Ahad, 12 Ogos 2018

Tutorial Cara Letak / Tukar Favicon Blog



Did anyone notice my favicon sudah tukar? Just now. Dulu kalau perasan gambar bintang dan bulan tapi sekarang sudah tukar jadi my favorite mini little Totoro. Alhamdulillah. Berjaya! I'm so obsessed with this little thing. Sungguh comel dan innocent. I've been thinking if the favicon format need to be JPEG, GIF or PNG? Memandangkan sudah lama tidak tukar favicon so sudah lupa. I've tried many times and finally i made it. So let's begin with this not so very tutorial. More to sharing what I know to help you. I'll try my best to make it simple sebab harap maklum saya suka membebel :')



1. Buka google dan taip nama gambar yang anda inginkan. For me saya terus letak saiz sekali. Whatever saiz yang penting jangan lebih 100 KB. As long it's under 100 KB than it's fine. For me i put 99 KB and in *gif format sebab *gif ni format dia memang kecil sikit. I dunno.



2. Right click gambar yang anda berkenan dan tekan Save image as. Save image dekat mana-mana tempat contoh Desktop. Senang cari.



3. Sudah save image dalam laptop, boleh lah ke dashboard blog anda. Klik Layout seterusnya, klik Edit dekat Favicon.



4. Boleh lah Choose file. Pilih lah gambar yang telah di save tadi tu dalam Desktop. Selepas tekan open, file tu memang akan take time sikit. Kalau sesuai, gambar tu akan terpapar kecil dan boleh lah save. Kalau error mungkin disebabkan saiz gambar tu besar sangat, atau tidak square and so on. Save and you're done! 

Almost forgot, kalau sudah save, lepas tu tekan view blog tapi favicon still belum muncul, relaks. It's normal. It will take a while so you can go drink some coffee and chill. If you wanted to change the favicon later you can do the same step. Thank you for reading, bye :)






Me baru lepas minum susu Dutch Lady Full Cream.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 11 Ogos 2018

Cara Screenshot Bagi Windows 8 & 10




Super easy and simple. Hari ni disebabkan terdesak sangat mau screenshot melalui laptop ni me try to google and google dapat lah jawapan. Sebelum ni ada cari juga tapi susah pula mau jumpa cara yang betul. So i think maybe there's people out there that having the same problems like me dan saya ingin berkongsi pengetahuan baru ini. Laptop Asus saya merupakan Windows 8. And this tutorial for users Windows 8 and 10. Here we go.



1. Bagi windows 8 dan 10 anda boleh tekan  Win +  Print Screen. "Win" tu merupakan kata singkatan bagi "windows". Perkataan tu tiada dalam keyboard sebaliknya dalam bentuk gambar tingkap sebaris dengan spacebar. 

2. Screenshot tadi boleh cari dalam "Pictures" folder and look for "Screenshots" folder. Done.

*This PC/Computer → Pictures → Screenshots


Super senang rupanya. Well that's all. I hope membantu. Thank you.





Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 10 Ogos 2018

Keep In Touch With Blogging




How struggle i am to keep in touch with this blog. Sometimes i got a lot of time to write but not my mood. Sometimes i really want to write but my time pula pack. Sekarang masa bercuti jadi saya akan cuba sehabis baik untuk meninggalkan jejak di setiap bulan. To be honest, saya sendiri tidak pasti macam mana boleh terjebak dengan blogging ni. Same goes to Twitter. Pertama kali buat entry pada tahun 2009. Masa tu umur 13 tahun dan sekarang 22 tahun. Can you believe that ? Sudah berusia sedikit blog ni. It's already 10 years. Dan saya sedaya upaya untuk setia bersama blog ni hingga lah berkeluarga suatu hari nanti inshaAllah, Amin.

Well motif utama blog ni adalah untuk share tentang kehidupan saya yang tidaklah begitu menarik berbanding orang lain tapi yes menarik bagi saya. Syukurlah masih ingat motif utama buat blog ni. It's funny sometimes bila tengok balik penulisan zaman dulu dengan sekarang and all the stories that i wrote. Penulis sendiri baca penulisan sendiri pun boleh tergelak ni kan pula my anak cucu cicit suatu hari nanti kan. Well this is your mama and nenek masa zaman muda dulu. Ok i'm starting to talk to myself.

So i don't hell cares about how many people are reading my blog. I only cares my writing that will became a memory someday. Saya harap saya dapat kongsi sesuatu yag bermanfaat buat diri saya sendiri dan orang lain. Everything happen for a reasons aite ? Also you. You came here and read this entry for a reason. Even if we didn't see it but there must be a reasons why you were here. Same like we met people for a reasons. So never regret meeting people. They had tought us something. Be happy and always be grateful my dear. You had found something new happening in your life. Good for you.






Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 9 Ogos 2018

Perjalanan Ku Mengambil Lesen Memandu Kelas D






Syukur Alhamdulillah. Akhirnya lulus juga. Untuk pengetahuan anda semua, ujian JPJ saya kali ini merupakan ujian kedua atau  to be honest, ulangan. *Jujurnya akuu huhu. Ya. Banyak bazir duit di situ. Kalau difikirkan balik memang sejak dari awal mendaftar memang banyak bazir duit. Untuk pengetahuan anda  lagi, me sudah dua kali mendaftar kelas memandu. Dan semestinya di tempat yang berbeza. Also dua kali ambil ujian komputer. Pertama dekat IDA Keningau, it was a long time a go.  Tempat belajar memandu sini memang best. I can say that it was VVIP place. Merupakan satu-satunya tempat memandu *litar yang beratap. So sangat selesa, tidak panas dan paling penting muka kamu tidak akan hangus digoreng bersama minyak muka. Second pula dekat Perak. 



Gambar dekat atas tu lah hasil ambil ujian komputer dua kali. Alhamdulillah. Target 50 markah sebenarnya sebab mau kena belanja KFC oleh orang tuuu tapi apakan dayaaaaa. Belum rezeki. Study satu malam sebelum duduk ujian ni. Kalau bagi tau awal-awal mau belanja KFC bagus juga. Memang seminggu belajar pasal peraturan JPJ konfem cemerlang. HAHA. By the way i study by using the application from playstore - Ujian KPP- Lesen L. *semuanya ada di hujung jari pada zaman ini. Selepas ja lulus terus uninstall. Salah satu penyumbang memori penuh. Whoever invent this app, thank you. You are a genius sebab bagi soalan bocor. Soalan sebiji macam dalam ujian. Some of it lah. Still, need to do a lot of practice to memorize it :')


Pertama kali mendaftar masa tahun 2014. The entry was HERE if you guys remembered it. Masa ni lepasan SPM. Kata orang freshy gitu. Sebelum lanjutkan pelajaran ambil kesempatan untuk dapatkan lesen memandu la katakan. But my plan aren't going as i plan. Sempat ambil ujian komputer ja. Bulan oktober saya terpaksa melanjutkan pelajaran saya di Universiti Selangor named UNISEL in Bestari jaya (BJ). *Cehhh masih ingat. In what program? Information Technology (IT). It was a fun course since computer is not my enemy until i met JAVA SCRIPT dan segala html whatsoever. For your information, besides math, this subject also killing me :)


Kenapa macam cerita terpesong sikit ni HAHAHAHA. OKOK. So masa sambung belajar tu memang langsung tidak terfikir mau sambung kelas memandu. Sampai lah ke Perak pada July 2015 till February 2018. Bayangkan berapa tahun hilang ilmu. I'm super busy with student life such as assignments, college activities, practical, research and also busy with my self like, i also need time for me ok. And our semester break was only 1 month. Memandangkan 2018 merupakan tahun akhir belajar di Perak, semester akhir la katakan, super senior. *terasa hebat. Me and my other two girlfriends sehati sejiwa untuk belajar memandu. Banyak faktor kenapa kami mau ambil kelas memandu. Pertama the price was a bit a lot cheaper than in our own hometown. Second, banyak masa free tapi tidak juga sebenarnya tapi a lot free lah berbanding sem dulu. Third, saya perlu ada lesen memandu sebelum kerja.




Selepas tamat belajar saya berjaya habiskan kelas memandu di bahagian Pra Test JPJ (QTI) sahaja. Tidak dapat habiskan dekat Perak sebab banyak faktor. So berpindahlah ke IDA Keningau balik. We meet again in 2018. It's a bit risky because i need to know all the track that i need to know. The litar also were not same like Perak. Maksud saya urutan mana perlu buat dulu dan habis dekat mana, cara masuk dan berhenti sebab semua tempat ada tanda keramat masing-masing. And also the tips from my driving teachers are not the same. Saya ada tiga cikgu memandu dan setiap satu ada tips masing-masing dan saya perlu experiment untuk cuba setiap satu mana yang sangat mudah untuk saya. This made my head blow. Everything was mixing together became rojak. Dan satu lagi, dekat Perak hari tu drive kereta Kancil, dekat sini pula Viva. Like i said it's so risky and tiring. Saya tambah kelas 3 jam sebelum ambil ujian JPJ. Dua jam litar dan sejam untuk lebuh raya.


Giliran memandu yang ke 10 daripada 23 orang. Saya dapat kereta Axia. Nasib tidak menyebelahi, saya gagal. Sangkut dekat selekoh Z which my tayar belakang pijak benteng. Sangat sedih dan stress.  But this is not the end. I should cari penyelesaian untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama berlaku. Mungkin saya kurang latihan (3 hours is not enough), kurang keyakinan apatah lagi dapat kereta Axia sebab i never drove Axia before. Pusingan steering berbeza dengan Viva. Also steering axia lembut. Suka steering dia tapi mungkin belum pandai handle masa tu. Second time dapat Axia rasa best pula. Sebab sebelum ambil ujian kedua saya tambah lagi kelas 2 jam dalam litar menggunakan kereta Viva dan Axia. Alhamdulillah lulus juga akhirnya. So jom pandu kereta.


Thank you to my all driving teachers for teaching me with patience. That's all. Terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa anda bersama penulisan saya. Cehh. Till we meet again :)







Dedaa.
Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥