Khamis, 26 September 2019

Ba Lin Roof Garden Sandakan

Assalamualaikum.


Hello again bunnies. Just a short story about a place untuk makan sambil melihat pemandangan yang cantik. Sebenanrnya tidak plan pun pegi sini. HAHAH. Tempat ni berada di atas bangunan sebuah hotel and this restaurant berada di atas sekali. If i'm not mistaken level 7? Harga? Bagi saya agak mahal. Most of the foods price is RM20 ringgit dan keatas. TAPI SEDAP. Lebih kepada western-western foods. Tax price bergantung pada level mana korang makan. Semakin atas level korang makan, semakin mahal la harganya. Dan kami pun baru tahu lepas balik. JENG JENG JENGG. *menyesalnya. tapi takpa. bukan selalu. huahuaa. Tapi berbaloi dengan tempat dan makanannya.

Ada beberapa level iaitu level pertama sebaik sampai lif masuk pintu dan yah it's level one i think. Lepas tu level one ni ada bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam nice ada aircond dan dekat dengan cashier. Bahagian luar pula bahagian taman-taman. Macam gambar bawah tu. Sangat niceeee dan terasa sangat dekat dengan nature. Lepas tu macam boleh buat event dekat tempat ni. For me sesuai untuk mereka yang ingin langsungkan majlis engagement/wedding for family and closed friends only. Sangat sesuai sebab ada pentas dan persekitaran yang sangat selesa. Harga opkos lah jangan tanya HAHHAH. 



Level dua pula the most hottest spot untuk para pasangan-pasangan di luar sana. Untuk kawan-kawan pun boleh. Kau hiingat couple jak bole duk atas tu?? HAHHAH. *jeles. Laluan ke atas ni kena naik tangga. Tangga tu curam dan berputar sikit tapi lawa. The view, meletops! Kami pegi waktu malam jadi, nampak lah pemandangan waktu malam. Lampu-lampu dan beberapa bintang di langit yang cahayanya kurang terang. KAHKAH. Kawasan dia kecik ja. Tempat makan pun sesuai untuk 3 orang macam tu. 


Lepas tu level atas ni macam ada dua bahagian lagi. Bahagian naik tangga lagi sikit. Tempat duduk tu macam untuk santai-santai. Sesuai untuk ramai-ramai. Sesuai untuk membawang ramai-ramailah katakan. Borak-borak gitew. Meja dia pula sama rendah dengan tempat duduk tu jadi bagi saya agak tidak berapa sesuai untuk menjamah makanan. Terbongkok. You know what i mean? Thank you.

Jadi, saya dengan kawan-kawan duduk dekat level atas yang untuk small group ja. Rooftop. Kami spend time together almost empat jam HAHAHHA. Borak-borak sampai kebas bontot. Lepas tu turun level bawah ambil gambar banyak-banyak, baru balik. Well time spent together. Walaupun tinggal serumah tapi susah sangat dapat hangout sama-sama dengan housmates. Masing-masing dengan urusan sendiri. Tapi bila sekali keluar haa ambek kau tidak ingat dunia. Lambat balik rumah, duit pun mengalir terus!





Do make some time for yourself. You deserve it.






Dedaaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 5 September 2019

On My Way To Wear Braces

Assalammualaikum.


Hello Bunnies. As you can see my teeth dekat gambar tidak nampak. Unfortunately you cannot see my gigi sebab saya terlupa untuk senyum menampakkan gigi yang tidak begitu tersusun ini. Maaf! Tidak terfikir pula untuk buat posing nampak gigi. Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai gigi rabbit di bahagian hadapan*tapi miring dan dua taring seksi gitew. I don't like the rabbit part however i really love my fangs. rawrr walaupun tidak ketara sangat. I've heard once, one of my friend said that in Japan, mostly Japanese girls sanggup operate gigi untuk dapatkan gigi taring sebab japannese boys tergila-gilakan dengan perempuan bergigi taring. Entah zaman bila.  Kemungkinan 10% chance that i'm...that i'm, one of perempuan idaman lelaki jepun*Ehwahh prasannya astaga. But no thanks. Saya pilih lelaki Melayu. *Lariiiiii.

So, post kali ni adalah mengenai apakah step yang perlu dilakukan sebelum anda memakai braces a.k.a pendakap gigi. Going to be a looooong explanation based on my experience dan saya harap ia membantu anda yang berminat tentang braces. Saya belum memakai braces lagi tapi saya sengaja buat post ni awal sebab pertama of course, i want to remember this crazy decision i made in my life. Takut lupa. Second, ada mood menaip.

1) A Moment To Think
To be honest this is not something that just for fun stuff to do. You are dealing with something permanent with you that is, your precious teeth. Anything can happen. Satu-satunya gigi yang akan kita bawa sampai ke tua. Nampak macam mudah tapi bagi saya, ia sangat sukar untuk saya membuat keputusan.*atau saya yang fikiran complicated ni? Benda ni sekali pakai, anda memerlukan komitmen yang tinggi. Termasuklah penjagaan gigi semua tu. Rajin atau tidak? I've keep questioning myself should i wear this or not.  Banyak juga yang terlintas dalam fikiran. Banyak minta pendapat family, soulmate dan kawan-kawan. Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya dan membuat saya termenung lah juga. Tapi memandangkan saya telah lama mengimpikan untuk memakai pendakap gigi ni sejak zaman kolej lagi, saya membuat keputusan untuk teruskan. Apa yang ingin saya jelaskan disini, sebelum anda membuat keputusan, fikirlah aspek-aspek lain. Sebab benda ni melibatkan wang ringgit yang banyak. i mean sangat BANYAK. Melainkan duit tu bukan korang punya HAHAHHA still, ia adalah duit orang. So, take a moment to think yaa. No need to rush. Good things take time.

2) A Moment To Choose
Jenis pendakap gigi yang saya inginkan adalah jenis clear yang tidak ketara. Want it since college lagi. Dan jenis braces kategori itu yang saya tahu pada masa tu adalah jenis ceramic sahaja. Jenis ni memang susah sikit untuk cari. Dan perlu kegigihan untuk survey klinik. Tidak semua klinik mempunyai jenis pendakap gigi jenis ni. Boleh dikategorikan sebagai rare. Sebab ia sedikit mahal berbanding braces lain and so many people tend to choose the normal one. For my case, saya lebih pentingkan penampilan braces yang tidak begitu ketara. Because i don't want it to look too obvious in my mouth. Saya juga tidak ingin menambahkan kesemakan di wajah ini sebab saya oredy semak. i dunno.  

Here are the types of braces that i know. Gambar adalah sumber dari google. Entah gigi siapa yang saya curi ni. Thankyou.

Traditional
Related image


Invisalign


Lingual
Related image


Ceramic
Image result for braces traditional


Damon
Related image
Metal damon braces

Half clear damon braces

Related image
All clear damon braces


Ini adalah hasil pengetahuan saya mengenai braces. Mungkin dekat tempat lain masih banyak lagi. Dan saya baru tahu, clear braces ada terbahagi kepada dua jenis iaitu Ceramic dan Damon. First time dengar perkataan Damon, i thought it spelled "diamond" dan bentuk kilat-kilat macam diamond. LOL. Terasa sangat NOOB. Lepas tu tawar hati tidak berminat dan ceramic tetap menjadi pilihan hati. Tapi selepas buat research, finally I choose Damon braces yang all clear.


3) A Moment to Survey
Setelah anda membuat keputusan muktamad, step seterusnya adalah merajinkan diri untuk bertanya, berjalan, membuat perbandingan itu dan ini. Cari beberapa klinik yang menarik perhatian anda. Maksud saya antara kategori klinik yang ada advantage dari segi jarak dengan tempat tinggal anda, persekitaran kerja dalam klinik, latar belakang doktor gigi dan harga braces semestinya! Saya ulangi memakai braces perlulah mempunyai komitmen yang tinggi di mana anda perlulah rajin dan on time apabila tiba masa untuk temu janji. Semakin kerap anda membuat temu janji, semakin cepatlah proses penyembuhan perbarisan gigi anda. Oleh itu bagi saya pemilihan tempat yang dekat dengan kita amatlah penting.

Saya mula membuat tinjauan beberapa klinik pada bulan march. Bertempat di Sandakan, Sabah. Kebetulan masa tu buat appointment cuci gigi*hasil dorongan kawan dan saya mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai braces yang mereka buat. Kemudian saya merajinkan diri membuat research dalam laman web dan menghubungi klinik-klinik berkenaan untuk membuat appointment bagi membolehkan saya bertanya lebih lanjut sambil melihat suasana, persekitaran dan staff mereka. Maksud saya melihat staff tu bukan dari segi hensem atau lawa ke idok*ketuk juga kamu ni. Dari segi keperibadian, peramah dengan pelanggan atau tidak, dapat melayan anda dengan baik atau tidak dan paling penting adakah mereka pekerja yang bagus?*hambek kau. Termasuklah doktor dan pembantunya. Benda ni bagi saya penting untuk memudahkan kita bertanya dengan selesa tentang apapun perkara yang penting dan mewujudkan perasaan 'feeling safe' antara kita dan mereka.

4) A Moment to Decide
Terdapat beberapa Klinik yang telah menjadi perhatian saya sejak beberapa bulan lalu. Aspek-aspek yang saya utamakan adalah semestinya, harga braces yang mur murrr. Klinik pertama saya pergi mempunyai persekitaran yang sangat selesa, pekerja yang meyakinkan namun, menawarkan harga yang sangat mahal di mana depositnya harus di bayar separuh dari harga sebenar. Oleh itu, saya membuka langkah dan berundur dari situ, perlahan-lahan supaya tidak ketara sangat bajet ni lari. 

Saya ada juga membuat survey klinik di Putatan Sabah kerana selain menawarkan harga yang berpatutan ia juga berdekatan dengan kampung saya*boleh lah sikit. Tetapi memandangkan saya sekarang berkerja dan menetap*sementara di Sandakan dan jarang balik kampung, saya terpaksa batalkan niat itu.

Klinik seterusnya pula berjaya mengambil hati saya kerana mereka mempunyai pilihan braces yang saya inginkan iaitu jenis ceramic. Harganya pula sangat berpatutan di mana saya hanya perlu membayar 1/3 deposit dari harga sebenar dan perlu membayar RM 200 untuk bayaran ansuran yang tetap setiap kali membuat temu janji. Tak lari bajet lah katakan. Klinik ini mempunyai satu doktor gigi dan beberapa orang pekerja. Kawasan agak kecil dan berada di atas bangunan kedai samsung. Oleh itu mereka tidak mempunyai bilik X-RAY. Saya diminta untuk mengambil X-RAY di tempat lain dan hanya perlu membawa salinannya ke tempat mereka. Saya mengikuti semua kehendak mereka. Akan tetapi ada satu perkara yang sering mengganggu fikiran saya kerana saya tidak begitu mengetahui latar belakang doktor tersebut. Saya hanya tahu gelaran doktor gigi yang tertera di carta organisasi mereka namun saya kurang pasti samada beliau adalah doktor pakar atau tidak. Tapi saya tetap teruskan dengan pilihan saya untuk membuat braces di situ. Boleh dikatakan kerap juga lah datang ke klinik ini disebabkan penundaan ke hari lain kerana terkenal dengan appointment yang sentiasa penuh dengan pesakit lain. Saya mendapati pekerja mereka tidak begitu cekap bertugas*ada cerita disebalik itu dan membuatkan saya kurang senang dengan tindakan sedemikian. Sedih untuk saya katakan, saya telah tawar hati dan terpaksa mengambil balik hati yang telah saya berikan.*kahkah Hasil dari pendapat soulmate, dan rakan meyakinkan saya untuk beralih ke klinik lain. Mungkin klinik ini bukan untuk saya dan saya yakin ada hikmah disebalik semua ini. Terpaksalah ketepikan soal bajet demi memelihara hati ini.*aisehh.

Baiklah maaf, termeluah sikit pula isi hati. Jadi, setelah beberapa bulan selepas berurusan dengan klinik tersebut, saya beralih ke klinik lain. Yeay! Klinik terakhir. Finally. Klinik Dr. Chong Sandakan. Klinik ni kawan yang bagitau. Sebab kebetulan kawan dia pun buat dekat situ juga. Sebab katanya doktor sana memang doktor pakar. A bit pricey but worth it because you are dealing with someone who really knows about teeth. 

Pertama kali datang sana saya hanya membuat appointment untuk cek gigi dan bertanya pasal braces. As usual, sambil melihat persekitaran klinik dan melihat who am i going to deal with this time. Dalam fikiran, saya belum ingin membuat braces di situ. Just visiting sambil menyelam minum air.  Tapi sejurus masuk bilik doktor dan having a small talk with her, amazing. She's so friendly and lawa sedap mata memandang. Her name is Dr. Emily and she got that some mommy friendly kind of person and approachable. And i just fell in love with it. Rasa macam doktor tu and her staff boleh jaga kita dan keep in touch dengan the progress of our teeth. Saya boleh lihat kesungguhan dia untuk memberikan yang terbaik kepada setiap patient dan bukan sebab duit semata-mata sahaja also saya boleh lihat kepakaran dia dalam bidang gigi. Macam biasa, saya ada google pasal latar belakang doktor tersebut. Surprisingly ada. Sudah pernah berkhidmat di beberapa buah daerah iaitu Keningau, Tawau dan last, Sandakan hingga kini. Memang doktor pakar dan sangat trusted. Dan hilanglah segala ragu-ragu dan kerisauan yang terbuku di fikiran. 

Klinik ini hanya menawarkan dua jenis braces iaitu Traditonal Braces dan Damon Braces. Doktor ni lah yang memperkenalkan saya tentang type of Damon braces. The details pros and cons about having braces that i should know supaya bersedia dari segi mental dan fizikal nanti. Saya banyak bertanya mengenai Damon braces sebab memang misi utama inginkan jenis clear braces. Sebelum balik, doktor tu bagi flyers mengenai Damon braces untuk baca-baca di rumah. Mereka bagitahu, kalau berminat boleh call untuk buat appointment lagi. That's all. 

5) A Moment To Begin The Journey



Finally i made up my mind. I informed them, i'm going to choose the Damon all clear braces. Kali kedua datang sini, semestinya tidak perlu X-Ray gigi lagi. Sebab saya sudah pernah mengambil X-Ray gigi dekat klink lain hari tu. Jadi, mereka hanya mengambil salinan X-Ray gigi saya sahaja untuk disimpan dan to be studied. Selamat duit. Selepas doktor study gigi saya, she said i need to cabut 3 batang gigi yang sihat-sihat. Satu atas dan dua bawah. Gigi yang menjadi mangsa adalah gigi selepas taring. Lucky me, saya tidak perlu membazir duit cabut gigi dekat klinik swasta. It will cost hundreds ringgit. Untuk memudahkan saya, dia telah menulis surat untuk saya bawa ke hospital kerajaan dengan isi kandungan mengenai tujuan gigi perlu dicabut. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Tugas saya pula adalah membuat appointment dekat hospital untuk cabut gigi. She said that kalau boleh, cabut gigi dekat-dekat dengan tarikh appointment buat braces nanti. Kurang pasti kenapa, tapi mungkin memudahkan pergerakan gigi i dunno. Lupa pula tanya.

Next, sebelum mengambil model study gigi saya, doktor minta izin mengambil gambar saya dulu. Untuk personal study something like that. Ya saya rasa benda tu normal bagi setiap braces patient. Saya pakai spek masa tu. Ingatkan boleh pakai spek rupanya perlu tanggalkan spek untuk melihat bentuk wajah sebenar. Muka barai tapi nasib baik pakai eyeliner walaupun sikit. Nasib kau lah. Kembang juga lah bila doktor puji senyuman saya manis dengan gigi  macam ni. Too bad gonna say goodbye soon.


That's me dalam sesi gambar tarik tarik mulut and the doctor are taking a pictures of my teeth. Excuse my face dan gambar yang agak kurang senonoh. Tapi itulah realiti. Panjang juga rupanya tangan saya ni ambil gambar sendiri. Maklumlah, pergi solo-solo jaa. Tiada assistant untuk membantu. Masa ni serious tidak malu ambil gambar sendiri. Rasa excited memenuhi diri. Bila tengok balik macam mau sorok muka bawah bantal pula. Saya harap mereka tidak kisah dengan perangai saya dan saya sangat berharap, saya bukan satu-satunya patient dorang yang ambil gambar sendiri. *MALUUUUUU!!

Selepas sesi photoshoot bersama gigi selesai, tiba masa untuk mengambil model study gigi. Benda ni macam tanah liat yang akan di masukkan ke dalam mulut anda dan akan mengeras untuk beberapa saat. Lepastu dikuluarkan dari mulut dan terbentuklah kedudukan gigi kita secara kasar. Tips, tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertahan untuk beberapa saat. Sebab benda ni boleh buat kita sesak nafas atau terbatuk i dunno. Lepas tu jangan lupa pakai lip balm. I tell you, bibir anda akan kering. Sebab tu lah saya tidak pakai gincu since the beginning. Any lip balm can do such as Vaselline. For me saya guna LipIce perisa strawberry. All time favorite hehe. Ada juga lah pink sikit bibir tu tapi yang penting sentiasa lembap.


Anda boleh lihat dokter tengah ambil model study gigi sebelah bawah. Tanah liat tu warna ungu dan ada bau chewing gum tapi tasteless. Tidak sempat ambil gambar model study yang sudah siap. Tidak berkesempatan tengok kedudukan gigi sendiri. Semestinya terabur. huhu. Gambar sebelah pula anda boleh lihat bibir yang ke arah kering. Muka serious sangat tengok diri sendiri. Abaikan. Yang penting yakin pada diri harus ada.

Done for that day. Appointment seterusnya untuk pasang braces jatuh pada 12 Oktober iaitu sebulan akan datang. Sebab saya perlu settlekan sesi cabut gigi dan sementara menunggu Damon stuff sampai. Saya di beri tahu, Damon braces perlu di order dari luar sebab braces jenis ni jarang guna. Oleh itu, untuk mengelakkan braces tersebut rosak mereka tidak menyimpannya di dalam klinik dan perlu membuat fresh order, freshly new dari luar dan ia mengambil sedikit masa untuk sampai.

The price? Sangat mahal tapi agak murah berbanding tempat lain. Bayaran deposit adalah 1/3 daripada harga asal dan tidak lari dari bajet saya. But still, expensive. Sesudah pasang braces baru bayar deposit dan bayaran bulanan bergantung dari kita. Anda boleh buat pengiraan sendiri. My plan, setiap appointment bayar sikit-sikit jadi cepat habis.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca penulisan saya yang sangat panjang kali ni. Penat tangan menaip. Penat otak berfikir. Feel free to ask me anything dekat sini atau boleh DM dekat ig. Senang. 


Here's the beginning story of my journey!

Bubye.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 4 September 2019

Working On Weekend

Assalamualaikum.



Ahad lepas punya lepas mood saya boleh dikatakan okay untuk berkerja di hujung minggu dan sempat tangkap beberapa keping gambar of myself. Not that pretty flawless one but i'm feeling good jadi ABAIKAN. Jadi ini adalah salah satu pakaian most of the time baju formal yang saya pakai pergi kerja. Baju ni dari zaman kolej lagi jadi sesetengah kawan-kawan kerja pun memang ada. Baju KKM namanya.

Kerja OT atau lebih masa untuk kami (PPF) adalah 5 jam sahaja. Tapi tempat (hospital/klinik) lain saya kurang pasti sebab HDOK adalah tempat posting pertama saya so saya share apa yang berada di sini sahaja ya. Kerja lebih masa dekat sini terbahagi kepada beberapa sesi iaitu;

WEEKEND (Sabtu Ahad)
Pagi (7 am-12 pm) // (9 am-2 pm)
Tengah Hari (12-5 pm)
Malam (5 pm-10 pm)
Night Shift (10 pm-7 am) *sabtu only

WEEKDAYS (Isnin-Jumaat)
Malam (5 pm-10 pm)
Nihgt Shift (10 pm-7 am) *jumaat only

Saya confuse kenapa sini panggil sesi malam tu malam. Sepatutnya malam panggil petang dan night shift tu panggil malam. Tapi kami go with the flow ja sampai jadi kebiasaan. Jadi jangan keliru. Oh sebelum terlupa, kerja night shift ni special sikit sebab kerja 9 jam tidak seperti OT yang lain. And it's not often. Nama kamu akan naik dalam jadual dalam sekali sebulan atau dua kali sebulan sahaja dan kamu akan berkerja pada jumaat atau sabtu malam. No weekdays. Kerja night shift pada weekdays hanyalah pegawai sahaja. 

Dari segi pendapatan kerja lebih masa pula agak complicated. Senang cerita ikut gred anda, jenis hari samada weekdays/weekend/cuti umum (Hari raya/merdeka/raya haji/chinese new year/krismas/new year/etc..) Cuti umum ni pendapatan tinggi sikit dari hari biasa. Sebab tu lah ramai yang mau kerja pada cuti umum or we called it PH a.k.a Public Holiday. Dan gred tu maksudnya senioriti. Semakin senior maka semakin tinggi lah pendapatan anda dalam tempoh sejam. Mashyukkk. Me not yet. Masih BBNU. Baru gred U29 from U36. Atau U38? Alaaa confuse. Tiba-tiba lupa.


Saya suka kerja OT pada hari apa, bila dan dimana?



Alamak. Masuk topik lebih dalam lagi ni. 
Buat masa ni masih beginners. Jadi saya agak memilih untuk waktu kerja yang sesuai mengikut kemampuan diri. Kita sahaja tau limit diri kita di mana. Tenaga sampai tahap mana. Kalau push lebih dari limit, saya boleh sakit. Sebab saya sejenis manusia yang mudah jatuh sakit. Jadi SEDAR LAH DIRI. Jangan kisah cakap orang. Dorang bukan kita. Hanya kita sahaja yang tau kemampuan diri kita. Kalau jatuh sakit, kita juga yang jaga diri sendiri. Lagi-lagi yang duduk jauh dengan keluarga. *Dah kenapa tetiba emosi? Biasalah pompuannnn. 

Back to the track. Untuk hari weekdays, saya suka kerja hari jumaat. Sebab keesokannya adalah sabtu dan bukan hari berkerja so saya boleh bangun lewat sikit dan tenaga jimat sikit. Pernah kerja selain hari jumaat dan keesokan hari saya rasa terhuyung hayang, bagai terbuai-buai di atas awan. I don't like it. Kerja tidak fokus.

Untuk hari weekend pula di mana sabtu saya fleksible kerja pada semua waktu. Buang lah saya pegi mana-mana. Sanggup jer. Ahad pula, saya elakkan kerja malam iaitu 5-10 pm. Kerana terpaksa balik lewat dan keesokannya monday blues. Senang cerita saya tidak akan kerja malam seandainya keesokan itu adalah hari berkerja. Oleh itu, saya terpaksa tukar atau jual kerja dengan kawan-kawan lain. Rezeki dorang lah. 

Baiklah itu sahaja untuk setakat ini. Ini hanyalah pilihan dan pendapat saya. Still, saya jeles dengan kawan-kawan yang kuat dan rajin beli kerja orang lain. Saya rasa dorang sangat cukup tenaga i dunno. Bagi lah sikit dengan saya woiii. HAHHAH. Saya harap suatu hari nanti saya akan begitu juga. Sentiasa kuat semangat mencari rezeki. In Shaa allah. Masa muda ni lah kena kerja keras untuk masa hadapan yang lebih cerah! *Macam speech pengetua sudah. K bai. Thank you for spending your time to read this.






Bubyee.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥