Isnin, 11 November 2013

Kucing Baru Lagi.

Salam,

His name is P R I N S. Beautiful isn't it? Haha. Nama tu kakak saya yang bagi. Ejaan pula saya yang pilih. Tapi, itu dulu. haha. Selepas panggil nama Prins ni balik balik, macam terbelit pula lidah ni so... saya namakan dia M A R U. kes gambar tu pula sebab saya sudah delete original picture. *hampehh. Tidak dapat edit yang baru. Ahaha. Bulu dia cantik. Warna putih melepak. Kakak saya cakap mungkin ni kucing yang berpenyakit Albino. Ada ka patut =.=". Kalau albino mesti warna mata dia cantik. PINK. Comelnya. Tapi mata dia warna entah lah. Hijau cair kot. By the way akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk menjadi tuan kepada kucing ni. Kucing ni terbiar di kawasan perumahan kami yang dulu, di flat guru. *harap harap bukan kucing orang yang saya ambil. kalau betullah.. sorry... tiada niat. ehe. Sekarang ni keadaan dia kurang sihat. Harap-harap sembuh sepenuhnya nanti. Mungkin sebab dibuli kucing-kucing yang lain dulu. Banyak sangat kesan gigitan di kulit. Perangai dia pula agak pendiam. Belum pernah saya jumpa kucing pendiam macam ni. Sedang trauma kot. hha. Umur dia rasanya satu umur dengan kucing betina saya, si Putih. So kalau ada jodoh...... ehem ehem, anak-anak kucing mesti comel-comel belaka... Ehh, ke situ pula... *ignore*

Agak mencabar sebab saya jaga kucing ni masa bulan SPM. Bulan ni la. Well, i hope everything went well. Maksud saya harap kucing ni tidak buat hal. Kencing merata, semakkan rumah ataupun gaduh dengan kucing yang lain. no no no. NOOOO !! hhu. peace ^^

Bubye.
Wasalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 10 November 2013

Download Blogger Apps Untuk Android

Salam,




Syukur alhamdulillah. Tadi baru saja selesai muat turun blogger application untuk android. Malas mau buat entry dari laptop tiba-tiba terlintas mau download blogger apps. Senang jak. Buka playstore dan taip blogger. Lepas tu memang banyak keluar blog apps. Memang pening kepala mana satu mau pilih. Terpaksa saya tengok satu-satu penerangan dorang. Akhirnya, saya pilih Blogger by Google Inc. Sangat mudah untuk buat entry baru. Tidak perlu lagi buka laptop tekan satu-satu untuk buat post. Sebab apps ni khas untuk buat entry, buat draf atau edit post yang dulu-dulu. Kalau kamu mau cuba boleh la install ya. Kalau tidak berkenan di hati boleh uninstall. Senang. Mudah. So, you should try it. Sekarang ni pun saya buat entry dari apps tu. Ok juga kan. Haha. Good luck downloading it.




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 1 November 2013

My Biggest Exam

Salam.

" Wish Me Luck. Good Luck "



Sangat tidak sedar. SPM tinggal beberapa hari lagi. kadang-kadang bila termenung sorang sorang, terdengar pula suara kecil di telinga "SPM sudah? wa.. tidak sedar pula... cepatnya masa berlalu" 

Takut, berdebar, curiga memang tidak ke mana bagi setiap pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Tipulah kalau ada orang cakap sebaliknya. hhu. Apasal skema sangat ayat ni? mungkin sebab paper pertama bahasa melayu kot. tu la pasal mau praktis sedia ni. haha. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik semampu saya. Bukan saya saja yang berjuang, kawan-kawan sekolah dan sekelas saya pun sama juga. saya harap dorang pun dapat buat yang terbaik. Sama-sama buat yang terbaik, sama-sama dapat result yang baik. hhe. Insya-Allah. Sentiasa berDoa + berUsaha + berTawakkal Insya-Allah akan ok kan. To my cousins, friends, best friends and you, good luck. Tiada yang mustahil. FIGHTING !!

Bubye !
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

It's November la

salam.


Hello. Hari ni bulan November sudah. sedar bha kan? . SPM gonna be 6-27 Nov. Tak lama lagi la. Tapi tidak bermaksud tiada masa lagi untuk study. Be cool guys. Tapi jangan telampau cool, nanti ter freeze betul-betul baru tau. huhu. Well, once again it's 1 November. Kebetulan hari ni hari jadi kawan saya. Exzreena atau lebih popular dengan nama Ezee, Sweet 7teen. Happy birtday yaww. Enjoy ur day. Alang-alang sudah buat entry ni, apa salahnya wish kawan. hehe. 
Wah, dekat betul dengan tarikh SPM. Nasib baik jauh sikit kalau tidak, tidak celebrate birthday la agaknya.. huhu. Btw, bulan ni merupakan bulan yang sangat penting bagi calon-calon SPM. Di sekolah tadi pun kami baru jak susun meja. Agak memenatkan dan gementar gila! huu~ Harap semua berjalan dengan lancar.


Dear November,
please please please please please please please please please please please please please please please please please be nice..


Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Isnin, 1 Julai 2013

Esok Sukan :)

Salam,

Someday, I WILL ride a horse.


Uwahhh. Esok sukan sekolah la. 3 hari di kompleks. saya pergi tapi saya tidak ikut sukan. hhe. saya jadi penonton dan pada masa yang sama jadi penyorak juga. Tapi sorak khas untuk kawan-kawan saya yang ikut sukan. Ramai juga dorang. Saya pergi kompleks pun sebab kawan-kawan. Nasib baik dorang ikut sukan, kalau tidak.... susah mau nampak muka saya di sana. hoho. *Pecah rahsia . 

Saya sebenarnya mau ikut perbarisan rumah sukan Puma. Cuma, masalahnya petang ada latihan juga. Banyak problem kalau mau pergi petang. So, bye bye la. Tidak dapat ikut. Btw, saya mau tengok kawan saya bersukan dan harap-harap cuaca tidak lah panas sangat. haha !

Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 22 Jun 2013

Ahli Keluarga Baru (:

Salam,



Ini lah dia, tambah lagi ahli keluarga kami. haha. Anak kucing baru. Saya jumpa si kecil ni di semak dekat rumah. Setelah mata liar mencari dan telinga yang peka dengan bunyi.... *cewahh. Saya berjaya jumpa ni kucing. Dia sesat so boleh dikatakan saya bukan mencuri kucing la kan. Tuan punya kucing saya tidak tau so, mungkin saya akan jaga kucing ni. Lagi pun dia comel. haha. Warna dia coklat putih. Mau dikategorikan kucing siam tidak juga sebab mata dia bukan warna biru. Biasa jer.. Ekor dia panjang. Lebih panjang dari ekor kucing saya yang satu tu. Cuma, kucing kecil ni sangat sangat lah bising. Mungkin sebab dia cari mama dia kali. Sebab masih kecil kan. Saya tidak sabar mau tunggu dia jadi besar. Harap tidaklah bising lagi.

Tapi kalaulah ada tuan dia yang tiba-tiba muncul mau ambil ni kucing nanti.... hmmm, mungkin saya bagi balik. *walaupun tidak sanggup  )': Sebab kucing ni bukannya kucing saya ( dari awal dia lahir) . Saya pun pernah rasa hilang kucing. Dari enam ekor tinggal seekor. Sampai sekarang saya masih mau cari. Apa boleh buat. Telampau comel bha kucing saya sampai tinggal seekor. huhu. K, itu jak.


Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 13 Jun 2013

Le Mille e una Torta di Dany e Lory ♥ : TORTA RAFFAELLO




Le Mille e una Torta di Dany e Lory ♥ : TORTA RAFFAELLO: RICETTA DI:  Francesca Borgogni Pan di spagna Ingredienti: 6 uova 180 gr di zucchero 75 gr di farina  75 gr di fecola un pizzico di sa...

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

I'm In ! Maxis Cyber Kids Camp.

Salam



Sekarang ni, saya sedang mengahadiri Maxis Camp Cyber Kids bersama dengan rakan-rakan yang lain. Kem ni bertempat sepenuhnya di Pusat Sumber SMK.Keningau. Kem ni berlangsung dari hari rabu sampai jumaat (esok). Kami diwajibkan tinggal di asrama so, terpaksalah tinggal di asrama. Pagi sampailah ke malam kami mesti pergi pusat sumber yang berada nun jauh dari asrama terutamanya asrama aspuri. OMG. Sangat memenatkan dan semestinya membakar lemak-lemak yang ada di badan *tambah kurus la jadinya nie. sebab tangga pergi asrama macam mendaki bukit. Rasanya mendaki bukit lagi senang kot dari naik turun tangga. *hho..cuma andaian.... Tapi semua tu dapat dibayar balik sebab program cyber kids memang best. Banyak pengetahuan tentang ICT kena ajar. Terutama Android yang kami baru belajar tadi. Esok hari terakhir. Sekejapnya masa berlalu...

Peserta semuanya ada 30 orang dari kelas-kelas lain... Dari kelas saya ada 7 orang jak yang ikut. Lisa, Clare,  Mawar, Helinda, Emeldson dan Adi :)) So, tidaklah sunyi sangat sebab ada juga dorang. hehe. kazen saya pun ada ikut juga. Tapi kami tidak satu kumpulan. Happy juga sebab rupa-rupanya kazen saya mempunyai  minat yang sama dengan saya. Ada geng sudah la ni. hehe. k, that's all. Bye.


Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 22 Mei 2013

Exam 1 . Done

Salam.

Rise Of The Guardian. Best cerita nie.

Gambar tiada kaitan dengan entry ni ok. Sorry. i've just fall in love to Jack Frost after watch the movie. Ok. At last. Our first exam was finally finish . It's kinda tiring because everyday i have an appointment with my beloved books. yey ! Well, hope it worth . Apapun yang terjadi, saya berserah pada Allah. Insya-Allah lulus dengan baik. TAWAKKAL . Jangan terlalu yakin nanti kecewa. Yang penting, saya happy ! Exam dah habis. oh yeah. Ini merupakan saat-saat yang sangat manis bagi setiap pelajar. Tapi yang spoilnya... esok ada gotong-royong di sekolah dan kokum. Saya malas sangat tapi tidak apa lah. Apa salahnya luangkan sehari di sekolah, cuti dua minggu menanti di depan. OMGucci. tak sabar rasanya. huhu. Sebenarnya saya pergi sekolah esok sebab ada taklimat pasal add-maths . Ada kerja kursus yang perlu di buat sepanjang cuti sekolah ni. Tidak dapat saya bayangkan. Harap-haraplah boleh buat dengan baik. Selain tu, saya mau meluangkan masa saya dengan kawan-kawan di sekolah. Walaupun dorang tu gila-gila, saya tetap suka kawan dengan dorang. hehe. Oppsss.. That's all. Happy Holiday. Kami tidak pergi mana-mana. " yeeey! " [ suara mendatar ] But it's okay, as long my family always there by my side. PEACE !


" Every Moment was so Precious- Jack Frost 


Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 10 Mei 2013

Selamat Hari Mama :)

Salam



Lama sudah tidak buat entry baru. HAI ! . Selamat menyambut hari ibu. Rajin- rajin hari ni. Jangan malas malas sebab, hari ni kan hari ibu. Lagi bagus, jangan bagi mama buat apa-apa hari nie. Today, She's the Boss. Make her happy. Jangan buat mama marah. Esok baru boleh. ? . Orang cakap, makin besar makin kurang kena marah sebab tau apa yang patut dan apa yang tidak patut. Fikiran pun lebih matang . Tidak begitu ?? [ tengok cermin. hmmmm. ]


Kiri saya yang buat, kanan pula adik . 
Masih elok walaupun sudah 5 tahun berlalu. 
Nasib baik tidak jadi mangsa lipas (:


Beberapa bulan lalu, waktu datang mood rajin saya untuk kemas-kemas almari, saya terrrrjumpa kad hari ibu yang saya dan adik buat waktu gulu-gulu [ dulu-dulu ] zaman sekolah rendah atau boleh dikatakn masa comel-comel dan biut-biut. Setelah enam tahun kemudian baru lah saya terrrjumpa balik tu kad yang belum diberikan kepada mama. Saya terrringat pula masa lalu, waktu saya dan adik berpakat mau buat kad untuk mama. Tapi, entah kenapa sampai sekarang belum kena bagi. lupa kali kan.? Nasib baik hari ni hari ibu, dapat lah saya bagi. At last ! sekali kena buka tu kad, punya buruk tulisan kami. terutama tulisan adik saya. hahaha. saya tidak tau lah dia guna jenis tulisan dari zaman batu mana, tapi nasib baik boleh baca. Itu pun ambil masa 1 minit untuk satu huruf. opsss. Biasa lah kan, budak-budak. Tulisan cakar ayam. I don't want to say much. Mama, Selamat Hari Ibu. We love youu.

Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 28 Februari 2013

Baju for me :))

Salam,



Ellow ! terus kepada cerita.. walaupun hari jadi saya telah berlalu beberapa minggu yang lalu, kawan rapat saya yang bersekolah di SMK Gunsanad ( bekas sekolah saya waktu saya form 2 ), bagi saya hadiah melalui postgirl kami. aduii, susah-susah saja dia nie. saya memang langsung tidak terlintas mau dapat hadiah dari siapa-siapa bha.  tiba-tiba postgirl kami, si Aminah bagi saya di kelas waktu pagi-pagi. saya gembira sangat. siapa juga yang tidak happy kan.. bestfriend saya yang satu pula, belum bufday saya lagi, dia sudah bagi hadiah. hha.  tapi rasa macam menyusahkan dorang pula. by the way, terima kasih sangat sangat sangat Suhana Md Said @ Nana dan Nurlisa Adzhar. You guys know me very well . haha. Dan terima kasih juga kepada kawan-kawan lain yang wish dan bagi doa yang baik-baik belaka. Thanks. lebbiuu muahh!

Sebaik-baik hadiah adalah DOA :)



sayonara.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 24 Februari 2013

Pertunangan Kakak Sepupu

Salam, 


Hai hai. Hari ni mau share sikit pasal pertunangan kakak sepupu saya. sebenarnya lama sudah. masa cuti tahun baru cina lagi, tapi sekarang baru ada masa untuk bersama dengan blogger. sorry la, lambat pula buat entry. hhe. saya dan kakak saya kena minta jadi orang yang memegang hantaran so, saya  berpeluang mengambil beberapa gambar dari jarak dekat. i like it. tidak juga banyak saya dapat ambil sebab... malu bha. ramai orang lagi tue. saya pula sibuk mengambil gambar itu dan ini. pelik pula. kesian handphone bapa jadi mangsa. lain kali beli lagi handphone canggih kioo. Ok, cerita pasal kakak sepupu saya. sama padan sama cantik, dua-dua secocok. cehh, tambah-tambah peribahasa pula. kakak saya pun cakap macam tu. padan. muka dorang ada iras-iras sebab tu memang jodoh kali, katanya. orang cakap, kalau muka ada iras berkemungkinan orang tu jodoh kita. tapi ada juga yang tidak. well, jodoh tu Allah saja yang tahu kan.. Apapun, congratulations !! Everyone were happy for you :)) tidak sabar mau tunggu bulan lima nanti. hhe.

Marry Someone Who Will Make 
You Fall In ♡ With Allah
Every Single Day



curi gambar dari facebook abang. hhe













sayonara.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 10 Februari 2013

Apa Yang Saya Suka Tentang Tahun Baru Cina.

salam,


Happy Chinese New Year for those who celebrate it. saya mau share sikit tentang apa yang bestnya masa tahun baru cina ni. pertama sekali, malam sebelum tahun baru semestinya kedengaran bunyi mercun berdentum- dentum di langit. wah. macam semalam. sampai termasuk mimpi tu bunyi mercun bha. it was so loud. selalunya tahun baru cina seja lah yang paling banyak mercun kan. i like fireworks. malangnya semalam saya tidak nampak sebab terlindung dengan bangunan sekolah. memang menghalang pandangan saya. but it's ok.
Seterusnya, yang paling saya suka ialah tanglong. yeahh. most favourite things that i like. it was so beautiful ! kalau dilepaskan beramai-ramai memang begziss la ! cantik sangat sangat. sebab mungkin ada cahaya di dalam tu dan of course mempunyai pelbagai warna. colorful but harmony .

Tahun baru cina semestinya banyak limau mandarin. mmm. yum yum. sedap lah. kualiti limau yang baik, manis dan semestinya murah. hhe. habis lah ni tau. nanti balik sekolah mesti hidu bau limau jak. hha .

perasan? asal ada perayaan mesti barang-barang banyak discount. cewahh. pantang nie dengar discount-discount. hha. wah bestnya ! jum shopping. shopping tu shopping juga tapi ingat, kenalah berpada-pada. k.
ada banyak lagi sebenrnya kenapa saya suka but, next year lagi yah. InsyaAllah. jika ada salah dan silap harap dimaafkan.

Let's celebrate and have some fun
As here comes the New Year
May each day of the coming year
Bring along many reasons for celebrations.


bubye.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 1 Februari 2013

Happy Birthday me

salam.


Alhamdulillah. i'm 17 teen years young now. gosh. i don't believe it. but yeah. this is reality. i have to believe it. i want to enjoy everything i do, have fun, be positive, more happy, be good and be better. i hope everyday will have a miracles that will made my day. i'm 17 teen. so, what's my plan? study. and do my very best to face the damn SPM. most scariest exam i think. lol. and of course, do the best on everything i do. wish all the best for me.

"Happy birthday. May Allah bless me."

bubye.
wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 26 Januari 2013

A Gift From Bestfriend :)

salam.

hey. minggu lepas kawan baik saya yang bernama Nurlisa Adzhar atau lebih dikenali sebagai lisa, telah menceriakan hari saya. she gave me something precious. maybe it's small but, it means lot to me. thank you Lisa. i really like it :')







bubye.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 25 Januari 2013

Things Change

salam.


lama sudah tidak buat entry baru. kebelakangan ni memang sangatlah sibuk. tapi tidak lah sesibuk YB kot. sibuk sebagai seorang yang bergelar pelajar. biasa lah tu kan. [motivasi sendiri] rutin hari-hari sama jak. kadang-kadang rasa bosan lah pula. hadehh. by the way, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya lalui sekarang. hari yang saya lalui ni sebenarnya tidaklah teruk sangat. walaupun saya rasa bosan dan kadang suka mengeluh; take a note:suka mengeluh sekurang-kurangnya rutin kehidupan saya tahun ni agak berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya. saya bersyukur sangat. sebelum ni, rutin harian saya sama jak. bangun pagi, mandi, pegi sekolah, balik sekolah, makan, main game, tidur sampai larut petang, bangun bingung-bingung, mandi, buat kerja rumah, tidur, dan begitulah sekiannya. hari-hari dengan perkara yang sama. tapi alhamdulillah, tahun ni agak berlainan dari tahun sebelumnya. tahun ni saya banyak penat. dengan kerja sekolahnya yang bertimbun-timbun di atas meja dan kerja kelas tambahan yang ada dalam beg. yeyy. [buat-buat suka] . tahun ni ambil SPM so kena hardwork sikit  banyak. tambah kurus lah saya ni. biar. i don't care lah. yang penting sihat. hho. sihat lah sangat tu. tidak apa lah. InsyaAllah saya dapat hadapi semua nie.
well, i hope everything went smooth and wish good luck for me. dear me, please be strong. you too :)

" If you work really hard and are KIND, amazing things will happen ". Amin..

bubye.
wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul.

salam.


salam maulidur rasul kepada saudara islam. hurm. ada ikut perarakan? saya tidak dapat ikut kali nie. sedih juga lah. jeles nampak orang berarak tadi di pekan. sepatutnya kami ikut perarakan di tenom. ikut perarakan keluarga kami. keluarga pakcik Raidin. tapi bapa jak yang pegi. kami tidak. mama cakap mama mau ikut perarakan hospital. tapi tidak jadi ikut. entah. pening kepala katanya. saya pula terpaksa pergi kelas tambahan. sebenarnya saya tidak mau pegi tapi dipaksa mama. so, terpaksalah merajinkan diri untuk pergi kelas tambahan. don't want to say much.

"Take everyday as a chance to become a better muslim" - Tasnia Gazi :)

bubye.
wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥