Sabtu, 27 Februari 2010

Boikot Barang Israel


BOIKOT !!


Kezaliman tentera Israel telah membunuh puluhan ribu nyawa kanak-kanak dan kaum muslimin yang tidak berdosa. Israel bersama sekutu kuatnya Amerika Syarikat sepatutnya 'diajar'. Mari kita boikot barang keluaran mereka..semoga sumbangan kita yang kecil ini memberi kesan ke atas ekonomi mereka. Kenapa jenama di bawah ini perlu diboikot? Sila rujuk Boycott Israel Compaign atau klik setiap trade mark di bawah untuk lihat hubung kait syarikat-syarikat ini dengan Israel dan zionis.


click untuk lebih lanjut



 Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk
buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di
seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol
Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata
orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita
telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger
King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang
mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada
orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk
mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah
pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka
melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi?
Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam
hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi
bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi
mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup
konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda
semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas
itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr
al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda
semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya
bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad
al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru,
dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan
untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk
mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka
telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela
membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi
keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.
Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan
persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar
kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!
"

 - Syeikh Yusuf al-Qaradhawi


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 26 Februari 2010

Tiada rezeki...



About Me Myspace Comments
Apalah nasib nie..balik-balik dapat nombor 4 kalau ikut mana-mana pertandingan.koir dapat nombor empat,Drama dapat nombor empat,last skali persembahan choral speaking yang sangat diharapkan supaya dapat nombor yang elok sikit pon boleh dapat nombor empat daripada empat buah sekolah.terukkan!?memang sangat teruk!!tapi mungkin ada hikmah disebalik kejadian tu..bukan rezeki kitorang lah dikatakan...Tapi yang jelasnya memang persembahan choral speaking kami boleh dapat nombor satu sebenarnya..nak tau knapa????sebab,,,pembuka choral speaking kami dah dapat lima belas markah manakala sekolah lain pulak cuma dapat lima markah jak...tapikan..lepas tu..masa kami dah start nyanyi..kat situlah markah kami tak ditambah lagi, bukan setakat tak ditambah jak tapi teruk daripada tu..kena batal terus pernyetaan kami.so..markah keseluruhan kami lima belas jak la..masa diumumkan tu,,,tinggal sekolah kami dan sekolah satu lagi tu tak diumumkan untuk menentukan samada dapat nombor satu dan nombor empat.Lepas jak diumumkan...memang nampak sangat muka kami tu kecewa yang teramat sangat..sedih pun ada, tak puas hati pun ada, marah pun ada kot..tapi pandai-pandai lah kitorang cover..takkan nak tunjukkan muka frast kami kat diorang yang menang tu..tak baik lah nanti jadi bahan mulut orang pulak.kesimpulan yang saya dapat ialah...kita patut melakukan sesuatu dengan niat kerna Allah swt.Yang kedua pulak mesti lakukan yang terbaik aje...then jangan mengharapkan sangat kemenangan sebab kalau tak tercapai akan mendatang kan kekecewaan yang teramat sangat.Lepas tu kita mesti menerima takdir dengan seadanya sebab disebalik tu mesti ada Hikmah punya...seterusnya jangan lah nak cakap-cakap yang tak elok kepada pesaing yang lain sebab kita mesti ingat itu adalah salah satu perkara yang berdosa macam lebih kurang mengumpat,fikiran buruk terhadap orang,dan lebih baik kita mendoakan supaya mereka akn terus mencapai kemenagan sebab kita mesti ingat yang diorang bertanding dengan membawa nama sekolah,bandar,negeri kita kan?!Jadi doakan lah yang terbaik aje kepada para pemenang-pemenang kiterr Tahniah Ya!!ChayO-0!!!


Lepas habis jak pertandingan,kami pun balik dan untuk melepaskan rasa sedih yang dialami kepada orang yang sedih-sedih macam kami nie..ambil kesempatan untuk bergambar-gambar nak berangan konon lah kami yang menang tapi, ok lagi kan berangan menang daripada berkata-kata yang tak bek kepada orang..



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥