9.10.2018
Alhamdulillah. Selesailah sudah Diploma in Pharmacy. Pengajian selama 3 tahun sudah berakhir. Banyak suka pahit duka yang berlaku sepanjang merantau di perantauan. Dengar lama tapi bila kita sendiri yang lalui rasa sekejap ja. Ini pula maksud para senior saya yang lepas bila bagitau kami "3 tahun tu sekejap jak tu". Ingat lagi masa tu saya baru semester 2 dan bila dengar senior cakap macam tu saya serta roomate buat reaksi 'tangan ke bahu, mata pandang atas'. Susah untuk percaya kata-kata manis tu. Seriously. Sebab setelah menjejakkan kaki ke tempat baru, saya rasa dunia saya berubah 360 darjah. Dari kelas yang dua empat jam sehari, kadang dua jam ja sehari bertukar ke classhour (8 am- 5 pm). Selalunya officehour entah wujud ka tidak perkataan tu whatever. Kehidupan saya di Universiti sebelum ni saya boleh katakan lagi teratur dan nyaman. Nyaman? HHHAGAHGAHAH. Okay abaikan saja. Hormon kurang stabil. Jom kembali ke mood formal. Saya tidak mengatakan yang kehidupan baru ni tunggang langgang tapi saya lebih suka mengertikan ia sebagai cabaran. Cabaran baru dalam hidup.
Jadi apa yang saya perolehi dari segala kehidupan suka pahit duka sepanjang perantauan 4 tahun ini ialah, jangan sesekali cakap kita tidak mampu selagi kita belum melaluinya. Just do it. Follow the flow and you will get used to it. Alhamdulillah. Saya yang sering lemah semangat ni, yang pemalas ni, sering sakit, kuat tidur ni mampu melaluinya dengan baik. Think positive and positive vibes will come to you in shaa Allah. Percaya pada ketentuan-Nya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu jalani suratan takdir dan lihat apakah mesej disebalik perkara yang berlaku. Oh darling because everything happens for a reasons.
Kehidupan baru adalah permulaan hidup yang baik. Masa untuk mulakan hari yang baru, nafas baru, new life, new chapter, segalanya bermula dari kosong. Buatlah yang terbaik dan nikmatilah while it lasts because time won't come twice. Tidak mengapa jika permulaannya tidak sebaik yang lepas atau yang dijangka. Sabar. Ups and downs dalam hidup adalah normal. Dimana ada jatuh, disitu ada bangun kembali. Jangan putus asa. Get up, get up. Yeay!
Wassalam.