Salam.
Jeti Pangkor.
Jom ke Pangkor kita. Yeay! Throwback sikit. Tujuan utamanya bukan lah untuk jalan-jalan makan angin tapi sebenarnya hanya ingin menjalani hari penempatan yang ditempatkan di Hospital Seri Manjung selama lebih kurang 2 minggu macam tu. Tapi orang kata kalau dah terpijak tempat pelancongan ni susah sikit. Memang 'vacation' habis lah orang bilang. Jeng jeng jeng dan disitulah tujuan utama berubah. hahah. Tapi, kerja tu tetap kerja. Office hour. Petang tu pula baru lepak-lepak tepi pantai. Cari makan; Satey ayam daging, char kue tiaw, soto, tom yam, burger, cendol, makanan nasi bergoreng dan semua tu lah. KFC pun ado. Yang penting, makanan di sini alhamdulillah cukup.
Hujung minggu tu pula baru ke Pulau Pangkor. Macam saya cakap tadi, atas faktor pelancongan, saya harus menjejakkan kaki ke situ. Rasa sayang pula kalau tidak pegi. Hostel sebelah ja dengan pangkor. Kalau tidak pegi mmmm bagus pegi tepi dinding ja la.. haa nangis tidak berlagu la di situ...huhu. Lepas tu atas faktor tambang ke pulau tu kalau tidak silap hanya RM10 ja. Lagilah sayang seribu kali sayang. Sampai sana pandai-pandai lah bajet. Pandai cari tempat untuk makan. Amalkan sikap 'survey' dahulu. hah hah. Tujuan saya memang jejakkan kaki ni ja sambil tengok suasana. Well, pertama kali pegi pulau kan. *walaupun hakikat sabah banyak pulau.sad life.
Sampai jeti ja cari pula kenderaan untuk di sewa ke pusat pelancongan. Tapi kalau ambil pakej tidak perlu banyak fikir. Ada orang yang menantikan kehadiran anda. hehe. Kereta, van dan motosikal available untuk disewa. Perkara yang menstresskan pula bila berhadapan dengan dealer penyewa kereta tu. Hamboi. Macam gangster. Geram pula ingat balik. hahaaa. Tapi bukan semua dealer penyewa macam tu. Positif ok? Maybe nasib kami tidak baik masa tu. Lagi lah tidak bernasib baik bila group kami ni pula semua perempuan. Maigod. Where's your manners mister? So, saya syorkan bawa lah lelaki. Not for shelter but to get trust.. Tapi apa salahnya sebagai perlindungan juga. *sana panas kot. HAHAH.
Apa lagi? Banyak pula... dan masih banyak lagi tidak tertaip. Should I stop? Setakat ni idea menulis sampai sini ja. Kejap lagi ada la ni. By the way, thanks for the reading. Kita share gambar sikittt. heheh. Sebelum tu, minta maaf andai ada tersalah kata. ^^
Bye Pangkor.
Dedaa.
Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan