Jumaat, 4 Oktober 2019

Goodbye My Dear Teeth

Assalamualaikum.


Hello bunnies. Seperti yang dijanjikan, jumaat lepas (27/9/2019) appointment cabut satu batang gigi. Saya rasa sangat beruntung kali ni sebab proses mencabut gigi berlaku dengan begitu cepat. It was PAINLESS.  Serious! Untuk pengalaman sebelum-sebelum ni proses jarum cabut gigi mengambil masa yang begitu lama. Mungkin sebab kali ni diberi suntikan kebas yang lagi cepat dan kuat? Ok jom cerita pengalaman.

Sejurus dipanggil nama, saya terus masuk ke bilik 10 iaitu bilik yang sama untuk cuci gigi (scaling) hari tu. Cuma kali ni tempat duduk/baring yang berbeza. Dalam bilik tu ada lebih kurang 4 buah kerusi/tempat baring khas for dental you know. KITA PANGGIL APA BENDA ALAH TU? Stress nya tidak tau mau panggil apa. Yang penting tempat cek gigi lah. Dan setiap satu warnanya lain-lain. Lawa. Tiba-tiba rasa hospital ni kaya sangat. *Tiberrr. Selalu kena duduk dekat dengan pintu, kali ni hujung sekali. Best lah. Rasa lagi private. Tiada lah doktor lalu-lalu sambil skodeng gigi kita yang tak berapa nak helok ni kan. Saya pun manusia. Pandai malu. *Tiberrr. 

Lepas tu kena tanya gigi mana satu sambil doktor tu tunjuk gigi yang tidak sepatutnya kena cabut. EH BUKAN YANG INI. Dengan nada terkejut saya tunjuk gigi yang sepatutnya perlu cabut. Tapi pada masa yang sama ragu-ragu. HAHAHHA. *yakinnya kamuu. Tapi saya harap gigi yang kena cabut ni betul. Sudah cabut kalau salah mana pandai tumbuh balik oii. Oleh itu, penting ya untuk anda tahu gigi yang perlu dicabut. Sebab kalau minta cabut gigi tempat lain doktor lain, pendapat lain. So okay?

Lepas tu kena bagi ubat bius. Masa pegang jarum tu saya ready tutup mata sudah. Takut bah. Lepas tu dapat rasa kena cucuk dekat gusi. Rasa dia macam tercucuk tulang ikan dalam gusi masa makan. Tapi sakit dia malu-malu kucing ja. Dua tiga kali suntik tidak rasa apa pun. Lepas tu buka mata sikit tiba-tiba nampak jarum masih terpacak depan mata. Oemjie tutup balik mata. Suntikan keempat last tetiba rasa lagi tulang tercucuk dalam gusi sebab dia suntik dekat dengan lidah dan doktor tu cakap memang akan sakit sikit. But it went well. 

Selesai part suntik, saya hanya diminta terus baring disitu sahaja. Selang beberapa minit (less than 8 minutes) Kebas sudah menguasai tempat dan saya terus menutup mata. Doktor tu mula mencungkil gigi saya dengan alat-alat dorang. Sepanjang masa tu saya tutup mata kerana bagi saya ia terlalu menakutkan dan ngeri. Surprisingly, kurang dari 15 minit gigi sudah tercabut. Saya blur sekejap sebab pengalaman cabut gigi sebelum ni tidak sama dengan kali ni dan semestinya saya sangat gembira. One down two to go.




Macam biasa, saya selalu mengambil kesempatan untuk selfie. Pastikan line clear dulu, baru selfie. Jadi, begitulah keadaan saya dicabut gigi. Dorang lapiskan tisu macam napkin untuk elakkan baju/tudung terkena sebarang kotoran. Terutama, darah. And yeah, say hello to this little tooth. Saya bawa balik rumah sebab mau gambar. Kalau tidak bawa balik pun bole juga sebenarnya. Recommend.


CABUT GIGI SESI DUA.

Baiklah saya ringkaskan. Cabut gigi hari ni sakit sikit. Mungkin sebab doktor yang berbeza, teknik berbeza, atau mungkin sebab kali ni cabut dua batang gigi. Sangat banyak keberangkalian yang kurang pasti. Kali ni jantung saya agak berdebar dari kebiasaaan. Tidak lain tidak bukan, perasaan takut menguasai diri. 

Ubat bius yang digunakan adalah ubat bius yang kuat sebab tidak sampai 5 minit bibir saya mula kebas. Pasal suntikan jangan tanya, sampai tidak terkira berapa suntikan. Mungkin kurang dari 10 suntikan. Sebab entah kenapa gusi saya kali ni agak kebal dengan ubat bius jadi, doktor bius lagi untuk second round. Selepas bius, diminta untuk kumur-kumur. Masa kumur-kumur tu saya tidak boleh kawal bibir sebelah kiri ni. Atas bawah kebas. Air kumur pun terkeluar dengan spontan ja masa tu. Nasib baik tidak tersembur dekat baju dorang. HAHAH. Tapi normal lah kot.

Then as usual proceed cabut gigi. Tapi kali ni, ada assistant doktor untuk pegang muka saya. ************** Okay baru sahaja tukar kapas. Tiba-tiba rasa macam ada sesuatu yang mengalir, kusangkakan liur rupanya... HAHAHHA. Jadi benarlah, cabut gigi kali ni agak dasyat sikit sebab dua batang gigi sekaligus dicabut. Mungkin siapa-siapa yang ada hajat untuk cabut gigi perlu cabut satu-satu dulu.

The pain that i felt bukan sakit perit tapi sakit sebab tekanan and the doctor said it's normal to feel the pressure tapi kalau rasa macam tercucuk-cucuk dengan benda tajam, tell her. Tekanan tu dari alat macam spana untuk longgarkan akar gigi. kepala ni pun turut terhuyung hayang kiri kanan tapi nasib baik pembantu doktor gigi ada. Kurang sikit pergerakan kepala. Part cabut gigi bahagian atas tu ngeri sikit. saya dapat dengar dan rasa akar gigi tu tercabut dari gusi. AMAZING. HAHAH. Tapi Alhamdulillah, everything went well. Selesai diberi MC terus balik rumah. Sebelum tu cari bubur untuk makanan nanti. Sampai ja rumah terus telan 2 biji ubat tahan sakit (Panadol). Saya makan secepat yang mungkin sebab takut ubat bius hilang. Dan saya tidak suka rasa sakit. Rasa macam mau tumbuk orang :')




Berakhirlah sesi cabut-cabut gigi. Syukur! Can't wait what will happen next. Mesti lagi dasyat dari ni. Sakit memakai braces HAHAH. Keep in touch guys. Saya cuba untuk update lagi pasal ni. Selamat tinggal gigi. Sampai sini sahaja perkhidmatan kalian and for that i'm forever thankful for this past 23 years together. You are so beautiful dan saya sedih sebab terpaksa cabut kamu :'(

Let this be part of my memories. Misi seterusnya dimana tempat yang sesuai untuk tanam/buang gigi ni? HAHHAH. Adoi. Boipren saya cakap dulu dia selalu buang gigi dia atas bumbung rumah. Sebab tu lah dia tinggi macam zirafa. So, should i do the same thing? HAHHA. Thank you for reading. That's all.




Here's the beginning story of my journey!


Dedaaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 26 September 2019

Ba Lin Roof Garden Sandakan

Assalamualaikum.


Hello again bunnies. Just a short story about a place untuk makan sambil melihat pemandangan yang cantik. Sebenanrnya tidak plan pun pegi sini. HAHAH. Tempat ni berada di atas bangunan sebuah hotel and this restaurant berada di atas sekali. If i'm not mistaken level 7? Harga? Bagi saya agak mahal. Most of the foods price is RM20 ringgit dan keatas. TAPI SEDAP. Lebih kepada western-western foods. Tax price bergantung pada level mana korang makan. Semakin atas level korang makan, semakin mahal la harganya. Dan kami pun baru tahu lepas balik. JENG JENG JENGG. *menyesalnya. tapi takpa. bukan selalu. huahuaa. Tapi berbaloi dengan tempat dan makanannya.

Ada beberapa level iaitu level pertama sebaik sampai lif masuk pintu dan yah it's level one i think. Lepas tu level one ni ada bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam nice ada aircond dan dekat dengan cashier. Bahagian luar pula bahagian taman-taman. Macam gambar bawah tu. Sangat niceeee dan terasa sangat dekat dengan nature. Lepas tu macam boleh buat event dekat tempat ni. For me sesuai untuk mereka yang ingin langsungkan majlis engagement/wedding for family and closed friends only. Sangat sesuai sebab ada pentas dan persekitaran yang sangat selesa. Harga opkos lah jangan tanya HAHHAH. 



Level dua pula the most hottest spot untuk para pasangan-pasangan di luar sana. Untuk kawan-kawan pun boleh. Kau hiingat couple jak bole duk atas tu?? HAHHAH. *jeles. Laluan ke atas ni kena naik tangga. Tangga tu curam dan berputar sikit tapi lawa. The view, meletops! Kami pegi waktu malam jadi, nampak lah pemandangan waktu malam. Lampu-lampu dan beberapa bintang di langit yang cahayanya kurang terang. KAHKAH. Kawasan dia kecik ja. Tempat makan pun sesuai untuk 3 orang macam tu. 


Lepas tu level atas ni macam ada dua bahagian lagi. Bahagian naik tangga lagi sikit. Tempat duduk tu macam untuk santai-santai. Sesuai untuk ramai-ramai. Sesuai untuk membawang ramai-ramailah katakan. Borak-borak gitew. Meja dia pula sama rendah dengan tempat duduk tu jadi bagi saya agak tidak berapa sesuai untuk menjamah makanan. Terbongkok. You know what i mean? Thank you.

Jadi, saya dengan kawan-kawan duduk dekat level atas yang untuk small group ja. Rooftop. Kami spend time together almost empat jam HAHAHHA. Borak-borak sampai kebas bontot. Lepas tu turun level bawah ambil gambar banyak-banyak, baru balik. Well time spent together. Walaupun tinggal serumah tapi susah sangat dapat hangout sama-sama dengan housmates. Masing-masing dengan urusan sendiri. Tapi bila sekali keluar haa ambek kau tidak ingat dunia. Lambat balik rumah, duit pun mengalir terus!





Do make some time for yourself. You deserve it.






Dedaaa.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Khamis, 5 September 2019

On My Way To Wear Braces

Assalammualaikum.


Hello Bunnies. As you can see my teeth dekat gambar tidak nampak. Unfortunately you cannot see my gigi sebab saya terlupa untuk senyum menampakkan gigi yang tidak begitu tersusun ini. Maaf! Tidak terfikir pula untuk buat posing nampak gigi. Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai gigi rabbit di bahagian hadapan*tapi miring dan dua taring seksi gitew. I don't like the rabbit part however i really love my fangs. rawrr walaupun tidak ketara sangat. I've heard once, one of my friend said that in Japan, mostly Japanese girls sanggup operate gigi untuk dapatkan gigi taring sebab japannese boys tergila-gilakan dengan perempuan bergigi taring. Entah zaman bila.  Kemungkinan 10% chance that i'm...that i'm, one of perempuan idaman lelaki jepun*Ehwahh prasannya astaga. But no thanks. Saya pilih lelaki Melayu. *Lariiiiii.

So, post kali ni adalah mengenai apakah step yang perlu dilakukan sebelum anda memakai braces a.k.a pendakap gigi. Going to be a looooong explanation based on my experience dan saya harap ia membantu anda yang berminat tentang braces. Saya belum memakai braces lagi tapi saya sengaja buat post ni awal sebab pertama of course, i want to remember this crazy decision i made in my life. Takut lupa. Second, ada mood menaip.

1) A Moment To Think
To be honest this is not something that just for fun stuff to do. You are dealing with something permanent with you that is, your precious teeth. Anything can happen. Satu-satunya gigi yang akan kita bawa sampai ke tua. Nampak macam mudah tapi bagi saya, ia sangat sukar untuk saya membuat keputusan.*atau saya yang fikiran complicated ni? Benda ni sekali pakai, anda memerlukan komitmen yang tinggi. Termasuklah penjagaan gigi semua tu. Rajin atau tidak? I've keep questioning myself should i wear this or not.  Banyak juga yang terlintas dalam fikiran. Banyak minta pendapat family, soulmate dan kawan-kawan. Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya dan membuat saya termenung lah juga. Tapi memandangkan saya telah lama mengimpikan untuk memakai pendakap gigi ni sejak zaman kolej lagi, saya membuat keputusan untuk teruskan. Apa yang ingin saya jelaskan disini, sebelum anda membuat keputusan, fikirlah aspek-aspek lain. Sebab benda ni melibatkan wang ringgit yang banyak. i mean sangat BANYAK. Melainkan duit tu bukan korang punya HAHAHHA still, ia adalah duit orang. So, take a moment to think yaa. No need to rush. Good things take time.

2) A Moment To Choose
Jenis pendakap gigi yang saya inginkan adalah jenis clear yang tidak ketara. Want it since college lagi. Dan jenis braces kategori itu yang saya tahu pada masa tu adalah jenis ceramic sahaja. Jenis ni memang susah sikit untuk cari. Dan perlu kegigihan untuk survey klinik. Tidak semua klinik mempunyai jenis pendakap gigi jenis ni. Boleh dikategorikan sebagai rare. Sebab ia sedikit mahal berbanding braces lain and so many people tend to choose the normal one. For my case, saya lebih pentingkan penampilan braces yang tidak begitu ketara. Because i don't want it to look too obvious in my mouth. Saya juga tidak ingin menambahkan kesemakan di wajah ini sebab saya oredy semak. i dunno.  

Here are the types of braces that i know. Gambar adalah sumber dari google. Entah gigi siapa yang saya curi ni. Thankyou.

Traditional
Related image


Invisalign


Lingual
Related image


Ceramic
Image result for braces traditional


Damon
Related image
Metal damon braces

Half clear damon braces

Related image
All clear damon braces


Ini adalah hasil pengetahuan saya mengenai braces. Mungkin dekat tempat lain masih banyak lagi. Dan saya baru tahu, clear braces ada terbahagi kepada dua jenis iaitu Ceramic dan Damon. First time dengar perkataan Damon, i thought it spelled "diamond" dan bentuk kilat-kilat macam diamond. LOL. Terasa sangat NOOB. Lepas tu tawar hati tidak berminat dan ceramic tetap menjadi pilihan hati. Tapi selepas buat research, finally I choose Damon braces yang all clear.


3) A Moment to Survey
Setelah anda membuat keputusan muktamad, step seterusnya adalah merajinkan diri untuk bertanya, berjalan, membuat perbandingan itu dan ini. Cari beberapa klinik yang menarik perhatian anda. Maksud saya antara kategori klinik yang ada advantage dari segi jarak dengan tempat tinggal anda, persekitaran kerja dalam klinik, latar belakang doktor gigi dan harga braces semestinya! Saya ulangi memakai braces perlulah mempunyai komitmen yang tinggi di mana anda perlulah rajin dan on time apabila tiba masa untuk temu janji. Semakin kerap anda membuat temu janji, semakin cepatlah proses penyembuhan perbarisan gigi anda. Oleh itu bagi saya pemilihan tempat yang dekat dengan kita amatlah penting.

Saya mula membuat tinjauan beberapa klinik pada bulan march. Bertempat di Sandakan, Sabah. Kebetulan masa tu buat appointment cuci gigi*hasil dorongan kawan dan saya mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai braces yang mereka buat. Kemudian saya merajinkan diri membuat research dalam laman web dan menghubungi klinik-klinik berkenaan untuk membuat appointment bagi membolehkan saya bertanya lebih lanjut sambil melihat suasana, persekitaran dan staff mereka. Maksud saya melihat staff tu bukan dari segi hensem atau lawa ke idok*ketuk juga kamu ni. Dari segi keperibadian, peramah dengan pelanggan atau tidak, dapat melayan anda dengan baik atau tidak dan paling penting adakah mereka pekerja yang bagus?*hambek kau. Termasuklah doktor dan pembantunya. Benda ni bagi saya penting untuk memudahkan kita bertanya dengan selesa tentang apapun perkara yang penting dan mewujudkan perasaan 'feeling safe' antara kita dan mereka.

4) A Moment to Decide
Terdapat beberapa Klinik yang telah menjadi perhatian saya sejak beberapa bulan lalu. Aspek-aspek yang saya utamakan adalah semestinya, harga braces yang mur murrr. Klinik pertama saya pergi mempunyai persekitaran yang sangat selesa, pekerja yang meyakinkan namun, menawarkan harga yang sangat mahal di mana depositnya harus di bayar separuh dari harga sebenar. Oleh itu, saya membuka langkah dan berundur dari situ, perlahan-lahan supaya tidak ketara sangat bajet ni lari. 

Saya ada juga membuat survey klinik di Putatan Sabah kerana selain menawarkan harga yang berpatutan ia juga berdekatan dengan kampung saya*boleh lah sikit. Tetapi memandangkan saya sekarang berkerja dan menetap*sementara di Sandakan dan jarang balik kampung, saya terpaksa batalkan niat itu.

Klinik seterusnya pula berjaya mengambil hati saya kerana mereka mempunyai pilihan braces yang saya inginkan iaitu jenis ceramic. Harganya pula sangat berpatutan di mana saya hanya perlu membayar 1/3 deposit dari harga sebenar dan perlu membayar RM 200 untuk bayaran ansuran yang tetap setiap kali membuat temu janji. Tak lari bajet lah katakan. Klinik ini mempunyai satu doktor gigi dan beberapa orang pekerja. Kawasan agak kecil dan berada di atas bangunan kedai samsung. Oleh itu mereka tidak mempunyai bilik X-RAY. Saya diminta untuk mengambil X-RAY di tempat lain dan hanya perlu membawa salinannya ke tempat mereka. Saya mengikuti semua kehendak mereka. Akan tetapi ada satu perkara yang sering mengganggu fikiran saya kerana saya tidak begitu mengetahui latar belakang doktor tersebut. Saya hanya tahu gelaran doktor gigi yang tertera di carta organisasi mereka namun saya kurang pasti samada beliau adalah doktor pakar atau tidak. Tapi saya tetap teruskan dengan pilihan saya untuk membuat braces di situ. Boleh dikatakan kerap juga lah datang ke klinik ini disebabkan penundaan ke hari lain kerana terkenal dengan appointment yang sentiasa penuh dengan pesakit lain. Saya mendapati pekerja mereka tidak begitu cekap bertugas*ada cerita disebalik itu dan membuatkan saya kurang senang dengan tindakan sedemikian. Sedih untuk saya katakan, saya telah tawar hati dan terpaksa mengambil balik hati yang telah saya berikan.*kahkah Hasil dari pendapat soulmate, dan rakan meyakinkan saya untuk beralih ke klinik lain. Mungkin klinik ini bukan untuk saya dan saya yakin ada hikmah disebalik semua ini. Terpaksalah ketepikan soal bajet demi memelihara hati ini.*aisehh.

Baiklah maaf, termeluah sikit pula isi hati. Jadi, setelah beberapa bulan selepas berurusan dengan klinik tersebut, saya beralih ke klinik lain. Yeay! Klinik terakhir. Finally. Klinik Dr. Chong Sandakan. Klinik ni kawan yang bagitau. Sebab kebetulan kawan dia pun buat dekat situ juga. Sebab katanya doktor sana memang doktor pakar. A bit pricey but worth it because you are dealing with someone who really knows about teeth. 

Pertama kali datang sana saya hanya membuat appointment untuk cek gigi dan bertanya pasal braces. As usual, sambil melihat persekitaran klinik dan melihat who am i going to deal with this time. Dalam fikiran, saya belum ingin membuat braces di situ. Just visiting sambil menyelam minum air.  Tapi sejurus masuk bilik doktor dan having a small talk with her, amazing. She's so friendly and lawa sedap mata memandang. Her name is Dr. Emily and she got that some mommy friendly kind of person and approachable. And i just fell in love with it. Rasa macam doktor tu and her staff boleh jaga kita dan keep in touch dengan the progress of our teeth. Saya boleh lihat kesungguhan dia untuk memberikan yang terbaik kepada setiap patient dan bukan sebab duit semata-mata sahaja also saya boleh lihat kepakaran dia dalam bidang gigi. Macam biasa, saya ada google pasal latar belakang doktor tersebut. Surprisingly ada. Sudah pernah berkhidmat di beberapa buah daerah iaitu Keningau, Tawau dan last, Sandakan hingga kini. Memang doktor pakar dan sangat trusted. Dan hilanglah segala ragu-ragu dan kerisauan yang terbuku di fikiran. 

Klinik ini hanya menawarkan dua jenis braces iaitu Traditonal Braces dan Damon Braces. Doktor ni lah yang memperkenalkan saya tentang type of Damon braces. The details pros and cons about having braces that i should know supaya bersedia dari segi mental dan fizikal nanti. Saya banyak bertanya mengenai Damon braces sebab memang misi utama inginkan jenis clear braces. Sebelum balik, doktor tu bagi flyers mengenai Damon braces untuk baca-baca di rumah. Mereka bagitahu, kalau berminat boleh call untuk buat appointment lagi. That's all. 

5) A Moment To Begin The Journey



Finally i made up my mind. I informed them, i'm going to choose the Damon all clear braces. Kali kedua datang sini, semestinya tidak perlu X-Ray gigi lagi. Sebab saya sudah pernah mengambil X-Ray gigi dekat klink lain hari tu. Jadi, mereka hanya mengambil salinan X-Ray gigi saya sahaja untuk disimpan dan to be studied. Selamat duit. Selepas doktor study gigi saya, she said i need to cabut 3 batang gigi yang sihat-sihat. Satu atas dan dua bawah. Gigi yang menjadi mangsa adalah gigi selepas taring. Lucky me, saya tidak perlu membazir duit cabut gigi dekat klinik swasta. It will cost hundreds ringgit. Untuk memudahkan saya, dia telah menulis surat untuk saya bawa ke hospital kerajaan dengan isi kandungan mengenai tujuan gigi perlu dicabut. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Tugas saya pula adalah membuat appointment dekat hospital untuk cabut gigi. She said that kalau boleh, cabut gigi dekat-dekat dengan tarikh appointment buat braces nanti. Kurang pasti kenapa, tapi mungkin memudahkan pergerakan gigi i dunno. Lupa pula tanya.

Next, sebelum mengambil model study gigi saya, doktor minta izin mengambil gambar saya dulu. Untuk personal study something like that. Ya saya rasa benda tu normal bagi setiap braces patient. Saya pakai spek masa tu. Ingatkan boleh pakai spek rupanya perlu tanggalkan spek untuk melihat bentuk wajah sebenar. Muka barai tapi nasib baik pakai eyeliner walaupun sikit. Nasib kau lah. Kembang juga lah bila doktor puji senyuman saya manis dengan gigi  macam ni. Too bad gonna say goodbye soon.


That's me dalam sesi gambar tarik tarik mulut and the doctor are taking a pictures of my teeth. Excuse my face dan gambar yang agak kurang senonoh. Tapi itulah realiti. Panjang juga rupanya tangan saya ni ambil gambar sendiri. Maklumlah, pergi solo-solo jaa. Tiada assistant untuk membantu. Masa ni serious tidak malu ambil gambar sendiri. Rasa excited memenuhi diri. Bila tengok balik macam mau sorok muka bawah bantal pula. Saya harap mereka tidak kisah dengan perangai saya dan saya sangat berharap, saya bukan satu-satunya patient dorang yang ambil gambar sendiri. *MALUUUUUU!!

Selepas sesi photoshoot bersama gigi selesai, tiba masa untuk mengambil model study gigi. Benda ni macam tanah liat yang akan di masukkan ke dalam mulut anda dan akan mengeras untuk beberapa saat. Lepastu dikuluarkan dari mulut dan terbentuklah kedudukan gigi kita secara kasar. Tips, tarik nafas dalam-dalam dan cuba bertahan untuk beberapa saat. Sebab benda ni boleh buat kita sesak nafas atau terbatuk i dunno. Lepas tu jangan lupa pakai lip balm. I tell you, bibir anda akan kering. Sebab tu lah saya tidak pakai gincu since the beginning. Any lip balm can do such as Vaselline. For me saya guna LipIce perisa strawberry. All time favorite hehe. Ada juga lah pink sikit bibir tu tapi yang penting sentiasa lembap.


Anda boleh lihat dokter tengah ambil model study gigi sebelah bawah. Tanah liat tu warna ungu dan ada bau chewing gum tapi tasteless. Tidak sempat ambil gambar model study yang sudah siap. Tidak berkesempatan tengok kedudukan gigi sendiri. Semestinya terabur. huhu. Gambar sebelah pula anda boleh lihat bibir yang ke arah kering. Muka serious sangat tengok diri sendiri. Abaikan. Yang penting yakin pada diri harus ada.

Done for that day. Appointment seterusnya untuk pasang braces jatuh pada 12 Oktober iaitu sebulan akan datang. Sebab saya perlu settlekan sesi cabut gigi dan sementara menunggu Damon stuff sampai. Saya di beri tahu, Damon braces perlu di order dari luar sebab braces jenis ni jarang guna. Oleh itu, untuk mengelakkan braces tersebut rosak mereka tidak menyimpannya di dalam klinik dan perlu membuat fresh order, freshly new dari luar dan ia mengambil sedikit masa untuk sampai.

The price? Sangat mahal tapi agak murah berbanding tempat lain. Bayaran deposit adalah 1/3 daripada harga asal dan tidak lari dari bajet saya. But still, expensive. Sesudah pasang braces baru bayar deposit dan bayaran bulanan bergantung dari kita. Anda boleh buat pengiraan sendiri. My plan, setiap appointment bayar sikit-sikit jadi cepat habis.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca penulisan saya yang sangat panjang kali ni. Penat tangan menaip. Penat otak berfikir. Feel free to ask me anything dekat sini atau boleh DM dekat ig. Senang. 


Here's the beginning story of my journey!

Bubye.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 4 September 2019

Working On Weekend

Assalamualaikum.



Ahad lepas punya lepas mood saya boleh dikatakan okay untuk berkerja di hujung minggu dan sempat tangkap beberapa keping gambar of myself. Not that pretty flawless one but i'm feeling good jadi ABAIKAN. Jadi ini adalah salah satu pakaian most of the time baju formal yang saya pakai pergi kerja. Baju ni dari zaman kolej lagi jadi sesetengah kawan-kawan kerja pun memang ada. Baju KKM namanya.

Kerja OT atau lebih masa untuk kami (PPF) adalah 5 jam sahaja. Tapi tempat (hospital/klinik) lain saya kurang pasti sebab HDOK adalah tempat posting pertama saya so saya share apa yang berada di sini sahaja ya. Kerja lebih masa dekat sini terbahagi kepada beberapa sesi iaitu;

WEEKEND (Sabtu Ahad)
Pagi (7 am-12 pm) // (9 am-2 pm)
Tengah Hari (12-5 pm)
Malam (5 pm-10 pm)
Night Shift (10 pm-7 am) *sabtu only

WEEKDAYS (Isnin-Jumaat)
Malam (5 pm-10 pm)
Nihgt Shift (10 pm-7 am) *jumaat only

Saya confuse kenapa sini panggil sesi malam tu malam. Sepatutnya malam panggil petang dan night shift tu panggil malam. Tapi kami go with the flow ja sampai jadi kebiasaan. Jadi jangan keliru. Oh sebelum terlupa, kerja night shift ni special sikit sebab kerja 9 jam tidak seperti OT yang lain. And it's not often. Nama kamu akan naik dalam jadual dalam sekali sebulan atau dua kali sebulan sahaja dan kamu akan berkerja pada jumaat atau sabtu malam. No weekdays. Kerja night shift pada weekdays hanyalah pegawai sahaja. 

Dari segi pendapatan kerja lebih masa pula agak complicated. Senang cerita ikut gred anda, jenis hari samada weekdays/weekend/cuti umum (Hari raya/merdeka/raya haji/chinese new year/krismas/new year/etc..) Cuti umum ni pendapatan tinggi sikit dari hari biasa. Sebab tu lah ramai yang mau kerja pada cuti umum or we called it PH a.k.a Public Holiday. Dan gred tu maksudnya senioriti. Semakin senior maka semakin tinggi lah pendapatan anda dalam tempoh sejam. Mashyukkk. Me not yet. Masih BBNU. Baru gred U29 from U36. Atau U38? Alaaa confuse. Tiba-tiba lupa.


Saya suka kerja OT pada hari apa, bila dan dimana?



Alamak. Masuk topik lebih dalam lagi ni. 
Buat masa ni masih beginners. Jadi saya agak memilih untuk waktu kerja yang sesuai mengikut kemampuan diri. Kita sahaja tau limit diri kita di mana. Tenaga sampai tahap mana. Kalau push lebih dari limit, saya boleh sakit. Sebab saya sejenis manusia yang mudah jatuh sakit. Jadi SEDAR LAH DIRI. Jangan kisah cakap orang. Dorang bukan kita. Hanya kita sahaja yang tau kemampuan diri kita. Kalau jatuh sakit, kita juga yang jaga diri sendiri. Lagi-lagi yang duduk jauh dengan keluarga. *Dah kenapa tetiba emosi? Biasalah pompuannnn. 

Back to the track. Untuk hari weekdays, saya suka kerja hari jumaat. Sebab keesokannya adalah sabtu dan bukan hari berkerja so saya boleh bangun lewat sikit dan tenaga jimat sikit. Pernah kerja selain hari jumaat dan keesokan hari saya rasa terhuyung hayang, bagai terbuai-buai di atas awan. I don't like it. Kerja tidak fokus.

Untuk hari weekend pula di mana sabtu saya fleksible kerja pada semua waktu. Buang lah saya pegi mana-mana. Sanggup jer. Ahad pula, saya elakkan kerja malam iaitu 5-10 pm. Kerana terpaksa balik lewat dan keesokannya monday blues. Senang cerita saya tidak akan kerja malam seandainya keesokan itu adalah hari berkerja. Oleh itu, saya terpaksa tukar atau jual kerja dengan kawan-kawan lain. Rezeki dorang lah. 

Baiklah itu sahaja untuk setakat ini. Ini hanyalah pilihan dan pendapat saya. Still, saya jeles dengan kawan-kawan yang kuat dan rajin beli kerja orang lain. Saya rasa dorang sangat cukup tenaga i dunno. Bagi lah sikit dengan saya woiii. HAHHAH. Saya harap suatu hari nanti saya akan begitu juga. Sentiasa kuat semangat mencari rezeki. In Shaa allah. Masa muda ni lah kena kerja keras untuk masa hadapan yang lebih cerah! *Macam speech pengetua sudah. K bai. Thank you for spending your time to read this.






Bubyee.
Wassalam.



Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Sabtu, 24 Ogos 2019

Potion Or Poison? Quit Or Rest?

Assalamualaikum.



Selamat kembali lagi ke muka surat baru. *cakap dengan diri sendiri 
Sebelum itu saya sangat kesal dengan sikap kurang rajin diri ini yang tidak mampu untuk membuat penulisan yang konsisten dan berterusan. I love this blog so so much dan suka saya untuk memberitahu kepada pembaca bahawa saya tersangatlah suka menulis dan berkongsi sesuatu tentang hidup saya. *walaupun korang tidak berminat. 

Ada banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan kemerosotan dalam penulisan. Apahal ayat skema sangat? Layan kan saja ya. Bukan selalu mood macam ni. Maklumlah sekarang sudah kerja. Komitmen bertambah dari kebiasaan. Banyak inginkan waktu sendiri. R E H A T. Rehat dari segalanya tapi tidak bermaksud Q U I T.

Keinginan untuk menulis memang ada tapi untuk menyeru jiwa raga berhadapan dengan lappy, hmm aduiii payah nya. It's okay. Sekurang-kurangnya kita ada keinginan. It won't just happen. Benda ambil masa untuk sesuatu. Buat lah benda lain dulu sampai tiba masanya. QWERTYUIOP!! Gittew.

Mengenai gambar tu, gambar lama. Masa zaman kolej 2018. Eh tahun lepas. Tidak lah lama sangat. Masa ni sem akhir dan ada event sikit. Good days to be remembered. Itu saja. Maaf lah kalau merepek banyak. I try my best setiap kali membuat entry baru dan masih struggle membuat yang terbaik. Apapun terima kasih kerana sudi berkongsi masa anda bersama penulisan yang tidak seberapa ni. Sudi lah beri sedikit komen atau idea untuk saya berkongsi topik baru.




Bubye.
Wassalam.






Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 21 April 2019

First Night Shift!



Hai. I'm doing my very first time night shift from 10 pm till 7 am in the morning at pharmacy emergency department. Yang berkerja hanya sorang pegawai dan sorang penolong pegawai which is me. Mula kerja tadi agak kucar kacir, banyak inden ubat untuk pesakit dalam wad, ramai pesakit luar lepas tu tiba-tiba pula staff nurse call bagi tau lampu kecemasan farmasi satelit dalam wad menyala merah. Apa kah dosa ku. Terpaksa berlari pegi bangunan sebelah lepas tu naik lagi tingkat lima. Tapi guna lif lah. Cepat la juga sampai dan agak scary sebenarnya. Sunyi dan berseorangan. But you don't have a choice. Itu ini, settle. Dari wangi perfume sampai bau ketiak. So sad. Around 2 am, keadaan sudah terkawal sikit. Pesakit sudah mulai tidur. Syukur ya tuhan. Terus lah tidur sampai 7 pagi ya. HAHAH. Bolehlah tenangkan diri kejap. Pegawai saya agak kurang sihat so dia rehatkan diri dekat belakang, tidur dan saya perlu berjaga. Yeay. Tapi sokey, syukur tidak mengantuk lagi. So maybe that's all. I'm sharing this because this is my very first experience working at this hour. So i think i'm going to remember this. Thank you! 


Bubye. 
Wassalam. 

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 31 Mac 2019

HolyDate March!


Hello bunnies! Saya baru sahaja balik bercuti bersama insan tersayang. Tidak lah baru sangat tapi in this month juga 23-26 March. I feel super happy bout it. Guess who's joining us ? My pujaan hati *batuk. Hampir 10 bulan tidak nampak hidung dia. HAHAH. *trying not to act romantic at all. Plus excited dan terharu, he's spending his time with my family. Shooo chuyutee! Thank you! So this is all about holiday and at the same time "dating" with my beloved ones. Sambil berenang minum air la kata kan. Bab ni kena lah PINTAR! HAHAHHAH.

We spending our time at home. Lepas tu pegi Kundasang Ranau. Very short holiday but really memorable. Banyak tempat juga lah pegi jalan-jalan. First check point at Sungai Luanti-Sabah Tea Farm-Rabbit Village-Kundasang War Memorial-Desa Dairy Farm menggelumbu mu mu mu. *oh wow you just say hello to the sapi itam putih. 

Agak panas tapi still mau bagi makan ikan. Mama tidak join masuk air takut sunburn.

Kali terakhir pegi tempat ni tahun 2010. Boleh tekan link untuk tengok zaman penulisan budak tingkatan 2. Jika berminat. Sudah 9 tahun tidak melawat tempat ni. Alhamdulillah. Ikan masih manja dan tambah besar. And, toothless of course.





Gambar banyak sangat. Kalau semua sumbat dekat sini boleh jadi album dah. Kita letak mana yang terpilih saja lah ya. *Padahal malas. So petang tu lepak-lepak beli makanan dekat pasar Ranau. Bawah tempat tu saja. Karoke sikit eh penipu. Lepas tu on the way tempat penginapan berhenti kejap tengok pemandangan gunung. Sangat indah.


Tempat ni sangat sangat lawa. Rasa macam berada dalam zaman dinasour. Dunno. If you're looking for something different, do come here. I hope you'll satisfied enough bout the view. Dekat ja dengan pasar Ranau. Nama tempat penginapan pula Crystall Hill. Memang hill sangat. My advised, guna kereta lasak sikit mugkin dan perlu ada skill memandu yang molek. Rate untuk resort, tahap yang sederhana sahaja. Kami sewa dalam bentuk sebuah macam rumah tu. Dua tingkat. Ada dua balkoni. Satu bilik dekat bawah, dua bilik dekat atas. Tangga dia putar-putar naik atas. Lawaaaa. Bilik memuaskan bagi saya sebab besar. Boleh lagi sewa tilam tidur atas lantai. I'll give 5 star if, kebersihan terjaga. Terutama toilet. Serius, rasa macam mau cari penyapu untuk cuci lantai toilet. Cadar bantal dan tilam saya harap bersih dan juga towel mandi.

I'm giving an honest review about what everyone thought should be done to improved this resort. Sebab resort ni sangat berpotensi pergi jauh, cuma perlu perbaiki beberapa aspek.  I want this resort to go further. *Ceh. So no hard feelings yaa. But the view, i tell you, TIP TOP. Gunung sebiji nampak depan mata. Sangat dekat. Cuma hari tu kurang bernasib baik sebab datang musim berkabus. But still, nampak. Syukur. 

*abaikan muka pecah

*Mwah !

Last checkpoint done! Lepas tu balik KK. On the way balik singgah Kinabalu Park. Hampir mendaki Gunung Kinabalu lah pula. Nasib baik dapat U turn. Lepas tu terlelap dalam kereta, bangun balik, lelap balik dan tidak tidur-tidur. Singgah Masjid Terapung lepas tu pergi airport KK. Masa untuk berjauh balik. Malas lah mau cerita. Silap-silap ada yang menjiwang pula lepas ni. Habis lari tajuk. Hope you enjoy it. Hilang kan kejap pasal kerja, stress, masalah, penat semua tu. Take a lil time to relax! *yes, i'm talking to myself juga. 


Dan berakhirlah percutian singkat kami. It's not about bercuti, it's about spending your time with the people you treasured most. See you when i see you. Thank you for everything :')



Bubye.
Wassalam.

Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Ahad, 17 Februari 2019

Wake Up Early




How i miss to hang out under the sun dan membakar diri ini di bawa sinaran matahari yang panas membara. i like to but don't wanna burn my skin can i? Dan malangnya saya hanya mampu throwback gambar atas tu. Pulau sapi or manukan if i'm not mistaken. Sekarang tengah duduk dalam rumah sambil berhadapan dengan lappy. Semua kerja sudah settle. Alhamdulillah. I'm really enjoying my sunday morning!

Hari cuti saya lebih suka bangun awal pagi. Settle apa yang patut such as cuci pakaian, bersihkan rumah, siram tumbuhan dekat balkoni rumah, bagi ikan makan, bagi perut makan. It really feels good when you've settled everything early. Saya rasa hari cuti saya lebih panjang. I can do a lot of things in the morning. Feels good and finally you can have a long hours with yourself about what you like to do that day. But some people suka menghabiskan masa cuti mereka dengan tidur. I don't mind. Lain orang, lain cara nya untuk menikmati hari cuti. So no comment. It's just that i don't really like that type of spending my weekend. Rasa masa berlalu dengan cepat. So that's why i choose my own way to enjoy my day. I'll tell detail about how i spend my weekend next time. If i was that rajin. KAHKAH.




Bubye.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥

Rabu, 6 Februari 2019

Official 23


Selamat meningkat umur buat diri ini pada 1 February 2019. Alhamdulillah diberikan peluang untuk terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan kejutan. WOW. I sound so dramatic. So it was an unexpected and unplanned Birthday Surprise. Semestinya di rancang oleh si dua ketul bunnies My dearest housmates. Should i tell you the what just happened? Yes I should. Kami rancang mau tengok wayang sudah lama. Kebetulan pula keluar cerita How To Train Your Dragon 3. So ke Harbour Mall le kiter memandangkan itulah satu-satunya tempat yang ada panggung wayang HAHA. Seperti biasa, kalau diantara dari kami ni hari jadi, memang akan makan bersama. Hang Out la katanya. We've planned to eat at Kenny Roger's. Ada dua tempat sebenarnya, satu dekat kedai luar, satu dekat dalam Mall. I thought they want to eat at the outside. Sebab lebih cantik i dunno tapi malam tu menuju ke Mall pula. I thought beli tiket wayang dulu baru keluar makan. So sepanjang jalan saya diamkan saja dengan perspektif sendiri. And, I was WRONG. So terbuktilah I can't read people's mind. Kami masuk dekat Kenny Roger's the one yang ada dalam mall. The first thing i saw is balloons.



Eh wow. Lawa ada belon. Rasa macam kebetulannya hari ni birthday. *still i didn't sense anything. And My friend said, okeh duduk sini. After done oder makanan dan makanan sampai. As i'm about to eat tiba-tiba dengar lagu birthday dimainkan. And i heard my friends pun turut menyanyi. Saya pun senyum ja sambil nyanyi sikit-sikit. Dan sekali lagi EH KEBETULAN LAH. Haih. Betapa loading nya orang yang bernama Affiana ni. Masih tidak sense apa-apa. HGAHGAHAHA. Lepas tu toleh kiri then nampak kek kena bawa oleh one of the worker. Kearah kami. Kearah saya. Oemjieee. It's a birthday surprise! Lepas tu terkesima jap. Cuba gabungkan semua puzzle dalam kepala yang sentiasa bertabur.



They were too sweet to handle. I can't even explain my feelings that moment. Saya sangat terharu. To be honest i'm a bit sad that day and i almost cried. But i don't want to. Saya tau apa akan terjadi bila saya nangis. NEVER ENDING TEARS. Saya sangka semua tadi tu kebetulan and my friend said there's no such things as 'kebetulan'. Ok terhadam kejap. Then terbagitahu i was a bit sad about something. Then one of my friend said jangan sedih-sedih, you have us. Ok. Terhadam lagi. Then i'm all gooodd. I don't care things that had happened. We are humans, we are not a robots.  People do forgets. So i just accept things that goes as it be. Kenapa perlu bersedih sedangkan masih terlalu banyak perkara yang dapat membahagiakan kita. I mean, look around you. There's so much things that can make you happy but why choose the other side? Live wisely.


I've got a lot of wishes from my family of course! Mereka adalah buah hati saya. My everything. Daripada kawan-kawan dan rakan sekerja also. I don't have any ideas where they get my information. But thank you. Dan mereka yang lambat wish, sokey. As long you remember it. Thank you dan saya bersyukur untuk itu :')

Saya aminkan semua doa tersebut dan semoga doa yang baik-baik itu turut berbalik kepada anda semua. Amin. GUYS! I'M OFFICIALLY 23rd ! What should i do at this age? Any plans? HAHA.


Hampir terlupa the best day of the day. Selepas selesai makan kemas semua. They bullied me. Untuk bawa belon-belon tu sepanjang menuju ke panggung. Everyone in the mall was like looking at me. Don't look at me. I'm just a cute girl manusia biasa yang penuh dosa. These bunnies are so evil sometimes. But i don't mind actually. But please don't make me do it again. Tebal muka bossku.



Bubyee.
Wassalam.


Kalau sudi komen, sila tekan tajuk post. Thanks♥