Selasa, 6 November 2018

Kehidupan Baru Di City Of Nature Sandakan




Selamat Pagi kota baru ku, Sandakan. Ini lah pemandangan setiap kali bangun dari tidur. Kebetulan tingkap bilik tidur menghala bandar-bandar kecil. Kalau gelap nampak cantik ja lampu-lampu bangunan dan pergerakan kereta kesana dan kemari. Memang a good start orang bilang. Alhamdulillah. Waktu sini pun berbeza juga. Siang agak awal dan matahari cepat turun. Sebelum pukul 6 sudah gelap, habis kerja pula pukul 5 jadi, jom cepat-cepat balik rumah.

Al kisah kenapa tiba-tiba terhumban dekat sini panjang cerita nya. Jadi saya singkatkan, yang saya telah melapor diri buat kali yang pertama untuk berkerja di Hospital Duchess Of Kent Sandakan (HDOK Sandakan). Nama Hospital pun sudah wow semestinya tempat kerja pun wow. Besar, ramai pesakit, ramai staff, banyak unit dan yang penting staff yang peramah dan baik hati. Sejujurnya saya tidak menyangka akan bertugas di tempat seperti ini. Hati saya lebih mahukan klinik sebenarnya. Mungkin sebab organisasi klinik yang kecil boleh membuatkan saya cepat selesa, kurang tekanan dan mudah untuk mengenali staff-staff yang ada dengan cepat. Senang kata, saya mahu bertugas di tempat-tempat yang kecil sahaja.

Tapi saya percaya dengan ketentuan takdir. Saya percaya bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya percaya buat masa ini, ini yang terbaik untuk saya. Mungkin ada sesuatu yang perlu saya belajar dari sini. Tabah kan hati selalu lah. Redha dengan ketentuan-Nya selepas satu-satu yang diinginkan tidak dapat berjalan seperti yang dirancang. Jauh dari keluarga, jauh dari si dia. Sokey. Bukan kita sorang ja yang berkorban. Jadi kena kuat.

Itu sahaja untuk entry kali ini. Gigih la juga menaip walaupun malas. Kita sambung next time. Terima kasih you, sudi baca. Hehe. Cerita ni simpan disini saja jangan membawang dekat luar. Saya kasi lada mulut tu nanti. Muahhahah.




Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 19 Oktober 2018

Konvokesyen 2018 Done


9.10.2018

Alhamdulillah. Selesailah sudah Diploma in Pharmacy. Pengajian selama 3 tahun sudah berakhir. Banyak suka pahit duka yang berlaku sepanjang merantau di perantauan. Dengar lama tapi bila kita sendiri yang lalui rasa sekejap ja. Ini pula maksud para senior saya yang lepas bila bagitau kami "3 tahun tu sekejap jak tu". Ingat lagi masa tu saya baru semester 2 dan bila dengar senior cakap macam tu saya serta roomate buat reaksi 'tangan ke bahu, mata pandang atas'. Susah untuk percaya kata-kata manis tu. Seriously. Sebab setelah menjejakkan kaki ke tempat baru, saya rasa dunia saya berubah 360 darjah. Dari kelas yang dua empat jam sehari, kadang dua jam ja sehari bertukar ke classhour (8 am- 5 pm). Selalunya officehour entah wujud ka tidak perkataan tu whatever. Kehidupan saya di Universiti sebelum ni saya boleh katakan lagi teratur dan nyaman. Nyaman? HHHAGAHGAHAH. Okay abaikan saja. Hormon kurang stabil. Jom kembali ke mood formal. Saya tidak mengatakan yang kehidupan baru ni tunggang langgang tapi saya lebih suka mengertikan ia sebagai cabaran. Cabaran baru dalam hidup.

Jadi apa yang saya perolehi dari segala kehidupan suka pahit duka sepanjang perantauan 4 tahun ini ialah, jangan sesekali cakap kita tidak mampu selagi kita belum melaluinya. Just do it. Follow the flow and you will get used to it. Alhamdulillah. Saya yang sering lemah semangat ni, yang pemalas ni, sering sakit, kuat tidur ni mampu melaluinya dengan baik. Think positive and positive vibes will come to you in shaa Allah. Percaya pada ketentuan-Nya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu jalani suratan takdir dan lihat apakah mesej disebalik perkara yang berlaku. Oh darling because everything happens for a reasons. 

Kehidupan baru adalah permulaan hidup yang baik. Masa untuk mulakan hari yang baru, nafas baru, new life, new chapter, segalanya bermula dari kosong. Buatlah yang terbaik dan nikmatilah while it lasts because time won't come twice. Tidak mengapa jika permulaannya tidak sebaik yang lepas atau yang dijangka. Sabar. Ups and downs dalam hidup adalah normal. Dimana ada jatuh, disitu ada bangun kembali. Jangan putus asa. Get up, get up. Yeay!





Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Selasa, 25 September 2018

Looking Forward To Convocation



Buang balik waktu :')

Assalamualaikum dan Hello. Convocation is just around the corner and i am not preparing anything yet. Malas. Itu yang ada di sudut hati. Tidak terlalu excited. Itu yang berada di fikiran dan sedikit sedih. Itu yang terbuku di hati. What is wrong with me oh i don't know. Rancangan saya tidak berjalan seperti yang dirancang dan ini membuat saya kecewa sedikit. I was hoping too much. That's the problem. My fault.

Sepatutnya graduate dekat Perak (ILKKM) but things aren't going as 'we' planed jadi saya terpaksa graduate dekat Sabah sahaja (UMS). Banyak sebab perubahan rancangan although i don't want to but  i have to. Because i have no choice.

From my deepest heart, i am truly sorry for my man. We can't graduate together as we planned. There's a lot of things we want to settle up. Which is the main reason why i want to graduate there. In case if he still remember. Haa speaking sudah. Sorry. Saya teremosi sikit di siniiii. Also i just can't imagine graduate di tempat asing. I mean, I don't know this place as much i know about my place. The place where i studied. Hello ? The surroundings a totally TOTALLY different. The face also i don't really familiar with. *crying inside. But the most loudest scream is, I WANT TO GRADUATE WITH YOU !!

I never forget to tell myself that it's okay, it's okay, it's okay that things aren't going as we plan.  I wonder if he's got this heartbreaking feelings too. If yes, i'm sorry. I'M SORRY! *again. crying inside. Saya juga tidak menyalahkan takdir. Sebab saya tahu perancangan Allah lebih baik dan sudah tersusun dengan cantik. For both of us of course. We just have to be strong and never give up also hard work to make it happen, as He planned. 

Dear beloved readers, please pray for us. Agar urusan dan hubungan kami dipermudahkan. Ke arah yang lebih baik. Amin. Thank you :')




Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 13 September 2018

My All Day Life Routine ?


Image result for bed book laptop white


Assalamualaikum dan Hello para pembaca yang begitu tekun. So saya ingin berkongsi tentang serba sedikit rutin harian saya selepas habis study ni. HAH ME DAH HABIS STUDY UOLLS. Alhamdulillah pengajian selama 3 tahun dekat perantauan berjaya ditamatkan dengan jayanya. Actually almost 4 years dekat perantauan and i'm happy bout it. Banyak pengalaman sedih pahit tawa duka.

Back to the track, bulan ni termasuk 4 bulan *termasuk cuti sem kalau diikutkan duduk dekat rumah doing nothing. I mean, not working. Hanya berkerja dalam rumah. You know, home stuffs. Or shud i say working as a suri rumah sepenuh masa ? Eh. Belum lagi sepenuh masa. Sebab saya belum kahwin. EH EH EHHH. HAGAHGAGHA. Well, just doing the basic things that you should do when you're at home lah.


WHAT I DO IN MY ALL DAY TIME ?

Kemas rumah. Of course lah. This is a must. Memastikan keadaan rumah dalam keadaan yang kemas dan teratur serta bersih di setiap sudut. Lagi memenatkan bila tinggal dalam rumah banglo ni. *Banglo la ssssaangattt. Cakap ja lah cepat semput :')
Tapi to be honest, saya ni bukan rajin sangat pun. I just can't stand when things are not in the right place. Berterabur la katakan. Rasa macam geeerammmmmmm sangat.

Lepas tu, masak atau erti kata lain belajar masak. I usually cook for lunch and dinner. Masak simple-simple ja. Sampai naik bosan makan makanan sendiri. For your information i'm not really good at cooking. *Trying to be honest hereeee. hahhagaha. But i'm not the zero one lah. I mean i can cook but not yet a really good chef. How shud i explain this. Contohnya, kalau ada orang tanya reti masak atau tidak i will probably say no or not really. Sebab segan lah mau cakap pandai. Jadi saya mengambil peluang yang ada ini untuk meningkatkan kemahiran memasak ni dari hari ke hari. Alhamdulillah boleh lah sikit-sikit. Don't worry future husband. Awak dan anak-anak takkan kebulur kelaparan. Janji ada bahan-bahan dalam dapur tu :')

Me also making sure that all my pets get enough foods and loves. Sementara ada dekat rumah ni lah masanya untuk memberi kasih sayang dekat meow-meow dalam rumah ni. Semua orang dalam rumah ni busy. Selalu seharian tiada dekat rumah so kesian dekat kucing-kucing kurang perhatian sampai ada jadi gangster pun ada. Memandangkan saya sahaja satu-satunya hantu kucing dalam rumah ni jadi segala tanggungjawab perlu dijalankan. Still, i'm happy. They just sometimes release my stress i dunno. 

Kadang kalau rasa kekeringan duit, saya akan merajinkan diri menjual baju preloved. Sebulan sekali ja. Setakat ni sudah join dua kali. Baru dua kali :') Alhamdulillah. Boleh lah dapat habuan sikit. Dapat juga guna untuk benda berfaedah bayar itu ini. Seronok sebenarnya. Dapat duit mestilah seronok kan. Enjoy pun enjoy.

Perlu ka selitkan main Twitter ? Sebab ini pun terlintas dalam fikiran. Memang ada pun. HAHA. Yah. I mostly spend my time with Twitter setiap kali settle semua benda. I dunno. Dunia Twitter sangat menghiburkan dan semestinya untuk mengetahui berita terkini. Sorry i couldn't stop from not opening it :') Me budak Twitterian than Instagramnian. Is that spelling exist oh i dunno. Still i have both. Do add me on Instagram and please not my Twitter. I beg you. Me bebel merepek.

What else ? Banyak lagi tapi mungkin tidak penting sangat. Jadi sampai sini sahaja entry kali ini. Next time saya bebel lagi. I wonder kalau ada orang yang baca sampai habis. If yes let me know :) 

Also if you don't mind, will you share some of yours everyday routine? Boleh juga tambah aktiviti saya dalam rumah sebab kadang kala i can be super boring. Thanks you.



Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 12 September 2018

Admin Tertidur




Salam dan hai. Maaf lah atas kelewatan meng-update blog. Kemalasan melanda diri lagi. Seperti biasa ikut angin. Angin kencang maka lancarlah penulisan saya dalam blog ni. Lancar ke ? Not really. Petang ni mood blogging tetiba datang disebabkan dua faktor. Pertama, sekarang i'm at my sister's working place so i don't have things to do except blogging. Second, sebab followers sudah bertambah sikit dan ramai yang lawat blog usang ni dan me sangat terharu :') So it's time fto visit them back. Thank you by the way. I'll try to keep with you guys the best i can. Love ya!



Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 12 Ogos 2018

Tutorial Cara Letak / Tukar Favicon Blog



Did anyone notice my favicon sudah tukar? Just now. Dulu kalau perasan gambar bintang dan bulan tapi sekarang sudah tukar jadi my favorite mini little Totoro. Alhamdulillah. Berjaya! I'm so obsessed with this little thing. Sungguh comel dan innocent. I've been thinking if the favicon format need to be JPEG, GIF or PNG? Memandangkan sudah lama tidak tukar favicon so sudah lupa. I've tried many times and finally i made it. So let's begin with this not so very tutorial. More to sharing what I know to help you. I'll try my best to make it simple sebab harap maklum saya suka membebel :')



1. Buka google dan taip nama gambar yang anda inginkan. For me saya terus letak saiz sekali. Whatever saiz yang penting jangan lebih 100 KB. As long it's under 100 KB than it's fine. For me i put 99 KB and in *gif format sebab *gif ni format dia memang kecil sikit. I dunno.



2. Right click gambar yang anda berkenan dan tekan Save image as. Save image dekat mana-mana tempat contoh Desktop. Senang cari.



3. Sudah save image dalam laptop, boleh lah ke dashboard blog anda. Klik Layout seterusnya, klik Edit dekat Favicon.



4. Boleh lah Choose file. Pilih lah gambar yang telah di save tadi tu dalam Desktop. Selepas tekan open, file tu memang akan take time sikit. Kalau sesuai, gambar tu akan terpapar kecil dan boleh lah save. Kalau error mungkin disebabkan saiz gambar tu besar sangat, atau tidak square and so on. Save and you're done! 

Almost forgot, kalau sudah save, lepas tu tekan view blog tapi favicon still belum muncul, relaks. It's normal. It will take a while so you can go drink some coffee and chill. If you wanted to change the favicon later you can do the same step. Thank you for reading, bye :)






Me baru lepas minum susu Dutch Lady Full Cream.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 11 Ogos 2018

Cara Screenshot Bagi Windows 8 & 10




Super easy and simple. Hari ni disebabkan terdesak sangat mau screenshot melalui laptop ni me try to google and google dapat lah jawapan. Sebelum ni ada cari juga tapi susah pula mau jumpa cara yang betul. So i think maybe there's people out there that having the same problems like me dan saya ingin berkongsi pengetahuan baru ini. Laptop Asus saya merupakan Windows 8. And this tutorial for users Windows 8 and 10. Here we go.



1. Bagi windows 8 dan 10 anda boleh tekan  Win +  Print Screen. "Win" tu merupakan kata singkatan bagi "windows". Perkataan tu tiada dalam keyboard sebaliknya dalam bentuk gambar tingkap sebaris dengan spacebar. 

2. Screenshot tadi boleh cari dalam "Pictures" folder and look for "Screenshots" folder. Done.

*This PC/Computer → Pictures → Screenshots


Super senang rupanya. Well that's all. I hope membantu. Thank you.





Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Jumaat, 10 Ogos 2018

Keep In Touch With Blogging




How struggle i am to keep in touch with this blog. Sometimes i got a lot of time to write but not my mood. Sometimes i really want to write but my time pula pack. Sekarang masa bercuti jadi saya akan cuba sehabis baik untuk meninggalkan jejak di setiap bulan. To be honest, saya sendiri tidak pasti macam mana boleh terjebak dengan blogging ni. Same goes to Twitter. Pertama kali buat entry pada tahun 2009. Masa tu umur 13 tahun dan sekarang 22 tahun. Can you believe that ? Sudah berusia sedikit blog ni. It's already 10 years. Dan saya sedaya upaya untuk setia bersama blog ni hingga lah berkeluarga suatu hari nanti inshaAllah, Amin.

Well motif utama blog ni adalah untuk share tentang kehidupan saya yang tidaklah begitu menarik berbanding orang lain tapi yes menarik bagi saya. Syukurlah masih ingat motif utama buat blog ni. It's funny sometimes bila tengok balik penulisan zaman dulu dengan sekarang and all the stories that i wrote. Penulis sendiri baca penulisan sendiri pun boleh tergelak ni kan pula my anak cucu cicit suatu hari nanti kan. Well this is your mama and nenek masa zaman muda dulu. Ok i'm starting to talk to myself.

So i don't hell cares about how many people are reading my blog. I only cares my writing that will became a memory someday. Saya harap saya dapat kongsi sesuatu yag bermanfaat buat diri saya sendiri dan orang lain. Everything happen for a reasons aite ? Also you. You came here and read this entry for a reason. Even if we didn't see it but there must be a reasons why you were here. Same like we met people for a reasons. So never regret meeting people. They had tought us something. Be happy and always be grateful my dear. You had found something new happening in your life. Good for you.






Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 9 Ogos 2018

Perjalanan Ku Mengambil Lesen Memandu Kelas D






Syukur Alhamdulillah. Akhirnya lulus juga. Untuk pengetahuan anda semua, ujian JPJ saya kali ini merupakan ujian kedua atau  to be honest, ulangan. *Jujurnya akuu huhu. Ya. Banyak bazir duit di situ. Kalau difikirkan balik memang sejak dari awal mendaftar memang banyak bazir duit. Untuk pengetahuan anda  lagi, me sudah dua kali mendaftar kelas memandu. Dan semestinya di tempat yang berbeza. Also dua kali ambil ujian komputer. Pertama dekat IDA Keningau, it was a long time a go.  Tempat belajar memandu sini memang best. I can say that it was VVIP place. Merupakan satu-satunya tempat memandu *litar yang beratap. So sangat selesa, tidak panas dan paling penting muka kamu tidak akan hangus digoreng bersama minyak muka. Second pula dekat Perak. 



Gambar dekat atas tu lah hasil ambil ujian komputer dua kali. Alhamdulillah. Target 50 markah sebenarnya sebab mau kena belanja KFC oleh orang tuuu tapi apakan dayaaaaa. Belum rezeki. Study satu malam sebelum duduk ujian ni. Kalau bagi tau awal-awal mau belanja KFC bagus juga. Memang seminggu belajar pasal peraturan JPJ konfem cemerlang. HAHA. By the way i study by using the application from playstore - Ujian KPP- Lesen L. *semuanya ada di hujung jari pada zaman ini. Selepas ja lulus terus uninstall. Salah satu penyumbang memori penuh. Whoever invent this app, thank you. You are a genius sebab bagi soalan bocor. Soalan sebiji macam dalam ujian. Some of it lah. Still, need to do a lot of practice to memorize it :')


Pertama kali mendaftar masa tahun 2014. The entry was HERE if you guys remembered it. Masa ni lepasan SPM. Kata orang freshy gitu. Sebelum lanjutkan pelajaran ambil kesempatan untuk dapatkan lesen memandu la katakan. But my plan aren't going as i plan. Sempat ambil ujian komputer ja. Bulan oktober saya terpaksa melanjutkan pelajaran saya di Universiti Selangor named UNISEL in Bestari jaya (BJ). *Cehhh masih ingat. In what program? Information Technology (IT). It was a fun course since computer is not my enemy until i met JAVA SCRIPT dan segala html whatsoever. For your information, besides math, this subject also killing me :)


Kenapa macam cerita terpesong sikit ni HAHAHAHA. OKOK. So masa sambung belajar tu memang langsung tidak terfikir mau sambung kelas memandu. Sampai lah ke Perak pada July 2015 till February 2018. Bayangkan berapa tahun hilang ilmu. I'm super busy with student life such as assignments, college activities, practical, research and also busy with my self like, i also need time for me ok. And our semester break was only 1 month. Memandangkan 2018 merupakan tahun akhir belajar di Perak, semester akhir la katakan, super senior. *terasa hebat. Me and my other two girlfriends sehati sejiwa untuk belajar memandu. Banyak faktor kenapa kami mau ambil kelas memandu. Pertama the price was a bit a lot cheaper than in our own hometown. Second, banyak masa free tapi tidak juga sebenarnya tapi a lot free lah berbanding sem dulu. Third, saya perlu ada lesen memandu sebelum kerja.




Selepas tamat belajar saya berjaya habiskan kelas memandu di bahagian Pra Test JPJ (QTI) sahaja. Tidak dapat habiskan dekat Perak sebab banyak faktor. So berpindahlah ke IDA Keningau balik. We meet again in 2018. It's a bit risky because i need to know all the track that i need to know. The litar also were not same like Perak. Maksud saya urutan mana perlu buat dulu dan habis dekat mana, cara masuk dan berhenti sebab semua tempat ada tanda keramat masing-masing. And also the tips from my driving teachers are not the same. Saya ada tiga cikgu memandu dan setiap satu ada tips masing-masing dan saya perlu experiment untuk cuba setiap satu mana yang sangat mudah untuk saya. This made my head blow. Everything was mixing together became rojak. Dan satu lagi, dekat Perak hari tu drive kereta Kancil, dekat sini pula Viva. Like i said it's so risky and tiring. Saya tambah kelas 3 jam sebelum ambil ujian JPJ. Dua jam litar dan sejam untuk lebuh raya.


Giliran memandu yang ke 10 daripada 23 orang. Saya dapat kereta Axia. Nasib tidak menyebelahi, saya gagal. Sangkut dekat selekoh Z which my tayar belakang pijak benteng. Sangat sedih dan stress.  But this is not the end. I should cari penyelesaian untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama berlaku. Mungkin saya kurang latihan (3 hours is not enough), kurang keyakinan apatah lagi dapat kereta Axia sebab i never drove Axia before. Pusingan steering berbeza dengan Viva. Also steering axia lembut. Suka steering dia tapi mungkin belum pandai handle masa tu. Second time dapat Axia rasa best pula. Sebab sebelum ambil ujian kedua saya tambah lagi kelas 2 jam dalam litar menggunakan kereta Viva dan Axia. Alhamdulillah lulus juga akhirnya. So jom pandu kereta.


Thank you to my all driving teachers for teaching me with patience. That's all. Terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa anda bersama penulisan saya. Cehh. Till we meet again :)







Dedaa.
Wassalam.




Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 25 Julai 2018

My First Preloved Item


Pada hari ini saya merajinkan diri menjual pakaian 'PRELOVED' dalam Hospital Keningau. Kebetulan anjuran daripada makmal if i'm not mistaken. So what is preloved ? Barang-barang terpakai tidak kisahlah apa-apa pun yang penting masih elok dan cantik serta boleh digunakan oleh orang lain. Nilai dia pula mestilah rendah sikit daripada nilai sebenar yang kita beli dulu.


Untuk jualan saya pula berbentuk baju-baju, tudung dan seluar yang terpakai atau erti kata lain dua tiga kali pakai lepas tu tergemuk tidak muat dan perlu di jual. HAHA. Majoriti RM 5 jak. Banyak murah sudah tu mak cik. Mau lagi murah harga RM 3 only. Tapi sesetengah pakaian sahaja tengok keadaan pakaian tersebut. Mulut banyak manis kita bagi 3 for Rm 10 yeayyy tepuk. So item yang dijual harga from RM 15 till RM 3. If i'm not mistaken lah. Sebab pelanggan ramai yang mulut manis ooo. Biasalah yang membeli ni semua pangkat mak mak jadi bakat tawar menawar tu ada jaa. HAHA. Especially kawan mama. Suka sangat menawar.


Cari duit pada saat yang kritikal ini. Dulu setiap bulan ada ja masuk elaun tapi sekarang pandai-pandai lah cari duit. Memandangkan sis memerlukan duit sekarang ni. So huhuihui. It was fun tho and i enjoyed myself. But there's only one thing that i'm struggle in. Habuk baju. Debu baju? Whatever. Faham juga kan. Dari packing sampai lah ke unpack balik bersin ja dan semestinya hingus leleh. AKU TEWAS. Imma sooo sensitive to this stuff. Bulu kucing segala bebulu i'm sooo allergic to this thing. Semua orang pun sama kan. So, sepanjang menjual pakai mask. Include Mom. KAH. Tapi tidak lah pelik mana pun. Orang faham jaa. Lengang sikit buka lah. I need fresh air juga bah.


Untung? What i can say is, puas hati. Boleh lah untuk tampung beyaran lesen saya. Siap bahagi untung dengan mama lagi. HAHAH. Alhamdulillah. Penat tu penat juga. Tapi seronok. Duit mashuk kan mestilah seronok. KAH!








Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 15 Julai 2018

Pemetik Gitar As A Gift



Gambar ni hari terakhir junior dengan kami. Junior balik dulu baru kami sebab kami kena ikut Program Transformasi Minda untuk final sem. So sebelum dorang balik sorang junior ni mau jumpa. There she is. The specky one. Sheryl Micheal. She's one of my guitarist. She plays and also sing.  She got beautiful voice dan dia suka sangat main gitar. Bole dikatakan event persembahan dekat kolej ni saya bawa dorang join buat persembahan and join together as a team. Thanks to my friend too, Aileen sebab kenalkan kami. We made a great team. Senang mau masuk sebab dia friendly orangnya and playful haha. Dia bagi kami pemetik gitar yang dia selalu guna bila buat performance. Sangat terharu. Saya pun salah satu pengguna dan penyimpan pemetik gitar juga. Kalau tidak guna pun simpan ja lah HAAHAH. Really love it. I hope her dreams will came true someday. To be a professional guitarist.  And thank you for the gift! Please don't stop entertain people. Music unites people.





That's us. My last performance with my junior. Apa sudah nama grup kami ni lupa. HAHA. Ok lupa. Saya cuba ingat tapi lupa. What a bad memory i had. Kenapalah semua yang berdiri sebelah saya ni tinggi-tinggi. Dorang tinggi sangat atau saya yang pendek sangat ni. Terima lah hakikat. Saya paling kecik dalam team ni. Team lain pun sama juga. Semua lahh !! *hentak meja. Tapi i ok jerrr. 




Bubye.
Wasalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Post barang Melalui Laut




SANGAT MEMENATKAN. I don't know packing all your stuffs would be this hard. I'm crying inside. Perkara kemas mengemas ni perkara biasalah bagi pelajar kolej. Lagi-lagi bagi pelajar tahun akhir. Perlu bawa balik semua harta terkumpul yang tidak disengajakan dalam bilik. I don't know it would be this much. *crying. Lagi payah kami yang merantau dekat negeri orang ni. Jauh seberang laut china bawa balik benda "berfaedah" ni. Tiga kotak tu pos melalui kapal laut jak. Tidak mampu melalui darat. Satu mahal, dua tidak mampu. Iyalah badan ni memang sado pun mau angkat.


To be honest this is my very first time sending my stuffs by sea. So kalau pos barang melalui laut ni pertama mestilah barang-barang tu letak tempat yang selamat. Senang cerita bila sampai depan rumah tidak lah jadi macam biskut hancur. So best option adalah letak dalam kotak. Lepas tu pastikan berbalut. Pastikan tulisan-tulisan dekat kotak tu tidak nampak. Balut plastik hitam ka, kertas ka pun boleh. Janji "berbaju". SETTLE. Then boleh bawa pegi mana-mana tempat pos. Sampai ja terus tanya samada pos melalui laut ada ke idok. If yes, you can proceed. Minta borang yang perlu diisi. Me isi tiga borang sebab barang ada tiga so setiap satu perlu sebab setiap satu tu nanti kena timbang. Oh yaa. About the price pula, 1 kilogram/2 ringgit. Langkah selamat boleh lah timbang siap-siap guna penimbang berat badan pun boleh. Sama jak. HAHAHAH. *Teringat diri sendiri menimbang kotak di bilik guna penimbang berat kelas. Sungguh gigih demi tidak lari bajet.


Dan isilah borang dengan lengkap. Nama pengirim, alamat pengirim, nama penerima, alamat penerima, jenis item dan tanda tangan. Siappp byebye akan jumpa lagi sebulan nanti. Cuaca baik boleh jumpa kurang dari sebulan. That's all. Senang jerr tapi tidak bermakna saya suka buat benda ni. NO. HAHAHHA.


Moment hantar barang-barang ni semestinya ada. i can say that it was a D I S A S T E R . yeay. Menyesal tidak hantar awal-awal. Kali pertama hantar barang ni berlari, hari kedua lagi lah berlari-lari. KENAPA. Sebab masa tu adalah PTM week DAN KAMI SANGAT KEJAR MASA. Hari pertama mau hantar barang tu entah lah semua pejabat pos tutup awal. Terpaksa balik kolej angkat barang keluar kereta balik. Geram ja rasa serius. HAHA. Hari esok nya pula minta excuse keluar lama sikit tapi tidak boleh. Jadi we only got 1 hour to settle everything. Kalau sorang ja tidak apa lah juga kan, ni 4 orang yang setiap satunya ada lebih dari satu kotak. So kawan bawa kereta memang drift habis. HAHAH. Kami pegi dua pejabat pos. Sebab pejabat pos pertama tu penimbang rosak lepas tu terpaksa main drift ke pejabat pos yang kedua. Who knows tempat terpencil tu lah yang complete segalanya. Then driftt balik kolej. Sampai terus lompat keluar kereta lari masuk dewan. Sebelum masuk tu tarik nafas dulu bagi stabil then senyum pretend like everything is okey. Hakikatnya memang lambat sampai tapi sebaikkk pengajar yang menjaga tu baik. Bagi lepas ja. So that's all a lil throwback from me.


Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 14 Julai 2018

Hello 2018. I'm Back.

Salam.

Entry pertama untuk tahun 2018. Tahniah. Nampaklah sibuk nya macam mana. Sibuk ka atau malas.HAHAHA. I've been really busy at the beginning of this year. Iyalah tahun akhir pelajar kolej kan. Banyak benda kena settle. Urus itu ini. Pegi sana dan sini. P E N A T. But berbaloi. So sekarang i'm all free dan masa yang sangat sesuai untuk blogging balik. yeay. Saya cuba sehabis baik untuk menyeru mood rajin untuk blogging balik. Payah juga lah. So, wanna know more about what's happening in my life boleh lah terus kan membaca. Walaupun tidak best mana baca seja la aaaa~

By the way gambar tu gambar lama. 2015 i guess. 



Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥