Rabu, 10 Jun 2020

My New Look in Clear (Damon) Braces

Assalamualaikum


Akhirnya saya telah merealisasikan salah satu impian saya, iaitu memakai braces. Sedar tidak sedar sudah 8 bulan sejak bulan Oktober 2019 sudah sebati dengan kehadiran benda baru dalam mulut. Tidak ramai yang perasan sebab braces ni sejenis clear braces atau lebih dikenali sebagai Damon braces. So how do i look? Gambar ni gambar pertama yang diambil selepas pakai braces buat kali yang pertama (12.10.2019). Sampai rumah terus selfie. I'm so so soo curious about my new look.  Will it turn pretty or ugly. Tapi seperti saya jangkakan, ia tidak lah secantik gigi orang lain. You'll look the way your teeth looks like and not like other people. So don't expect much.

Sediakan mental untuk terima gigi anda seadanya. Tunggang terbalik macam mana pun, miring macam mana pun, senget senget macam mana pun, hadap lah manusia seperti biasa. There's no turn back. Paku dalam otak, ia akan pulih. You'll get better. Nanti lurus ke jalan benar lah gigi tu. Cuma perlu ambil masa sikit ya. Tidak sabarnya mau dapat gigi cantik!





Tahan saja lah tengok selfie saya ya gais. Fokus gambar adalah gigi. So this is how my teeth looks like. Surprisingly, i didn't know it would turn to be this huduh. MasyaAllah. Gigi ke utara dan selatan, dawai braces kesitu dan kesana. And my Doctor said, it's okay. Pada mulanya memang akan nampak begini. Wayar memang tidak nampak lurus lagi, nanti akan cantik lah ni. *Dia berjaya buatku senang sekali.


So let's begin the story!


Say hi to Dr. Emily

Proses pasang memasang bracket sangat mengambil masa yang lama. Bukan 30 minit tapi hampir sejam lebih. How do I know? Sebab masa pasang braces tu, saya memang terbaring menghadap jam dinding and i count every minute. Hampir tertidur. Oh yeah. Masa kena pasang tu, mulut tidak perlu nganga. Tidak perlu buka mulut jadi tidaklah krem rahang semua tu. Dorang ada alat untuk buka bibir kita ni. Saya sangat mensyorkan agar anda, menyapu vasellin atau any lip balm atas bibir banyak-banyak sebelum memulakan proses pasang braces. 100% bibir anda akan kering dan mungkin akan luka. Koyak bahagian tepi mulut. Like me. Padahal sudah sapu vasselin, namun mungkin tidak banyak. So, don't do the same mistakes like i did okay.

Saya juga kena pakaikan kaca mata hitam sepanjang baring. Boleh bayangkan kah betapa kacaknya sis santai di posisi? *Muehehehe. Tujuan utama, adalah untuk mengelakkan mata anda sakit atau silau kena lampu dental chair. Tujuan kedua, untuk mengelakkan sebarang percikkan termasuk dalam mata dan yang terakhir untuk bagi anda kelihatan lebih kacak gitu. I just figure this by myself actually and i hope betul.

Part pasang bracket untuk gigi graham paling lah take time. Sampai mau terkoyak mulut ni kena tarik tarik. But it didn't hurt that much. Normal. Doktor kata, Damon bracket ni agak besar sikit berbanding bracket traditional (yang bentuk besi tu). Kenapa agak besar sikit berbanding yang lain? Sebab Damon bukan besi, ia tidak sekuat bracket besi. So untuk mengutuhkan Damon, they made the size a bit bigger. Understood kan. From my opinion, it didn't bother me at all because it's transparent. Orang tidak akan perasan pun unless they know about braces.





Saya tertanya kalau ada yang curious tentang cara dorang lekatkan bracket tu atas gigi? Adakah gigi di gerudi untuk sangkut bracket? Nope. Dorang hanya guna gam khas untuk lekat bracket atas gigi. And there's many types of it. Ada jenis gam yang tidak kuat sangat. Sebab tu bracket cepat tanggal even makan makanan yang tidak keras mana pun tiba-tiba bracket tanggal. The better the glue, the stronger the bracket. I mean, lekatan pada gigi. Mine they used a blue color one. Gambar sebelah pertama tu proses letak gam atas gigi. Gambar sebelah proses macam untuk kukuhkan lekatan/keraskan gam. Bunyi bip bip dalam 8 saat macam tu dan ada terasa haba panas. Tabah saja lah kamu tatap gambar tragis sis. Memang tragis pun. Tiada yang kekal lawa kena buat macam ni. AKO REDHO. HAHAHHA.




So, part last pasang dawai besi tu. Jangan risau benda ni tidak karat. I don't know how it works and what type of dawai they used tapi begitulah ceritanya. and walla done! Bila tutup mulut rasa mulut besar. Perasaan itu macam bibir bengkak. Rasa bibir kedepan dan saya tidak dapat tutup mulut dengan rapat. Susahnya! Cakap pun tidak berapa betul. Susah untuk pronounce sesetengah ayat. Sampai kawan pun tegur cakap tidak berapa jelas. Lama kelamaan baru okay. One more thing, i didn't told my family that i wear braces. Dorang tau yang saya mau pakai braces tapi dorang tidak tau yang saya sudah pasang braces. Well maybe because some of them didn't really support me to wear braces. Especially my big brother. Dia kata bazir duit semua tu but i figured it out. Duit saya, saya punya sukaaaa haha. Alhamdulillah. i'm on my way merealisasikan salah satu dari impian saya and it feels good!



Dan keesokan hari baru nampak side efek sesi tari tarik mulut. Saya rasa sampai sini saja cerita pasal braces. Semoga membakar semangat anda untuk mendapatkan gigi yang diidamkan. Next topik insyaAllah saya kan kongsikan apa tools yang perlu ada buat si pemakai braces. Semoga bermanfaat and don't be shy to ask me anything. I'm super friendly ask me anything person juga sedikit pemalu orangnya. Untuk japwapan yang pantas boleh DM melalui akaun Instagram saya. Good things, need to share :)





Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

0 ulasan:

Catat Ulasan