Jumaat, 28 Julai 2017

Enjoying The View

Salam.

6.55 AM atau lebih kurang macam tu lah rasanya.

Rancang 6.30 pagi tapi tulah orang cakap janji melayu. 6.30 pagi baru bangun. But by the way i'm not malay's. I'm dusunese and a mix of jawanese *eja terjun jak atau senang cerita bumiputera sabah. Apapun yang penting entry ni bukan cerita pasal latar belakang saya. KAHKAH. Ini adalah pasal joging. J O G G I N G. ya, saya sangat mengamalkan gaya hidup sihat. Sekali lagi, KAHKAH. Tapi jujur dari hati, saya sanggup bangun pagi untuk tengok pemandangan sunrise dan menikmati suasana yang macam ni atau sama waktu dengannya. Percayalah, saya pencinta alam semula jadi. *ok yang ni tak bohong.. Calmness, fresh and when people still asleep and nobody around. Yup tempat ni saya punya kejap. Tambahan lagi bila angin pagi meniup sepoi-sepoi bahasa menampar muka yang belum mandi ni. HAHA. Seronok gila. I just wanna say, i'm enjoying the view


Ok cerita sikit pasal tempat ni. Tempat ni berada di atas bukit. Bangunan-bangunan tu pula adalah asrama KSKB Sg.Buloh. You can see the surau depan asrama tu...tepi belah kanan pula pondok pengawal. Dekat dengan gate. So kalau keluar joging ni pun kena tinggalkan kad matrik juga walaupun dekat jak. Dan kena seberang jalan sikit untuk daki bukit. Jangan risau, ada tangga so gunalah tangga. Tidak perlulah mau tapuji buat-buat extreme naik bukit macam tu jak. Cari nahas namanyaaaaaaa and most importantly, don't make yourself look stupid.. *bisik


So, kenapa saya suka JOGGING sini ?
Pemandangan pada waktu pagi sangat cantik. Boleh lah. Kedua, landskap tempat joging atas ni cantik dan boleh la luas la juga untuk pusing-pusing. Ketiga, saya suka pondok yang berdiri megah di bukit ni. Kalau dekat bawah nampak pondok ni. Terutama bila lalu dari cafe ke asrama. Cantik ja pondok ni dan alhamdulillah tercapai juga jejakkan kaki ke pondok bukit ni. kehkeh. Seterusnya, saya bukan jogging pun hjhajhaha. Jalan-jalan makan angin pusing macam tu jak. Tawaf pondok. Tapi ada lah juga jogging satu round. Janji ado. Last but not least, saja meneroka tempat sebab saya hanya menumpang untuk 9 bulan sahaja di kolej ni. Urusan praktikal. So sementara ada di kolej ni, saya akan cuba pegi sana situ dan sini. 






Bibiey and Nestyy


Satu ja tempat yang tidak tercapai. Bumbung. Sebab tiada laluan untuk ke rooftop. Sudah alang-alang duduk atas mestilah cari tangga ke paling atas lagi kan. HAHAH. Dapat bilik tingkat paling atas ja lah yang mampu. sodeh. Bye.



Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

0 ulasan:

Catat Ulasan