Khamis, 16 November 2017

Me Baby

Salam.




Oh look at that little cutie. Anyonyonyonyoooo. Hari tu membongkar bilik sendiri dan kemas apa yang patut and look what i found in my Red Book. Di sini pula kau menyorok aaaaa... Nakal ! Lama cari gambar ni rupanya. Ada hikmah bersihkan bilik hari tu. Terjumpa diri sendiri pula. HAHA. My face was so bulat tembam, very energetic and innocent as always. *orang kata. huhu.


Abang ada cerita me when i was this little. Masa tu ramai orang dekat rumah entah tak tahu. Saya tengah bermain di atas karpet yang terlentang luas. Pusing-pusing dengan hal sendiri. Lepas kena bagi makan terus si kecik ni meneroka karpet. *sangat menguasai ruang. I was sooooo energetic and happy. Merangkak sangat lajuuuu. YAH YAH YAH *sambil ketawa comel.  Abang kata semua orang perhati sambil tersenyum. Iya lah comel kan. Mesti lah jadi perhatian. HAHAH. Lepas tu someone dukung diri ini. Sambil melambung-lambung manja. Sekalinyaaaaa... *BLUEKKKKKKKK. hambek kau kena muntah hahhahahah. So macam biasa orang tu letakkan saya kembali where i want to be dan sambung main dengan muka innocent dan happy like there's nothing happen and yah it's time to play again. HAHHAH. How i wish i can be just like that at this age. Not been getting the blame of something.


So selain tu saya juga jumpa gambar-gambar dengan crush. Siap letak gambar sebelah sebelah lagi. oh maigad sangat memalukan. Ingat lagi siap tunjuk mama dan bapa gambar crush. And they just smile back at me and said "Eeeee si cicil...." Don't know what that means. Menyindir mungkin kan. Bikin malu adui. Di tampar juga ni muka haha. Lepas tu jumpa surat dari senior waktu tingkatan dua dulu. Kelas sidang pagi dan petang so kami sangat berkerjasama untuk memastikan harta benda dalam laci meja, keadaan kelas sentiasa bersih dan kemas. Letak pesanan dalam laci and they will reply it. Sporting dan baik. Budak zaman sekarang guna Whatsaap kan. Iyalah siapa lah kami ni main surat-surat ja. Siapa kami sekali lagi ? Kami lah "L E G E N D". Shame on you. *Buuubuuuuu


Then jumpa biodata masa masih sekolah rendah dulu. MEREPEK. Tu ja kesimpulan dia. Sangat menghiburkan bila baca balik. Nampak lah dari kecil suka menulis bukan-bukan yang tiada manfaat. Tapi sampai sekarang tulisan tetap buruk juga. Tiada hasil. Kalau memang buruk, buruk la bah tu tulisan...





 Si Comel & si Cengeng


40. Berdasarkan gambar rajah di atas, siapakah yang tersangat comel ?

A. Si Comel
B. Jawapan A
C. Jawapan B
D. Semua di atas.





"SELAMAT MAJU JAYA"







Bubye.
Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 4 November 2017

Cari Mood Blogging

Salam.

Gambar semester 1 dulu kala. Jadual chemistry yang sangat ughh. Kenangan pahit.


Mood blogging mood blogging come to me. Kesian blog lama terabai oleh tuan yang agak pemalas ni. Terabai pun tapi janji ado juga buat satu dua tiga entry baru. Walaupun agak berbulan-bulan baru buat. Iyalah, zaman dulu lain, sekarang lain. Dulu pendek sekarang tinggi sikit. eh. Dulu zaman sekolah rasa banyak mau menghabiskan masa dengan main. Sekarang zaman kolej rasa banyak mau habiskan masa dengan berehat. Iaitu....T I D U R. Pandai.. Lagi-lagi tahun ni merupakan semester praktikal di sana dan di sini. Tenaga banyak habis. Tapi jangan lupa bahagikan masa untuk yang tersayang.. kehkehkeh. Rasa kurang sikit penat tu bila dapat luang masa sama-sama. eh eh eh.


Okay back to the track. *tampar muka. So masa yang terluang ni saya akan cuba sedaya mood yang ada ni untuk menulis apa yang mampu keluar dari otak. Kita bergantung kepada kerajinan tangan menaip. Tangan malas taip, otak malas atur ayat so there's nothing to write lah. Bye bye.




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 2 September 2017

Kembali ke Kolej

Salam



Halo. Selamat kembali ke Kolej tercinta. Duduk jauh tinggal tempat orang baru tau erti menghargai tempat sendiri. Dekat setahun duduk kolej lain. *nangis. Alhamdulillah, dengan ini berakhirlah sudah zaman praktikal di Hospital. Tinggal lagi dua bulan praktikal di Klinik Kesihatan. Saya praktikal dekat Klinik Kesihatan Simee you olls.. hahaha. Dekat ja dengan kolej but still naik pengankutan kolej ler "BAS". Kalau naik pengangkutan sendiri kaki ja lah boleh diharapkan.


Dan saya sangat gembira dapat balik Kolej KSKB SAS tercinta ! Finally, bilik selesa, tandas dalam bilik. Sangat 'hotel' gitewww. HAHA. Tidak payah lagi payah payah mau bangun awal berebut dan bersaing dengan para junior junior dalam tandas. *terpaksa bangun awal demi tidak bertembung dengan mereka mereka huhu. 5.30 pagi. Kalau dekat sabah 5.30 pagi tu baru subuh tu. Perkara biasa lah bangun 5.30 am. Tapi bila sudah merantau ke semenanjung ni, waktu tu subuh pun belum. *awal nak.. tapi still gigih bangun. Iyalah. Hospital jauh, bas gerak pula pukul 6.30 pagi. So mau tidak mau kena bangun juga. *alamak, terobek sikit pun rasa penat sudah. ok cukup.



*tahniah untuk diri sendiri sebab sudah selesai penempatan di sini. 
THIS PLACE IS KILLING US.



Oh ya i almost forgot the important part. This person over there is the most happiest gila gila gila punya orang after knowing i'm finally going back to where i belong. *tengok senyuman pun dah tau. kahkah. Ada sudah kawan dia mau main lambai-lambai sebelum pergi kerja. *so cute tu perangai. Can't handle it. And of course i'm the most super duper happy girl on earth *cehhh. dapat tau ada juga orang yang menanti kepulangan diri ini. To be honest, i'm happy. Happy to be back !! Yehuu.




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 28 Julai 2017

Elementary School

Salam


9 tahun dan kami tersangat comel :')



Missing these old days bila semua masih ada lagi hingus-hingus meleleh dan muka selekeh gila with no stress. Rindunya zaman sekolah rendah dulu. The only school yang saya tidak pindah-pindah. HAHAH. SK Banjar. Tempat di mana saya menghabiskan zaman budak-budak saya. Sejak lahir saya membesar di sini sampai lah umur 8 tahun. Pindah rumah. Tapi still sekolah di sini. Nampak betapa setianya saya dengan sekolah ni. KAHKAH. 


Tidak sampai hati tinggalkan kawan-kawan dari tadika ni. *some of them ja lah. Lagi satu kami satu kelas sama-sama gila. Eeee masih ingat lagi muka dorang semua. Main sama-sama, gaduh sama-sama gosip sama-sama, kena marah cikgu Siti Ainah sama-sama... HAHAHHA. Cumil nya kami masa ni. Tertanya-tanya pula kenapa cikgu sanggup marah budak comel macam ni. Adakah sebab perangai yang tersangat nakal ? Degil keras kepala mainnnnnnnn jak tau haih. Geram ni geram.


Kalau ingat balik memang tidak habis-habis. Putus kawan semua tu lagi, bergaduh dengan budak lelaki lagi sebab tidak dengar cakap. Handle budak kelas bertumbuk. Adui berat nya ni tanggungjawab. Cara senang saya ugut ja dorang nama guru kelas kami, cikgu Siti Ainah terus diam. Tapi last-last saya lapor juga apa yang jadi di kelas dengan cikgu. HAHAH. Maaf lah, tanggungjawab tetap jalan. kehkeh.


Palinggggggg bikin panas bila mula gosip-gosip cinta monyet. Cicil ๐Ÿ’— XXXX atau XXXX ๐Ÿ’—Cicil. Eeeeee punya lah. Guna liquid paper lagi. Sampai ke pondok pengawal la pula hadui pandai pula tu liquid bejalan kan. Ingat lagi dapat surat cinta. Saya terus repot dengan kakak dia hahaaaaa padan muka kau. HAHAH. Masih budak lagi pandai merepek sudah *padahal saya pun budak. kahkah. Saya memang jahat sebab i don't like people make fun of me. Saya cakap saya buat. Bukannya tidak suka tapi annoying sikit dengan perangai macam tu. Mengacau orang. Tapi, lucu la juga. Lahai. Biasalah budak-budak lagi. Perangai macam-macam. Diri sendiri pun tidak terkawal. Minta maaf kawan-kawan sekalian. Saya tetap sayang kamu semua. You guys made me happy bah.


Banyak lagi. Macam saya cakap tadi kalau cerita semua memang tidak habis. Next entry yang entah bila akan diceritakan lagi. This is just for myself to remember when i get older and older. And maybe for my children so they will know me what i was like when i was their age. HAH HAH. bye and thank you for reading.







Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Enjoying The View

Salam.

6.55 AM atau lebih kurang macam tu lah rasanya.

Rancang 6.30 pagi tapi tulah orang cakap janji melayu. 6.30 pagi baru bangun. But by the way i'm not malay's. I'm dusunese and a mix of jawanese *eja terjun jak atau senang cerita bumiputera sabah. Apapun yang penting entry ni bukan cerita pasal latar belakang saya. KAHKAH. Ini adalah pasal joging. J O G G I N G. ya, saya sangat mengamalkan gaya hidup sihat. Sekali lagi, KAHKAH. Tapi jujur dari hati, saya sanggup bangun pagi untuk tengok pemandangan sunrise dan menikmati suasana yang macam ni atau sama waktu dengannya. Percayalah, saya pencinta alam semula jadi. *ok yang ni tak bohong.. Calmness, fresh and when people still asleep and nobody around. Yup tempat ni saya punya kejap. Tambahan lagi bila angin pagi meniup sepoi-sepoi bahasa menampar muka yang belum mandi ni. HAHA. Seronok gila. I just wanna say, i'm enjoying the view


Ok cerita sikit pasal tempat ni. Tempat ni berada di atas bukit. Bangunan-bangunan tu pula adalah asrama KSKB Sg.Buloh. You can see the surau depan asrama tu...tepi belah kanan pula pondok pengawal. Dekat dengan gate. So kalau keluar joging ni pun kena tinggalkan kad matrik juga walaupun dekat jak. Dan kena seberang jalan sikit untuk daki bukit. Jangan risau, ada tangga so gunalah tangga. Tidak perlulah mau tapuji buat-buat extreme naik bukit macam tu jak. Cari nahas namanyaaaaaaa and most importantly, don't make yourself look stupid.. *bisik


So, kenapa saya suka JOGGING sini ?
Pemandangan pada waktu pagi sangat cantik. Boleh lah. Kedua, landskap tempat joging atas ni cantik dan boleh la luas la juga untuk pusing-pusing. Ketiga, saya suka pondok yang berdiri megah di bukit ni. Kalau dekat bawah nampak pondok ni. Terutama bila lalu dari cafe ke asrama. Cantik ja pondok ni dan alhamdulillah tercapai juga jejakkan kaki ke pondok bukit ni. kehkeh. Seterusnya, saya bukan jogging pun hjhajhaha. Jalan-jalan makan angin pusing macam tu jak. Tawaf pondok. Tapi ada lah juga jogging satu round. Janji ado. Last but not least, saja meneroka tempat sebab saya hanya menumpang untuk 9 bulan sahaja di kolej ni. Urusan praktikal. So sementara ada di kolej ni, saya akan cuba pegi sana situ dan sini. 






Bibiey and Nestyy


Satu ja tempat yang tidak tercapai. Bumbung. Sebab tiada laluan untuk ke rooftop. Sudah alang-alang duduk atas mestilah cari tangga ke paling atas lagi kan. HAHAH. Dapat bilik tingkat paling atas ja lah yang mampu. sodeh. Bye.



Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 20 Jun 2017

End Of 4th Semester

Salam.

Alamak mata hampir tidur. hahah.

Alhamdulillah. Genaplah dua tahun belajar di ILKKM Sultan Azlan Shah. *nama baru kunun. Yeayyyyyyy yeayy yeayyy ! Teruskan perjalanan teruskan teruskan ada halangan di hadapan sailang jak. Cepat nya masa berlalu. Tidak sedar hanya tinggal setahun sahaja lagi perjuangan disini. Tinggal setengah tahun praktikal dan setengah lagi belajar balik di semester akhir. Oemjieee what would it be. Curious la juga tapi jangan fikir dulu. Let things suprise you. Fikir sikit-sikit boleh lah. Rancang masa depan la katakan.  *tangan ke dagu dan mata pandang atas. HAHAH. In shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Sem seterusnya masih praktikal lagi. Last. Cuma tempat tu in shaa Allah akan berubah. 3 bulan Bertugas di Hospital (Unit Farmasi Pesakit Dalam/ In Patient Department) dan dengar khabar angin suasana akan sedikit tegang dan tertekan oh tidak dan 3 bulan lagi bertugas di Klinik area Perak Pula. Yeayyy balik Perak. Balik kolej tercinta. Saya merindui tilam dan bilik Five Star itu. Tambahan lagi buah hati ada di sana.. So, yeah. Doakan saya dan semua rakan-rakan yang menjalani praktikal bertugas dengan baik. Doakan supaya kami semua berjaya. Amin amin. Mohon jaga diri masing-masing dan jangan buat hal. Alamak, tiba-tiba rasa macam pengarah kolej pula bagi ucapan. hahah.





Dedaaa.
Wassalam




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 19 Jun 2017

Cuti Semester

Salam

Back to hometown

Blog ni betul-betul berhabuk. Bukan setakat habuk, sawang tikus ular lipas pun ada mungkin. Kesian. kejap ada kejap di tinggalkan. Buat pembaca yang masih mengingati blog ini, terima kasih. Stay tune guys ! CEHH AHAHA. Sedihnya hidup cakap satu orang. Ok lah pendekkan cerita saya sudah habis semester 4 dan sekarang tengah cuti semester selama sebulan sahaja di bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa dan sambut Raya beberapa hari ja lagi. Ok tu jak. Tiada idea mau tulis apa, maklumlah sekian lama tidak berkata-kata. Byebyee ^^

Sekali lagi. Stay tune !







Dedaaa
Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 26 Februari 2017

February's Birthday Surprise

Salam.




Apa mau cakap. Speechless nya. So ini lah dia mangsa nya. Tiga ketul ni lah. Terima kasih sangat-sangat sebab bersusah payah buat suprise untuk jejaka-jejaka encem ni. Dah lah selekeh, tambah selekeh lagi bila jadi mangsa suprise ni. *malunyaaaa. Terima ja lah realiti hidup. Sejak dilahirkan memang selekeh pun kan. Syukur masih hidup nak. :")  Jarang sebenarnya dapat birthday suprise ni. Bukan jarang tapi tidak pernah pun seumur hidup. hahahahha. Buat party untuk raikan birthday sendiri pun tidak pernah. Sebab masa kecik-kecik dulu memang tidak mau buat jamuan hari jadi semua ni, sudah besar lagi lah tidak mau. Malu mungkin. hahhah. Tidak tau lah mau sedih ka atau bangga ni. *bercampur baur la katakan. Tapi buat mereka yang bertungkus lumus untuk menyambut hari jadi diri ini, terima kasih sangat sangt sangat. Saya terharu gila. Jangan susahkan diri kamu bah. ๐Ÿ˜ญ



Tadaaaa. Ada tiga orang yang merancang semua ni dan itulah mereka. Dua si pipi tembam satu si cilik api. Bukan cili api tapi cilik api. Bukan typo di situ haaa. Dorang dah plan lama dah dari 1 february hari tu lagi. Tapi sekali tunggu untuk dua kawan yang birthday february juga Mai dan Kak Nab so jimat lah bajet kan hahahah. Pandai kamuuu. Prasan juga nampak dorang bawa kek masa balik kerja tu. Tapi tidak terfikir apa pun sebab normal. Tengok pipi lah. Bulat. Kuat makan kot. hahah. Malam tu pula kena tipu pula. Konon ada warden mau datang bilik sebab dorang tu bawa benda haram. Kategori benda haram budak asrama lah. Benda masak-masak semua tu haa yang tu le. So konon mau ramai-ramai lah. "defend". Datang bilik tetiba gelap pula bilik tu. Lepas tu tadaaaa. Mereka berjaya "mempermainkan kami" emmm tahniahhh. Dan bergembira lah kami di situ makan kek dan berselfie. hahah. Apapun terima kasih Kak Syidah, Kak Yik dan Fina sebab sanggup buat semua ni untuk kami. Walaupun sibuk kerja penat semua tu..terima kasihhhh dari mommy, valentine dan baby februaries. Love you guys. Dan minta maaf andai tersalah kata. Gurau seja bah.







Dedaaa.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 1 Februari 2017

Happy Birthday To Me

Salam.


food, chocolate, and cupcake image


Sekali lagi, it's mother february's birthday ! That's me. Pembuka segala hari di bulan februari. yah. I'm turning 21. HAHA. Alhamdulillah. Sudah bernafas di dunia ini selama 21 tahun. A lot of things i've learned. Thank you Allah for giving me chance while i can. 

Cerita pasal birthday tahun ni. Saya sambut di Sungai Buloh. A lot busy. Dan saya langsung tiada hati untuk meraikan hari jadi sendiri. Mungkin sebab sibuk sedikit. *kahkah. Cukuplah hanya ucapan syukur alhamdulillah dan wish dari kawan-kawan. To be honest I don't remember about my birthday. today. Hahaa di kepala otak ni cuma fikir kerja ja. I mean practical. Really tiring and should i say no life ? Biasa la tu kan. Tiada kerja di dunia ni yang tidak penat. Sebab tu kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni. Who knows someone out there want life that you have right now so be grateful. Present? I have family who always supports me and that's enough. I have my beloved one that won't leave me and that's enough. I have my annoying friends who always know how to make me laugh and that's enough. I have Toro too and that's enough. As long i have my precious one in my life then i'm all good. I hope i can be better me and more good stuffs will come to me. 



"Happy 21st Birtday"





Dedaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 7 Januari 2017

Masa Untuk Posting !

Salam.

senyuman ikhlas.

Yeay. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga saya ke tahun praktikal. Syukur.. Tidak sangka sudah semester 4 rupanya yaa.. Setahun setengah lagi. Cayok. Lepas tu ke alam kerja sebenar dan kehidupan baru. In shaa Allah moga dipermudahkan perjalanan hidup ni. So saya akan praktikal di Selangor dan bertugas di Hospital Selayang selama setahun. Tapi menetap di asrama KSKB Sungai Buloh. Perjalanan dia pula 6.30 pagi dah bertolak dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 7 atau lebih macam tu la. Kita tengok keadaan trafik ya. Kalau pegi tu lebih kurang 30 minit balik tu pula sejam. Sekali lagi tengok keadaan trafik. Sempat juga lah tidur dalam bas. Macam-macam perangai ada. HAHHA. Apapun i'll do my best sepanjang belajar ni dan doakan saya supaya semua urusan baik-baik sahaja dan dipermudahkan. Don't worry, biarkan masa ini berlalu. Tidak lama pun. Just do your stuff and be good. *self note.


Selamat berpraktikal semua !! Let's do this !



Dedaa.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥