Assalamualaikum.
Ahad lepas punya lepas mood saya boleh dikatakan okay untuk berkerja di hujung minggu dan sempat tangkap beberapa keping gambar of myself. Not that pretty flawless one but i'm feeling good jadi ABAIKAN. Jadi ini adalah salah satu pakaian most of the time baju formal yang saya pakai pergi kerja. Baju ni dari zaman kolej lagi jadi sesetengah kawan-kawan kerja pun memang ada. Baju KKM namanya.
Kerja OT atau lebih masa untuk kami (PPF) adalah 5 jam sahaja. Tapi tempat (hospital/klinik) lain saya kurang pasti sebab HDOK adalah tempat posting pertama saya so saya share apa yang berada di sini sahaja ya. Kerja lebih masa dekat sini terbahagi kepada beberapa sesi iaitu;
WEEKEND (Sabtu Ahad)
Pagi (7 am-12 pm) // (9 am-2 pm)
Tengah Hari (12-5 pm)
Malam (5 pm-10 pm)
Night Shift (10 pm-7 am) *sabtu only
WEEKDAYS (Isnin-Jumaat)
Malam (5 pm-10 pm)
Nihgt Shift (10 pm-7 am) *jumaat only
Saya confuse kenapa sini panggil sesi malam tu malam. Sepatutnya malam panggil petang dan night shift tu panggil malam. Tapi kami go with the flow ja sampai jadi kebiasaan. Jadi jangan keliru. Oh sebelum terlupa, kerja night shift ni special sikit sebab kerja 9 jam tidak seperti OT yang lain. And it's not often. Nama kamu akan naik dalam jadual dalam sekali sebulan atau dua kali sebulan sahaja dan kamu akan berkerja pada jumaat atau sabtu malam. No weekdays. Kerja night shift pada weekdays hanyalah pegawai sahaja.
Dari segi pendapatan kerja lebih masa pula agak complicated. Senang cerita ikut gred anda, jenis hari samada weekdays/weekend/cuti umum (Hari raya/merdeka/raya haji/chinese new year/krismas/new year/etc..) Cuti umum ni pendapatan tinggi sikit dari hari biasa. Sebab tu lah ramai yang mau kerja pada cuti umum or we called it PH a.k.a Public Holiday. Dan gred tu maksudnya senioriti. Semakin senior maka semakin tinggi lah pendapatan anda dalam tempoh sejam. Mashyukkk. Me not yet. Masih BBNU. Baru gred U29 from U36. Atau U38? Alaaa confuse. Tiba-tiba lupa.
Saya suka kerja OT pada hari apa, bila dan dimana?
Alamak. Masuk topik lebih dalam lagi ni.
Buat masa ni masih beginners. Jadi saya agak memilih untuk waktu kerja yang sesuai mengikut kemampuan diri. Kita sahaja tau limit diri kita di mana. Tenaga sampai tahap mana. Kalau push lebih dari limit, saya boleh sakit. Sebab saya sejenis manusia yang mudah jatuh sakit. Jadi SEDAR LAH DIRI. Jangan kisah cakap orang. Dorang bukan kita. Hanya kita sahaja yang tau kemampuan diri kita. Kalau jatuh sakit, kita juga yang jaga diri sendiri. Lagi-lagi yang duduk jauh dengan keluarga. *Dah kenapa tetiba emosi? Biasalah pompuannnn.
Back to the track. Untuk hari weekdays, saya suka kerja hari jumaat. Sebab keesokannya adalah sabtu dan bukan hari berkerja so saya boleh bangun lewat sikit dan tenaga jimat sikit. Pernah kerja selain hari jumaat dan keesokan hari saya rasa terhuyung hayang, bagai terbuai-buai di atas awan. I don't like it. Kerja tidak fokus.
Untuk hari weekend pula di mana sabtu saya fleksible kerja pada semua waktu. Buang lah saya pegi mana-mana. Sanggup jer. Ahad pula, saya elakkan kerja malam iaitu 5-10 pm. Kerana terpaksa balik lewat dan keesokannya monday blues. Senang cerita saya tidak akan kerja malam seandainya keesokan itu adalah hari berkerja. Oleh itu, saya terpaksa tukar atau jual kerja dengan kawan-kawan lain. Rezeki dorang lah.
Baiklah itu sahaja untuk setakat ini. Ini hanyalah pilihan dan pendapat saya. Still, saya jeles dengan kawan-kawan yang kuat dan rajin beli kerja orang lain. Saya rasa dorang sangat cukup tenaga i dunno. Bagi lah sikit dengan saya woiii. HAHHAH. Saya harap suatu hari nanti saya akan begitu juga. Sentiasa kuat semangat mencari rezeki. In Shaa allah. Masa muda ni lah kena kerja keras untuk masa hadapan yang lebih cerah! *Macam speech pengetua sudah. K bai. Thank you for spending your time to read this.
Bubyee.
Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan