Khamis, 26 September 2019

Ba Lin Roof Garden Sandakan

Assalamualaikum.


Hello again bunnies. Just a short story about a place untuk makan sambil melihat pemandangan yang cantik. Sebenanrnya tidak plan pun pegi sini. HAHAH. Tempat ni berada di atas bangunan sebuah hotel and this restaurant berada di atas sekali. If i'm not mistaken level 7? Harga? Bagi saya agak mahal. Most of the foods price is RM20 ringgit dan keatas. TAPI SEDAP. Lebih kepada western-western foods. Tax price bergantung pada level mana korang makan. Semakin atas level korang makan, semakin mahal la harganya. Dan kami pun baru tahu lepas balik. JENG JENG JENGG. *menyesalnya. tapi takpa. bukan selalu. huahuaa. Tapi berbaloi dengan tempat dan makanannya.

Ada beberapa level iaitu level pertama sebaik sampai lif masuk pintu dan yah it's level one i think. Lepas tu level one ni ada bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam nice ada aircond dan dekat dengan cashier. Bahagian luar pula bahagian taman-taman. Macam gambar bawah tu. Sangat niceeee dan terasa sangat dekat dengan nature. Lepas tu macam boleh buat event dekat tempat ni. For me sesuai untuk mereka yang ingin langsungkan majlis engagement/wedding for family and closed friends only. Sangat sesuai sebab ada pentas dan persekitaran yang sangat selesa. Harga opkos lah jangan tanya HAHHAH. 



Level dua pula the most hottest spot untuk para pasangan-pasangan di luar sana. Untuk kawan-kawan pun boleh. Kau hiingat couple jak bole duk atas tu?? HAHHAH. *jeles. Laluan ke atas ni kena naik tangga. Tangga tu curam dan berputar sikit tapi lawa. The view, meletops! Kami pegi waktu malam jadi, nampak lah pemandangan waktu malam. Lampu-lampu dan beberapa bintang di langit yang cahayanya kurang terang. KAHKAH. Kawasan dia kecik ja. Tempat makan pun sesuai untuk 3 orang macam tu. 


Lepas tu level atas ni macam ada dua bahagian lagi. Bahagian naik tangga lagi sikit. Tempat duduk tu macam untuk santai-santai. Sesuai untuk ramai-ramai. Sesuai untuk membawang ramai-ramailah katakan. Borak-borak gitew. Meja dia pula sama rendah dengan tempat duduk tu jadi bagi saya agak tidak berapa sesuai untuk menjamah makanan. Terbongkok. You know what i mean? Thank you.

Jadi, saya dengan kawan-kawan duduk dekat level atas yang untuk small group ja. Rooftop. Kami spend time together almost empat jam HAHAHHA. Borak-borak sampai kebas bontot. Lepas tu turun level bawah ambil gambar banyak-banyak, baru balik. Well time spent together. Walaupun tinggal serumah tapi susah sangat dapat hangout sama-sama dengan housmates. Masing-masing dengan urusan sendiri. Tapi bila sekali keluar haa ambek kau tidak ingat dunia. Lambat balik rumah, duit pun mengalir terus!





Do make some time for yourself. You deserve it.






Dedaaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

0 ulasan:

Catat Ulasan