar-keluar lagi. emm. telan saja la.. huu~ ee geli saya.
first-first itu minuman memang ok. tiada apa-apa. sedap lagi tu. masa di gelas saya tu. . besa la, ada lalat cuba tackle tu gelas tapi tidak berjaya. [ saya halau. hho ] . tapi masa saya tengok tv, saya tidak ingat pasal tu minuman lagi. tidak sampai lima minit terus saya tengok lagi tu minuman sambil mau minum. [ saya tidak nampak apa-apa] . rupa-rupanya itu lalat telindung di belakang sikit. . nasib baik saya minum sikit-sikit. ee.. geli saya.
Harap-harap tidak bagi effect apa-apa. [kesihatan] . paling-paling pun mimpi ngeri pasal lalat. . tambah lagi saya benci lalat ouh. haishh. pengajarannya, sebelum buat apa-apa. . tengok, perhatikan dan.. dengar kata hati.. hha.

ouh.. lupa bagi tau. rasa minuman tu macam biasa jak. tapi tertanya-tanya  "ada lalat ka nie arr?". jawapannya memang betul ada. sebab tu la saya cakap, dengarlah kata hati..  "Listen To Your Heart"




Wassalam. ,

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

0 ulasan:

Catat Ulasan