Ahad, 15 Julai 2018

Post barang Melalui Laut




SANGAT MEMENATKAN. I don't know packing all your stuffs would be this hard. I'm crying inside. Perkara kemas mengemas ni perkara biasalah bagi pelajar kolej. Lagi-lagi bagi pelajar tahun akhir. Perlu bawa balik semua harta terkumpul yang tidak disengajakan dalam bilik. I don't know it would be this much. *crying. Lagi payah kami yang merantau dekat negeri orang ni. Jauh seberang laut china bawa balik benda "berfaedah" ni. Tiga kotak tu pos melalui kapal laut jak. Tidak mampu melalui darat. Satu mahal, dua tidak mampu. Iyalah badan ni memang sado pun mau angkat.


To be honest this is my very first time sending my stuffs by sea. So kalau pos barang melalui laut ni pertama mestilah barang-barang tu letak tempat yang selamat. Senang cerita bila sampai depan rumah tidak lah jadi macam biskut hancur. So best option adalah letak dalam kotak. Lepas tu pastikan berbalut. Pastikan tulisan-tulisan dekat kotak tu tidak nampak. Balut plastik hitam ka, kertas ka pun boleh. Janji "berbaju". SETTLE. Then boleh bawa pegi mana-mana tempat pos. Sampai ja terus tanya samada pos melalui laut ada ke idok. If yes, you can proceed. Minta borang yang perlu diisi. Me isi tiga borang sebab barang ada tiga so setiap satu perlu sebab setiap satu tu nanti kena timbang. Oh yaa. About the price pula, 1 kilogram/2 ringgit. Langkah selamat boleh lah timbang siap-siap guna penimbang berat badan pun boleh. Sama jak. HAHAHAH. *Teringat diri sendiri menimbang kotak di bilik guna penimbang berat kelas. Sungguh gigih demi tidak lari bajet.


Dan isilah borang dengan lengkap. Nama pengirim, alamat pengirim, nama penerima, alamat penerima, jenis item dan tanda tangan. Siappp byebye akan jumpa lagi sebulan nanti. Cuaca baik boleh jumpa kurang dari sebulan. That's all. Senang jerr tapi tidak bermakna saya suka buat benda ni. NO. HAHAHHA.


Moment hantar barang-barang ni semestinya ada. i can say that it was a D I S A S T E R . yeay. Menyesal tidak hantar awal-awal. Kali pertama hantar barang ni berlari, hari kedua lagi lah berlari-lari. KENAPA. Sebab masa tu adalah PTM week DAN KAMI SANGAT KEJAR MASA. Hari pertama mau hantar barang tu entah lah semua pejabat pos tutup awal. Terpaksa balik kolej angkat barang keluar kereta balik. Geram ja rasa serius. HAHA. Hari esok nya pula minta excuse keluar lama sikit tapi tidak boleh. Jadi we only got 1 hour to settle everything. Kalau sorang ja tidak apa lah juga kan, ni 4 orang yang setiap satunya ada lebih dari satu kotak. So kawan bawa kereta memang drift habis. HAHAH. Kami pegi dua pejabat pos. Sebab pejabat pos pertama tu penimbang rosak lepas tu terpaksa main drift ke pejabat pos yang kedua. Who knows tempat terpencil tu lah yang complete segalanya. Then driftt balik kolej. Sampai terus lompat keluar kereta lari masuk dewan. Sebelum masuk tu tarik nafas dulu bagi stabil then senyum pretend like everything is okey. Hakikatnya memang lambat sampai tapi sebaikkk pengajar yang menjaga tu baik. Bagi lepas ja. So that's all a lil throwback from me.


Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

0 ulasan:

Catat Ulasan