Ahad, 1 November 2020

Barang Wajib Untuk Si Pemakai Braces

 Assalamualaikum.



Hello Bunnies. So entry kali ni saya mau share pasal benda-benda yang wajib ada pada si pemakai braces. Dari benda yang kurang penting hingga ke benda yang sangat wajib ada pada kamu. Hari tu lepas sahaja selesai braces session, Doktor Emily ada bagi beberapa barang yang perlu saya guna dan mungkin saya akan perlu di kemudian hari. Barang-barang tu adalah seperti di atas.
Mula dari kiri ke kanan ya. 



1) ORAL AID (GENGIGEL)
Benda ni sangat penting bukan sahaja untuk si pemakai braces namun bagi orang biasa pun boleh pakai juga. Gengigel ni macam Oral Aid. Ubat sapu untuk merawat ugam/ulcer mulut. Menurut Doktor, antara gengigel dan oral aid, gengigel ni lagi power. Cepat sembuh berbanding oral aid. Memandangkan saya memang kerja dekat farmasi, saya biasa guna oral aid yang biasa tu ja. Cepat atau lambat sembuh bergantung pada kekerapan kita guna. Kenapa si pendakap gigi perlu guna benda ni? Sebab, keberangkalian untuk mulut kita luka adalah tinggi disebabkan kehadiran benda asing baru dalam mulut. Pengalaman saya, masa first time pakai braces tidak pernah ada ulcer TAPI, pipi bahagian dalam ni sakit terkena dawai dawai braces tu. Maklumlah, gigi saya ada yang kena cabut, jadi ada kawasan yang kososng dimana ada dawai sahaja di sana dan membuatkan pipi ni bergeser dan berbekaskan dawai braces tu. Lagi-lagi bangun pagi, pipi dalam mulut ni betul-betul melekat dengan dawai braces. Sangat tidak selesa. Oleh tu sebelum jadi ulcer saya sapu siap-siap oral aid dalam mulut. Selalu buat sebelum tidur.

My saviour number 2.




2) ORAL/ DENTAL WAX


I really really need this one. Untuk beginners, yang masih baru membiasakan diri pakai braces, kamu wajib ada benda ni melainkan kalau kamu rela rasa tajam-tajam dalam mulut. This is my savior! Benda ni sangat membantu saya daripada dapat ulcer atau luka pada mulut. Bila pakai benda ni, rasa smooth ja bibir. Dia macam lilin tapi khas untuk dalam mulut. So, incase tertelan ka apa, it should be fine since it made for oral. Tapi janganlah sengaja. Kalau mau makan, buanglah dulu. Cara guna ni pun senang ja. putuskan ikut saiz yang kita mau, panaskan sikit dekat jari supaya senang bentuk lepastu bentukkan dan letak atas bracket yang tajam. Maksud tajam tu bukan tajam cuma kurang selesa pada bibir macam tu. Permukaan yang kita rasa boleh melukakan bibir boleh tampal wax ni. Saya tampal dekat bracket dengan dawai braces. Sangat membantu. Kalau habis, boleh purchase dekat watson, guardian atau paling senang Shopee. Beli terus yang banyak. Flavor tu macam-macam ada. Tapi bagi saya, saya pilih flavor original ja. Kalau puasa tidak lah makruh tiba-tiba ada rasa strawberi dalam mulut kan. hihi.




3) UBAT TAHAN SAKIT


Bagi mereka yang tidak tahan sakit, boleh makan ubat tahan sakit seperti panadol atau nama lain Paracetamol (PCM). Ubat ni famous, ada jual dekat setiap kedai farmasi mahupun watson, guardian, survey dan even kedai runcit. Kiranya ubat paling wajib yang patut ada dalam rumah. Ubat ni terkenal sebagai ubat demam. Selain itu juga ubat ni juga boleh digunakan untuk pening kepala dan penahan sakit tapi seeloknya elakkan makan ubat ni terlalu kerap. Makan BILA PERLU sahaja. Oleh itu, selama memakai braces saya tidak pernah lagi makan panadol. Selepas cabut gigi yes, saya makan. hihi.
Panadol juga ada banyak jenis dan dos. Terpulang mau dos berapa. Untuk dewasa 1000MG tapi saya 500MG sudah cukup. Sebab saya kecik orangnya. Apapun, tanya ahli farmasi untuk lebih selamat. 



Tapi tapi tapi jangan silap beli panadol pula ya. Jangan beli yang warna pink. Warna pink ni khas untuk wanita yang sedang senggugut teruk. Panadol menstrual. Alhamdulillah, seumur hidup saya, tidak pernah makan ubat ni juga. Syukur, setakat ni mampu bertahan dengan rasa senggugut. Senggugut manje manje aje. *lari topik.










4) BERUS GIGI



Benda yang paling wajib ada bagi pemakai braces. Kenapa? Ya tuhannnn, banyak nya partikel sekecil kuman menyangkut celah gigi, dawai braces dan bracket! Orang pemalas berus gigi akan automatic jadi rajin lepas pakai braces. Tidak selesa rasa ada benda sangkut-sangkut dekat gigi. Lidah jangan gatal pula selit sana selit situ. Salah masuk, boleh terkait dengan bracket (dari pengalaman sendiri). Selepas makan, kumur-kumur dulu lepas tu tunggu dalam 15-30 minit baru berus gigi. Jangan terus berus gigi, tak elok bercampur dengan bahan chemical dalam mulut. Biar reda dulu rasa masam manis dalam mulut tu okay. 

Jangan hairanlah kalau rutin gosok gigi sudah berubah, dari dua kali sehari pergi 4 hingga 5 kali sehari. Bergantung bila waktu makan. Untuk minggu pertama memang rasa menyusahkan tapi bila sudah lama, ia akan jadi rutin baru yang baik buat kamu. Rasa tidak sempurna tidak berus gigi lepas makan. You'll get used to it and you'll like it!

Tips beli berus gigi pula, kalau boleh cari yang berusnya halus (0.01mm, 0.02mm) atau yang penting halus kecik nipis kurus. Senang masuk celah gigi. Cari yang lembut macam berus gigi systema. Oral B pun boleh tahan okay. A bit pricy but worth it. Memang senang gosok gigi. Ada orang guna berus gigi khas for braces. Tapi bagi saya, saya rasa tidak perlu kot. Semua bergantung pada cara kita gosok gigi. Cara gosok pula bukan macam gosok gigi biasa. Kena ada effort sikit untuk bagi berus tu masuk pada landasan yang betul. 





5) SUPER FLOSS



Mungkin boleh jadi barang yang wajib diguna pada kamu, dan mungkin barang bila perlu sahaja. Tapi wajib kena ada okay. Terpulang dari si pemakai braces untuk guna floss ni hari hari atau bila perlu sahaja. Jujur, dari kecil sampai sekarang saya bukan lah penggemar floss gigi. Pernah guna sekali jenis floss yang biasa punya tu dan ia tersekat di celah gigi. It hurts and turns out trauma guna floss. Tapi floss ni lain sikit. Floss ni bukan sahaja boleh diguna untuk orang biasa, tapi memang khas untuk si pemakai braces. Super lembut dan tidak "bahaya". *again, i'm trauma to floos that's why this thing looks dangerous to mehhh. Saya floos gigi jarang sekali ya... bila dekat-dekat appointment baru rajin floos. Takut doktor marah gigi banyak plak hahahahha. Gigi saya bukan jenis cepat dapat plak gigi. Mungkin sebab teknik berus gigi saya berkesan jadi gigi bersih saja. Namun, saya akan floos bila dekat dengan appointment untuk bersihkan celah-celah gigi wisdom yang belakang sekali tu. Celah gigi yang susah untuk dibersihkan sangat sesuai guna super floos. So asal appointment mesti Doktor puji gigi masih bersih walaupun lama tiada appointment (MCO thing). *Bangga lah juga sikit ekkekeke. So kena pintar gais. Walaupun pemalas, kebersihan tetap jaga. Guna hari-hari sangat disyorkan. Kamu bakal menjadi salah seorang pengguna braces yang rare dan rajin! Bagus.

Looks like that.


Apa tu Plak Gigi?
Waduh masuk topik dalam lagi pula. Saya ringkaskan saja sebab saya bukan mahir dalam bidang gigi ni hehe. Setahu saya, ia merupakan partikel degil yang melekat pada gigi. Sisa makanan yang halus, lemak, minyak semua tu akan melekat pada gigi jika tidak memberus gigi dengan cara yang berkesan. Kalau dibiarkan ia akan menyebabkan gusi tidak sihat, berdarah, mulut berbau, gigi buruk. Haa itulah culprit nya, Si Plak. Dasar Anjirrrr.. Warna dia selalunya kekuning-kuningan. Boleh nampak dengan mata kasar. Bahagian dalam gigi pula kalau tidak nampak, boleh tengok depan cermin sambil suluh dengan lampu suluh. Satu lagi, plak ni kalau sudah menebal dekat gigi, sakit tau bile dibersihkan (cuci gigi). Berdarah tu perkara normal bila kena cuci gigi. Jadi, rajin-rajin lah berus gigi dan buat appointment dekat klinik untuk cuci gigi. Setiap 6 bulan so setahun hanya 2 kali saja cuci gigi. Gigi rasa lebih bersih. Seriousss!











6) INTERDENTAL BRUSH




Last tools! Interdental brush sejenis floss gigi juga tapi lain sikit. Ada banyak bentuk, jenis dan warna. Ada jenis berus biasa, ada jenis berus silicone *i used this. Sejujurnya saya lebih suka benda ni berbanding super floss. Namun, kegunaan interdental brush tidak sama dengan super floss. Super Floss masuk celah gigi, Interdental brush pula boleh masuk celah bracket saja. Boleh juga guna untuk celah gigi tapi, i choose not to. Too dangerous! *again trauma. Kadang ada sisa makanan yang tidak boleh dibersihkan dengan berus gigi. Tekan macam mana berus gigi, benda tu masih stuck dekat sana, so boleh guna interdental brush untuk menyahkan benda itu. Senang guna tapi cepat rosak/patah sebab dia kecil. Saya ada nampak jual dekat Watson dan Guardian juga namun, harga mahal sikit berbanding Shoppe. Mungkin sebab lagi berkualiti. Saya beli dekat shoppe jak. Murah pun murah, banyak pun banyak so sama ja. Ikut ekonomi masing-masing HAHAH.






That's all the tools that you're going to need! Tapi jangan beli dulu, tanya klinik kalau dapat free barang-barang ni nanti. Tapi selalunya memang akan dapat. 
Banyak nya bebel, dan super long entry lagi. Entahlah, sejak berumur ni, makin susah mau taip pendek-pendek. Suka betul taip panjang-panjang, bebel macam-macam. Semoga semua bermanfaat. Tersilap cakap, minta maaf ya. Saya hanyalah si pemakai braces yang hanya berkongsi pengalaman yang benar. Sesiapa yang ada hati untuk pakai braces lepas ni semoga lebih jelas. Terima kasih sudi baca. mau tanya apa-apa boleh DM me melalu instagram. Kalau rajin komen lah sikit. Semangat juga sis mau menaip lagi lepas ni. 








Dedaa.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 19 Julai 2020

Ciko The Stray Cat ( Part 1 )

Salam.



Setelah sekian lama dari tahun 2018 simpan cerita ni, semangat untuk cerita balik dan kongsi apa sebenarnya yang berlaku tentang Ciko si kucing terbiar kolej finally came up. Lama sangat simpan cerita ni dalam draft. I need time to find the strength back. Ramai orang yang terpaksa terlibat secara tidak langsung. I'm sorry and thank you. 

How should i start this story. Can't find the right words to tell. It's happy yet it was also a sad story.  It's a short story but yet there's so much things had happen in such a short period of time. So, i'm going to say that it's gonna be a long one. Take a deep breath, have some coffee and enjoy your reading... Bertempat di cafe kolej, saya dan teman lelaki saya (Amm) memang selalu makan dekat bawah ni. Kebetulan baru habis program Farmasi jadi saya pun temankan dia makan sebelum solat jumaat. 

Then i saw this cat. Mama meow. Kucing terbiar yang memang selalu ada di cafe ni. She's pregnant by the way. At first, i thought she's hungry because she's just came from no where looking at us and she was  like looking for something. Then Amm tell me that there's a box dan rupanya kucing ni baru keluar dari kotak. I was so excited. Hoping there's a new born kitten. But nope. Just an empty smelly small box. Ya, memang hampa. Then i was so shock, kucing tu jalan terkangkang-kangkang dan air ketuban dia sudah pecah. OH EYYMM JIEEE. BABY DIA MANA ???!! Kenapa belum keluar ? Bila lagi pecah ni. Nampak macam sudah lama sebab air ketuban sudah kering di kaki tu. ok. PANIC PANIC PANIC. I don't know what to do so i just grab the cat and put her inside the box. *mau angkat kucing ni pun takut masa ni. Sangat berhati-hati dan selemah lembut yang boleh.

Ok lepas tu teringat abang pernah cerita kucing rumah terberanak sebab abang urut-urut perut meow. So saya cuba kaedah tu. Nothing happened. Mungkin kena tunggu lagi. Lepas tu saya whatsapp roomate saya. Memandangkan dia pun peminat kucing. *syukur. I told her everything and i need her help. Maybe she knows what to do kan. But sama jak. Lepas tu tidak lama tu kawan-kawan datang dan kami berempat tolong urut-urut perut mama meow tunggu punya tunggu punya tunggu malas betul mama meow ni mau meneran. Dekat waktu solat jumaat tu baru kami naik. Tinggalkan kucing tu dekat cafe jak. *give up. Dengan harapan mama meow akan beranak lepas tu.

Naik bilik, i do some research about cat that wants to give birth and how to handle it. Then ada satu blog ni. Lupa nama website tu tapi sangat bermanfaat siap berserta dengan gambar lagi. There's a statement that say, kalau air ketuban kucing dah pecah dan dalam tempoh sejam anak kucing tak keluar lagi kemungkinan ada masalah yang dihadapi. So boleh segera hubungi doktor vet atau jumpa doktor veterinar terus. I tell my friends about this because it's more than an hour now. And i did a BIG MISTAKE here. *macam mau hantuk-hantuk ja ni kepala. Saya tidak cuba untuk hubungi doktor pun. Sebab terus mengharapkan yang kucing tu tidak akan apa-apa. But still, gelisah.

Petang tu macam biasa saya turun cafe dengan Amm untuk mengisi perut yang sentiasa lapar. Selalu dengan dua tujuan, makan dan beri kucing makan. Kali ni tiga tujuan, tengok keadaan mama meow. Sampai ja cafe petang tu lebih kurang 5 petang, mama meow tiada dalam kotak. So we just decided to eat and gave foods to other stray cats. Dalam pukul 6 lebih masa mau balik tu, we saw mama meow came from i don't know baring-baring atas rumput dekat asrama perempuan. *tengok keadaan macam ok. Kami dua pun pegi lah dekat mama meow ni sebelum naik bilik. Lepas tu tengok bontot mama meow. Kering. Lepas tu Amm nampak sesuatu. Dia cakap kaki anak kucing. WHAT ?!! Tajam betul mata dia astagaaa. Nampak macam bulu kucing yang berkumpul jak. Ok. Sekali lagi, PANIC PANIC PANIC. Anak dia songsang. (Kaki keluar dulu and it's not normal) Patut lah dia susah mau beranak. Lepas tu teman lelaki saya alihkan mama meow dekat tepi cafe. Mula tu dalam kotak tapi terus letak mama meow atas meja ja. 

I called my roomate, sebab dia ada pesan kalau kucing ni beranak songsang cuba ja keluarkan anak dia. It was not easy as you think. Tambahan lagi mama meow ni tidak mau meneran. Saya keluarkan tisu and Amm was the one who trying hard pulling out the kitten's leg. Serious, saya langsung tidak berani masa ni. I never done this before. I was scared. Kaki dia macam baru 1/3 yang keluar. Sikit ja. What you expect untuk tarik macam tu? Susahhhh. Mama meow menjerit-jerit kesakitan. Sambil on the phone dengan roomate, roomate bertegas suruh tarik tarik tarik jak. Ok sudah keluar semua tapak kaki. bahagian ankle jak, yang lain belum lagi. Teman lelaki saya kata boleh lagi tarik sebab tadi tu tarik perlahan ja cuma kalau tarik kuat-kuat takut mama meow ni teriak kuat tambahan lagi mau maghrib sudah. Mau bawa naik pegi bilik memang tidak boleh sebab dalam peraturan kami tidak boleh bawa haiwan dalam bilik. So we decided untuk solat dulu lepas tu turun cafe balik.

Selesai solat, kawan-kawan pun mau join turun juga tapi memandangkan saya siap dulu so saya turun dulu. Amm called me and said that he wanted to help too. Dia suruh letak kucing tu dalam cafe dan bukan tepi cafe so tidak lah jadi perhatian sangat. Sampai ja di bawah tu saya tukar fikiran. I want to take this cat in my room. A lot easier to help the cat. Lepas tu saya cuba nasib minta izin pengawal and told her everything. Pengawal tu izinkan bawa naik tapi kena bawa turun balik sebelum pukul 10 malam. Then i called Amm and told him that he doesn't have to came down. Lepas tu i took this cat with me. *sempat tunjuk dekat pengawal sebab dia mau tengok. Naik bilik tingkat 4. Terus panggil kawan-kawan pencinta kucing. All of them came to my room. Semua terkejut dan kesian dekat mama meow. We don't know what to do. Dua orang pegang kucing dan saya tidak percaya saya ambil alih untuk keluarkan anak kucing tu. I don't have a choice. Semua orang takut dan tidak sampai hati. Ikutkan hati saya pun tidak sampai hati tapi memandangkan si Amm tu boleh buat petang tadi, kenapa saya tidak boleh ? so saya beranikan diri untuk buat. There's no time to wait. 

Permulaan tu balut tangan pakai plastik, tapi nasib baik toiletmate ada glove so saya pakai glove. Lebih mudah and prevent any infection that might happen. Still saya tidak berani. Saya takut kaki anak kucing tu patah because tulang dia sangat lembut dan kecil. To be honest, it's not easy. But here's the tips i told myself, the kitten is dead and it's okay. Whenever i was about to pull out the leg, i closed my eyes and just pull pull pull, slowly. Fokus untuk selamatkan mama meow jak. Kucing menjerit banyak kali but we didn't force her. Kami bagi dia berehat sekejap and pull it again. My friends began to cry. Tipulah tidak sedih. But I don't have a choice. Cuma kentalkan hati dan pesan pada diri "jangan nangis". Kawan-kawan banyak cari tips mau keluarkan anak kucing yang songsang. Ada yang tanya kakak dorang, ada yang telefon mak *termasuk saya.  Tarik slow-slow. Urut perut kucing dan bila kucing mula meneran tarik slow-slow. Sikit-sikit keluar, dari kaki hinggalah ke paha, badan sampai lah kaki hadapan. *mengambil masa yang lama.


Minta maaf banyak-banyak kalau gambar ni agak mengerikan. This is only part of it and the only pictures i can show.

Ok part mau keluarkan kepala kucing memang susah. Something stuck. Susah sangat. Lepas tu saya masukkan jari telunjuk saya dan cuba rasa kepala anak kucing. Plan mau sangkutkan dekat jari dan terus tarik keluar. Tapi saya tidak jumpa pangkal dia. Strange dan susah hati. Takut pun ada juga. I close my eyes once again and i try to feel and confirm it. Ya Allah, tulang leher dia patah sudah di dalam tu. Cuma leher ja memanjang. Tapi belum terputus dengan kepala. The head was in another part. Susah mau terangkan. I also ask Amm memandangkan dia pun ada pengalaman pasal kucing beranak songsang long years ago.

Ramai orang kami hubungi, macam-macam cara juga kami sudah cuba. Ciko pun sudah penat meneran. Jam hampir pukul 12, kami pun putus asa dan membuat keputusan untuk bawa kucing ke klinik vet esok. Tengah malam tu saya dan roomate saya, Kak Yik letak Ciko dalam kotak. Masa tu bilik memang bau sangat. Dari luar bilik pun dapat hidu. Bau kucing yang melahirkan. Bau darah pun ada. Jadi malam tu kami bersihkan bilik lagi. Mop lantai, sterilekan balik lantai dengan alcohol swab. Settle bersihkan bilik, jenguk-jenguk juga Ciko. Bila Ciko tidur, kami pun tidur. Lampu meja pasang ja sepanjang malam tu. Lepas tu Setiap masa jaga jenguk Ciko. Sepanjang malam tu perasaan dia, Ya Allah..tuhan ja yang tahu. Macam jaga baby yang tengah sakit. Tiap masa pantau. Memang risau dekat Ciko dengan keadaan badan anak dia yang tersangkut separuh macam tu. Sakit. Memang sakit.

Tiba-tiba dalam pukul 5 pagi tu terjaga dan Ciko tiada dalam kotak. Punya lah risau. Rupanya ada bawah katil baring atas sejadah. Habis kotor darah sejadah tu. Lepas tu Ciko mau keluar. Saya dengan housemate bagi ja lah. Buka pintu, Lepas tu ada tenaga pula si Ciko merayau tengah malam. Jalan pun agak terkangkang-kangkang. Dari tingkat 4 sampai turun ground floor kami ikut. Both of us were so exhausted and sleepy, ikutkan hati mau biarkan ja Ciko jalan tapi tidak sampai hati. Rupanya Ciko mau berak jadi dia cari tanah. Dengan anak yang tergantung macam tu, lepas tu berak lagi. Meleleh-leleh taik Ciko terkena anak dia. Kesian Ciko tidak dapat berak puas, nampak sangat dia kesakitan. Sebabkan tidak sampai hati biarkan Ciko di situ, saya ambil dia balik. Terpaksa tabahkan diri basuh balik bangkai anak dia, sebab memang sangat bau terkena dengan taik tadi. 

Settle urus semua tu, kami naik balik tingkat 4. Ciko pun sudah tenang-tenang. Sampai ke subuh baru lah selesai semua. Dapat juga tidur kejap untuk tenaga pagi nanti pula.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥