Jumaat, 4 Oktober 2019

Goodbye My Dear Teeth

Assalamualaikum.


Hello bunnies. Seperti yang dijanjikan, jumaat lepas (27/9/2019) appointment cabut satu batang gigi. Saya rasa sangat beruntung kali ni sebab proses mencabut gigi berlaku dengan begitu cepat. It was PAINLESS.  Serious! Untuk pengalaman sebelum-sebelum ni proses jarum cabut gigi mengambil masa yang begitu lama. Mungkin sebab kali ni diberi suntikan kebas yang lagi cepat dan kuat? Ok jom cerita pengalaman.

Sejurus dipanggil nama, saya terus masuk ke bilik 10 iaitu bilik yang sama untuk cuci gigi (scaling) hari tu. Cuma kali ni tempat duduk/baring yang berbeza. Dalam bilik tu ada lebih kurang 4 buah kerusi/tempat baring khas for dental you know. KITA PANGGIL APA BENDA ALAH TU? Stress nya tidak tau mau panggil apa. Yang penting tempat cek gigi lah. Dan setiap satu warnanya lain-lain. Lawa. Tiba-tiba rasa hospital ni kaya sangat. *Tiberrr. Selalu kena duduk dekat dengan pintu, kali ni hujung sekali. Best lah. Rasa lagi private. Tiada lah doktor lalu-lalu sambil skodeng gigi kita yang tak berapa nak helok ni kan. Saya pun manusia. Pandai malu. *Tiberrr. 

Lepas tu kena tanya gigi mana satu sambil doktor tu tunjuk gigi yang tidak sepatutnya kena cabut. EH BUKAN YANG INI. Dengan nada terkejut saya tunjuk gigi yang sepatutnya perlu cabut. Tapi pada masa yang sama ragu-ragu. HAHAHHA. *yakinnya kamuu. Tapi saya harap gigi yang kena cabut ni betul. Sudah cabut kalau salah mana pandai tumbuh balik oii. Oleh itu, penting ya untuk anda tahu gigi yang perlu dicabut. Sebab kalau minta cabut gigi tempat lain doktor lain, pendapat lain. So okay?

Lepas tu kena bagi ubat bius. Masa pegang jarum tu saya ready tutup mata sudah. Takut bah. Lepas tu dapat rasa kena cucuk dekat gusi. Rasa dia macam tercucuk tulang ikan dalam gusi masa makan. Tapi sakit dia malu-malu kucing ja. Dua tiga kali suntik tidak rasa apa pun. Lepas tu buka mata sikit tiba-tiba nampak jarum masih terpacak depan mata. Oemjie tutup balik mata. Suntikan keempat last tetiba rasa lagi tulang tercucuk dalam gusi sebab dia suntik dekat dengan lidah dan doktor tu cakap memang akan sakit sikit. But it went well. 

Selesai part suntik, saya hanya diminta terus baring disitu sahaja. Selang beberapa minit (less than 8 minutes) Kebas sudah menguasai tempat dan saya terus menutup mata. Doktor tu mula mencungkil gigi saya dengan alat-alat dorang. Sepanjang masa tu saya tutup mata kerana bagi saya ia terlalu menakutkan dan ngeri. Surprisingly, kurang dari 15 minit gigi sudah tercabut. Saya blur sekejap sebab pengalaman cabut gigi sebelum ni tidak sama dengan kali ni dan semestinya saya sangat gembira. One down two to go.




Macam biasa, saya selalu mengambil kesempatan untuk selfie. Pastikan line clear dulu, baru selfie. Jadi, begitulah keadaan saya dicabut gigi. Dorang lapiskan tisu macam napkin untuk elakkan baju/tudung terkena sebarang kotoran. Terutama, darah. And yeah, say hello to this little tooth. Saya bawa balik rumah sebab mau gambar. Kalau tidak bawa balik pun bole juga sebenarnya. Recommend.


CABUT GIGI SESI DUA.

Baiklah saya ringkaskan. Cabut gigi hari ni sakit sikit. Mungkin sebab doktor yang berbeza, teknik berbeza, atau mungkin sebab kali ni cabut dua batang gigi. Sangat banyak keberangkalian yang kurang pasti. Kali ni jantung saya agak berdebar dari kebiasaaan. Tidak lain tidak bukan, perasaan takut menguasai diri. 

Ubat bius yang digunakan adalah ubat bius yang kuat sebab tidak sampai 5 minit bibir saya mula kebas. Pasal suntikan jangan tanya, sampai tidak terkira berapa suntikan. Mungkin kurang dari 10 suntikan. Sebab entah kenapa gusi saya kali ni agak kebal dengan ubat bius jadi, doktor bius lagi untuk second round. Selepas bius, diminta untuk kumur-kumur. Masa kumur-kumur tu saya tidak boleh kawal bibir sebelah kiri ni. Atas bawah kebas. Air kumur pun terkeluar dengan spontan ja masa tu. Nasib baik tidak tersembur dekat baju dorang. HAHAH. Tapi normal lah kot.

Then as usual proceed cabut gigi. Tapi kali ni, ada assistant doktor untuk pegang muka saya. ************** Okay baru sahaja tukar kapas. Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu yang mengalir, kusangkakan liur rupanya... HAHAHHA. Jadi benarlah, cabut gigi kali ni agak dasyat sikit sebab dua batang gigi sekaligus dicabut. Mungkin siapa-siapa yang ada hajat untuk cabut gigi perlu cabut satu-satu dulu.

The pain that i felt bukan sakit perit tapi sakit sebab tekanan and the doctor said it's normal to feel the pressure tapi kalau rasa macam tercucuk-cucuk dengan benda tajam, tell her. Tekanan tu dari alat macam spana untuk longgarkan akar gigi. kepala ni pun turut terhuyung hayang kiri kanan tapi nasib baik pembantu doktor gigi ada. Kurang sikit pergerakan kepala. Part cabut gigi bahagian atas tu ngeri sikit. saya dapat dengar dan rasa akar gigi tu tercabut dari gusi. AMAZING. HAHAH. Tapi Alhamdulillah, everything went well. Selesai diberi MC terus balik rumah. Sebelum tu cari bubur untuk makanan nanti. Sampai ja rumah terus telan 2 biji ubat tahan sakit (Panadol). Saya makan secepat yang mungkin sebab takut ubat bius hilang. Dan saya tidak suka rasa sakit. Rasa macam mau tumbuk orang :')




Berakhirlah sesi cabut-cabut gigi. Syukur! Can't wait what will happen next. Mesti lagi dasyat dari ni. Sakit memakai braces HAHAH. Keep in touch guys. Saya cuba untuk update lagi pasal ni. Selamat tinggal gigi. Sampai sini sahaja perkhidmatan kalian and for that i'm forever thankful for this past 23 years together. You are so beautiful dan saya sedih sebab terpaksa cabut kamu :'(

Let this be part of my memories. Misi seterusnya dimana tempat yang sesuai untuk tanam/buang gigi ni? HAHHAH. Adoi. Boipren saya cakap dulu dia selalu buang gigi dia atas bumbung rumah. Sebab tu lah dia tinggi macam zirafa. So, should i do the same thing? HAHHA. Thank you for reading. That's all.




Here's the beginning story of my journey!


Dedaaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 26 September 2019

Ba Lin Roof Garden Sandakan

Assalamualaikum.


Hello again bunnies. Just a short story about a place untuk makan sambil melihat pemandangan yang cantik. Sebenanrnya tidak plan pun pegi sini. HAHAH. Tempat ni berada di atas bangunan sebuah hotel and this restaurant berada di atas sekali. If i'm not mistaken level 7? Harga? Bagi saya agak mahal. Most of the foods price is RM20 ringgit dan keatas. TAPI SEDAP. Lebih kepada western-western foods. Tax price bergantung pada level mana korang makan. Semakin atas level korang makan, semakin mahal la harganya. Dan kami pun baru tahu lepas balik. JENG JENG JENGG. *menyesalnya. tapi takpa. bukan selalu. huahuaa. Tapi berbaloi dengan tempat dan makanannya.

Ada beberapa level iaitu level pertama sebaik sampai lif masuk pintu dan yah it's level one i think. Lepas tu level one ni ada bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam nice ada aircond dan dekat dengan cashier. Bahagian luar pula bahagian taman-taman. Macam gambar bawah tu. Sangat niceeee dan terasa sangat dekat dengan nature. Lepas tu macam boleh buat event dekat tempat ni. For me sesuai untuk mereka yang ingin langsungkan majlis engagement/wedding for family and closed friends only. Sangat sesuai sebab ada pentas dan persekitaran yang sangat selesa. Harga opkos lah jangan tanya HAHHAH. 



Level dua pula the most hottest spot untuk para pasangan-pasangan di luar sana. Untuk kawan-kawan pun boleh. Kau hiingat couple jak bole duk atas tu?? HAHHAH. *jeles. Laluan ke atas ni kena naik tangga. Tangga tu curam dan berputar sikit tapi lawa. The view, meletops! Kami pegi waktu malam jadi, nampak lah pemandangan waktu malam. Lampu-lampu dan beberapa bintang di langit yang cahayanya kurang terang. KAHKAH. Kawasan dia kecik ja. Tempat makan pun sesuai untuk 3 orang macam tu. 


Lepas tu level atas ni macam ada dua bahagian lagi. Bahagian naik tangga lagi sikit. Tempat duduk tu macam untuk santai-santai. Sesuai untuk ramai-ramai. Sesuai untuk membawang ramai-ramailah katakan. Borak-borak gitew. Meja dia pula sama rendah dengan tempat duduk tu jadi bagi saya agak tidak berapa sesuai untuk menjamah makanan. Terbongkok. You know what i mean? Thank you.

Jadi, saya dengan kawan-kawan duduk dekat level atas yang untuk small group ja. Rooftop. Kami spend time together almost empat jam HAHAHHA. Borak-borak sampai kebas bontot. Lepas tu turun level bawah ambil gambar banyak-banyak, baru balik. Well time spent together. Walaupun tinggal serumah tapi susah sangat dapat hangout sama-sama dengan housmates. Masing-masing dengan urusan sendiri. Tapi bila sekali keluar haa ambek kau tidak ingat dunia. Lambat balik rumah, duit pun mengalir terus!





Do make some time for yourself. You deserve it.






Dedaaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥