Assalamualaikum dan hello di bulan pertama of 2019. Hari ni mau bagitau saya ada rajin siiiikit buat entry baru. Azam 2019 mungkin? NOPE. So, saya ada buat sedikit pembacaan entry blog ni yang terdahulu sampai lah yang yang terbaru. Penulisan dari budak-budak ke dewasa kini. *hihi dewasa. Penulisan saya ada banyak peningkatan.*mengaku. Dari bahasa wechat ke bahasa melayu. That's good i think. Dan ia sungguh menggelikan hati. Blog ni sudah bertahan selama 10 tahun. Maksud nya blog ni wujud sejak saya berumur 13 tahun hingga 23 tahun. HAHA 10 years challenge? Thank you for staying with me :') Anda semua patut tahu yang saya sangat suka benda yang tahan dengan saya dan saya akan setia disitu*lari topik. Kesimpulannya, saya akan terus bertahan membuat jejak pada hari dan tahun yang seterusnya andai di panjangkan umur. In Shaa Allah.
Penulisan pertama saya di blog ini adalah pada Disember 2009 iaitu sehari selepas hari jadi Mama. Anda boleh lihat kebudak-budakan disitu. Banyak emoji comel dan penulisan yang sangat ringkas. HAHA. Ingat lagi zaman tu kalau buat entry memang gigih cari emoji comel-comel semata-mata mau masukkan dalam entry.
Zaman tingkatan 3 pula merupakan zaman paling gila dengan dunia blogging. Boleh lah nampak jumlah entry 2011 yang paling banyak antara semua tahun. HAGAHAGA. Saya rasa kena pukau. Saya ketagih. Hari-hari blogging. Hari-hari berdepan dengan laptop sampai Mama, kakak, Bapa marah tapi tidak juga takut-takut. Yaaaa zaman pemberontakan bermula. Banyak melawan kata. Zaman pemalas la senang cerita. Sekarang ni pemalas juga, tapi dulu tu lagi pemalasss ya aullohhh. Kalau lah boleh balik masa tu, saya ketuk juga kepala tu budak. PEMALAS. Sudah lah budak PMR. Belajar pun malas. Eh tidak juga lah. Pernah juga sangkut top 3 dalam kelas tapi start zaman tu yang pelajaran merosot sampai lah espiyemm. Pemalas kan. Cedih. Part rajin belajar HTML dan JAVASCRIPT jak. Itupun hanya dalam dunia blogging. Nda adanya keluar masa exam bosskuu. HHAHGA. Lihat lah blog ini, ini lah hasil daripada belajar ilmu coding, copy paste, adobe photoshope masa 2011 dulu. Tema kelabu putih dan pink. Kekal sampai hari ini. Malas lah mau tukar*haa nampak pemalasnya di situ.
Zaman selepas sekolah pula zaman malas blogging. Masa banyak ja tapi sedikit penat dan busy dengan kehidupan after school. You know, busy with life stuffs. Banyak benda kena fikir. Selain tu, mungkin juga kepuasan untuk blogging sudah tercapai waktu dulu jadi tahap kepuasan cukup. Tapi dapat juga paksa diri untuk terus cuba menghidupkan blog ni setiap tahun and here we are ! ALIVE and still looking forward to make it alive.
Setiap orang ada cara penulisan yang tersendiri. Lain orang, penyampaian pun lain. So don't ever judge someone's writing. Semua orang pun tulis sepenuh hati dan bukan senang mau gali otak buat ayat HAHA. My word, my style. You don't like it, I don't care. BAHAHA. Terima kasih sudi baca sampai habis yeay!
Wassalam.
Bubye.
0 ulasan:
Catat Ulasan