Sabtu, 24 Ogos 2019

Potion Or Poison? Quit Or Rest?

Assalamualaikum.



Selamat kembali lagi ke muka surat baru. *cakap dengan diri sendiri 
Sebelum itu saya sangat kesal dengan sikap kurang rajin diri ini yang tidak mampu untuk membuat penulisan yang konsisten dan berterusan. I love this blog so so much dan suka saya untuk memberitahu kepada pembaca bahawa saya tersangatlah suka menulis dan berkongsi sesuatu tentang hidup saya. *walaupun korang tidak berminat. 

Ada banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan kemerosotan dalam penulisan. Apahal ayat skema sangat? Layan kan saja ya. Bukan selalu mood macam ni. Maklumlah sekarang sudah kerja. Komitmen bertambah dari kebiasaan. Banyak inginkan waktu sendiri. R E H A T. Rehat dari segalanya tapi tidak bermaksud Q U I T.

Keinginan untuk menulis memang ada tapi untuk menyeru jiwa raga berhadapan dengan lappy, hmm aduiii payah nya. It's okay. Sekurang-kurangnya kita ada keinginan. It won't just happen. Benda ambil masa untuk sesuatu. Buat lah benda lain dulu sampai tiba masanya. QWERTYUIOP!! Gittew.

Mengenai gambar tu, gambar lama. Masa zaman kolej 2018. Eh tahun lepas. Tidak lah lama sangat. Masa ni sem akhir dan ada event sikit. Good days to be remembered. Itu saja. Maaf lah kalau merepek banyak. I try my best setiap kali membuat entry baru dan masih struggle membuat yang terbaik. Apapun terima kasih kerana sudi berkongsi masa anda bersama penulisan yang tidak seberapa ni. Sudi lah beri sedikit komen atau idea untuk saya berkongsi topik baru.




Bubye.
Wassalam.






Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 21 April 2019

First Night Shift!



Hai. I'm doing my very first time night shift from 10 pm till 7 am in the morning at pharmacy emergency department. Yang berkerja hanya sorang pegawai dan sorang penolong pegawai which is me. Mula kerja tadi agak kucar kacir, banyak inden ubat untuk pesakit dalam wad, ramai pesakit luar lepas tu tiba-tiba pula staff nurse call bagi tau lampu kecemasan farmasi satelit dalam wad menyala merah. Apa kah dosa ku. Terpaksa berlari pegi bangunan sebelah lepas tu naik lagi tingkat lima. Tapi guna lif lah. Cepat la juga sampai dan agak scary sebenarnya. Sunyi dan berseorangan. But you don't have a choice. Itu ini, settle. Dari wangi perfume sampai bau ketiak. So sad. Around 2 am, keadaan sudah terkawal sikit. Pesakit sudah mulai tidur. Syukur ya tuhan. Terus lah tidur sampai 7 pagi ya. HAHAH. Bolehlah tenangkan diri kejap. Pegawai saya agak kurang sihat so dia rehatkan diri dekat belakang, tidur dan saya perlu berjaga. Yeay. Tapi sokey, syukur tidak mengantuk lagi. So maybe that's all. I'm sharing this because this is my very first experience working at this hour. So i think i'm going to remember this. Thank you! 


Bubye. 
Wassalam. 

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥