Selasa, 6 November 2018

Kehidupan Baru Di City Of Nature Sandakan




Selamat Pagi kota baru ku, Sandakan. Ini lah pemandangan setiap kali bangun dari tidur. Kebetulan tingkap bilik tidur menghala bandar-bandar kecil. Kalau gelap nampak cantik ja lampu-lampu bangunan dan pergerakan kereta kesana dan kemari. Memang a good start orang bilang. Alhamdulillah. Waktu sini pun berbeza juga. Siang agak awal dan matahari cepat turun. Sebelum pukul 6 sudah gelap, habis kerja pula pukul 5 jadi, jom cepat-cepat balik rumah.

Al kisah kenapa tiba-tiba terhumban dekat sini panjang cerita nya. Jadi saya singkatkan, yang saya telah melapor diri buat kali yang pertama untuk berkerja di Hospital Duchess Of Kent Sandakan (HDOK Sandakan). Nama Hospital pun sudah wow semestinya tempat kerja pun wow. Besar, ramai pesakit, ramai staff, banyak unit dan yang penting staff yang peramah dan baik hati. Sejujurnya saya tidak menyangka akan bertugas di tempat seperti ini. Hati saya lebih mahukan klinik sebenarnya. Mungkin sebab organisasi klinik yang kecil boleh membuatkan saya cepat selesa, kurang tekanan dan mudah untuk mengenali staff-staff yang ada dengan cepat. Senang kata, saya mahu bertugas di tempat-tempat yang kecil sahaja.

Tapi saya percaya dengan ketentuan takdir. Saya percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya percaya buat masa ini, ini yang terbaik untuk saya. Mungkin ada sesuatu yang perlu saya belajar dari sini. Tabah kan hati selalu lah. Redha dengan ketentuan-Nya selepas satu-satu yang diinginkan tidak dapat berjalan seperti yang dirancang. Jauh dari keluarga, jauh dari si dia. Sokey. Bukan kita sorang ja yang berkorban. Jadi kena kuat.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Gigih la juga menaip walaupun malas. Kita sambung next time. Terima kasih you, sudi baca. Hehe. Cerita ni simpan disini saja jangan membawang dekat luar. Saya kasi lada mulut tu nanti. Muahhahah.




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 19 Oktober 2018

Konvokesyen 2018 Done


9.10.2018

Alhamdulillah. Selesailah sudah Diploma in Pharmacy. Pengajian selama 3 tahun sudah berakhir. Banyak suka pahit duka yang berlaku sepanjang merantau di perantauan. Dengar lama tapi bila kita sendiri yang lalui rasa sekejap ja. Ini pula maksud para senior saya yang lepas bila bagitau kami "3 tahun tu sekejap jak tu". Ingat lagi masa tu saya baru semester 2 dan bila dengar senior cakap macam tu saya serta roomate buat reaksi 'tangan ke bahu, mata pandang atas'. Susah untuk percaya kata-kata manis tu. Seriously. Sebab setelah menjejakkan kaki ke tempat baru, saya rasa dunia saya berubah 360 darjah. Dari kelas yang dua empat jam sehari, kadang dua jam ja sehari bertukar ke classhour (8 am- 5 pm). Selalunya officehour entah wujud ka tidak perkataan tu whatever. Kehidupan saya di Universiti sebelum ni saya boleh katakan lagi teratur dan nyaman. Nyaman? HHHAGAHGAHAH. Okay abaikan saja. Hormon kurang stabil. Jom kembali ke mood formal. Saya tidak mengatakan yang kehidupan baru ni tunggang langgang tapi saya lebih suka mengertikan ia sebagai cabaran. Cabaran baru dalam hidup.

Jadi apa yang saya perolehi dari segala kehidupan suka pahit duka sepanjang perantauan 4 tahun ini ialah, jangan sesekali cakap kita tidak mampu selagi kita belum melaluinya. Just do it. Follow the flow and you will get used to it. Alhamdulillah. Saya yang sering lemah semangat ni, yang pemalas ni, sering sakit, kuat tidur ni mampu melaluinya dengan baik. Think positive and positive vibes will come to you in shaa Allah. Percaya pada ketentuan-Nya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu jalani suratan takdir dan lihat apakah mesej disebalik perkara yang berlaku. Oh darling because everything happens for a reasons. 

Kehidupan baru adalah permulaan hidup yang baik. Masa untuk mulakan hari yang baru, nafas baru, new life, new chapter, segalanya bermula dari kosong. Buatlah yang terbaik dan nikmatilah while it lasts because time won't come twice. Tidak mengapa jika permulaannya tidak sebaik yang lepas atau yang dijangka. Sabar. Ups and downs dalam hidup adalah normal. Dimana ada jatuh, disitu ada bangun kembali. Jangan putus asa. Get up, get up. Yeay!





Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥